"Aamiin" mereka mengaminkan doa diketuai oleh Hanif. Hanif dan Mak Piah turut menemani kubur arwah ibu ayah kepada Norisya dan Airin ketika itu.
Norisya pun menyiram air bunga di atas kedua-dua kubur arwah diikuti dengan Airin.
Norisya memandang adiknya lama. "Kamu nampak padan dengan selendang tu, Airin"
"Tahu. Akak, akak apa khabar?"
"Baik. Tapi tak lah baik sangat"
Airin diam. Dia tahu bahawa kakaknya juga dalam keadaan yang sama sepertinya.
"Airin sihat ke?"
"Sihat"
"Akak tak rasa yang Airin sihat"
"Airin" celah Mak Piah. Dia menghembus keluhan seketika. "Norisya, makcik sarankan kamu bawa Airin ni pergi hospital. Makcik sendiri rasa Airin ni kurang sihat"
Norisya memandang Airin seketika. "Kita pergi hospital esok?"
"Tapi Airin tak sakit pun. Airin sihat je" berkerut seribu dia memandang kakaknya dan Mak Piah bersilih-ganti.
"Awak pergilah. Kita buat pemeriksaan je. Saya temankan awak" celah Hanif pula.
Akhirnya Airin mengangguk. Jika Hanif yang bersuara, sudah pasti dia akan bersetuju.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز