"Airin!!" pantas Hanif berlari mendapatkannya.
Rania bangkit berdiri melawan Airin namun Hanif terlebih dahulu menolak Rania lalu menghentikan Airin, Batrisya dan Nisa daripada terus bergaduh.
"Sudah! Sudah!!"
Jerit seorang pakcik lalu membantu Hanif untuk merenggangkan mereka semua. Namun mereka tetap sahaja ingin meneruskan pergaduhan itu.
Siren kereta polis kedengaran menghentikan mereka semua. Batrisya, Nisa dan Rania cuba melarikan diri. Namun pakcik pemilik gerai itu lebih pantas menahan mereka semua daripada pergi.
"Pakcik yang panggilkan polis datang ke mari. Kamu bincanglah baik baik kat sana"
Airin, Hanif, Batrisya, Nisa dan Rania terduduk diam di hadapan polis. Masing-masing memandang lantai yang kosong.
"Jadi ape masalah korang sebenarnya ni?" tanya polis itu buat ke sekian kalinya. "Ape masalah korang sampai gaduh besar dekat gerai tadi. Kamu tahu tak kamu sedang menimbulkan hura-hara"
Sepi.
"Pakcik polis, diorang ni sebenarnya yang ganggu saya dulu" Airin mula memberi penjelasan. "Kalau diorang tak ganggu saya, saya takkan-"
"Kitorang ganggu kau ke? Aku tanya kau bagus bagus en?? Tak boleh ke kau balas bagus bagus juga ?!" balas Batrisya.
"Dah dah dah" celah polis tadi. "Menurut orang-orang yang ada kat gerai tadi, awak yang pukul dulu" dia mengunjuk ke arah Airin.
"Siapa nama awak?"
Airin menghela nafasnya, "Airin Nadira" balasnya mendatar.
"Airin Nadira" polis tadi mengangguk-angguk. "Binti?"
"Nur Aiman"
"Airin Nadira binti Nur Aiman, ya" sekali dia mengangguk. "Jadi betul awak yang memulakan pergaduhan?"
"Saya takkan pukul kalau mereka kacau saya, pakcik polis"
"Saya tak nak tahu tu. Yang saya nak tahu, betul ke kamu yang memulakan pergaduhan atau tidak? Saya tak nak jawapan lain. Ya atau tidak sahaja"
Airin mendengus perlahan. "Ya"
"Kamu tahu tak yang kamu sedang viral sekarang?" tanya polis itu.
Berkerut dahi Airin mendongak memandang polis itu. Polis tersebut menunjukkan satu video dari telefonnya dari aplikasi tiktok. Video itu menunjukkan peristiwa dia bergaduh dengan Batrisya, Nisa dan Rania.
Airin mengambil telefon itu dari pegangan polis tadi. Dia membuka ruangan komen.
'mantap pak abu 🗿👍🏻'
'creator laju buat keje'
'akak baju kuning 2.0 😭👍🏻'
'asal fyp aku semua akak ni eh?'
'kat status aku semua psl akak ni'
Polis tadi mengambil semula telefonnya dari pegangan Airin. "Kamu tahu tak apa akan jadi bila kamu viral macam ni sampai satu Malaysia? Kamu akan diingati sampai bila bila dan ke mana-mana kamu pergi pun orang buat mainan. Kejap lagi jadi sticker whatsapp lah" kata polis itu.

YOU ARE READING
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز