13

19 6 0
                                    

Pak! Pak! Pak!

Airin dan Hanif berhenti tepat di hadapan bangunan bilik sewa sambil bernafas tercungap-cungap.

"Hanif? Airin?" Mak Piah menghampiri mereka. "Kenapa berlari-lari ni? Kene kejar anjing ke?"

Hanif mengangguk-angguk sambil tertawa semput. Airin menoleh semula di belakang.

"Diorang dah takde" beritahu Airin.

"Dah dah lah. Masuk masuk" arah Mak Piah sambil mengiringi Airin dan Hanif ke bilik mereka.

"Dah kenapa pula kamu minta kejar ngan anjing? Kan dah naya tu"

"Hanif tu, Mak Piah. Orang kata jangan, dia nak juga panggil" kata Airin.

"Ehh aku pulakk"

"Haa Airin" kata Mak Piah.

"Ada apa Mak Piah?"

"Ada orang nak jumpa Airin. Dia ada dekat dalam bilik Airin"

"Bilik Airin?" Berkerut seribu dahi Airin. Jangan jangan..

Airin membuka pintu biliknya. Terserlah wajah Norisya berdiri tegak di sana sambil memegang perutnya yang sudah semakin buncit itu.

"Kakak?"

"Airin" Norisya menapak mendekati adiknya.

"Akak buat ape kat sini?"

Norisya menghentikan langkahnya. "Akak datang nak minta maaf. Akak akan bersalin dua minggu lepas ni. Tapi, sebelum tu- "

Norisya mengeluh seketika. Dia sebenarnya teragak-agak untuk bercakap dengan adiknya ini. "Marilah kita jenguk kubur arwah ibu. Hari ni kan.. hari jadi ibu. Dah alang alang tu, kita jenguk kubur arwah ayah juga"

Airin terdiam. Hari jadi ibu ke hari ni? Asal aku tak ingat pula.

"Nak ikut ke?"

Airin diam. Matanya tidak lepas dari merenung lantai.

"Kalau tak nak ikut, akak pergi dulu" Baru saja Norisya mahu mengorak langkah, Airin terlebih dahulu memaut lengan kakaknya.

"Airin.. ikut"

[C] friENDSWhere stories live. Discover now