15

18 5 0
                                    

Airin memanggung dagunya sambil menikmati kekecohan bandar yang tidak pernah sunyi itu.

Dia menghembus nafas seketika. Aku nampak tak sihat ke? Mak Piah pun sampai suruh aku pergi ke hospital. Hanif pun menyokong je.

Tok tok tok

Airin menoleh belakang, "Masuklah"

Daun pintu terbuka perlahan. "Awak dah tidur ke?"

"Ohh Hanif rupanya. Tak, kenapa?"

"Saya masuk boleh?"

"Masuklah"

Hanif menapak perlahan lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Airin. "Awak dah minum minuman suam ke?"

"Dah. Mak Piah ada bagi secawan teh tadi"

Ngekk

Serentak Hanif dan Airin menoleh ke belakang melihat gerangan yang membuka pintu tadi.

"Belum tidur ke?" tanya Mak Piah.

Airin mengulum senyum. Panjang umur Mak Piah. "Belum, Mak Piah. Tengah cerita cerita ngan Hanif ni"

"Jangan tidur lambat tau. Esok pagi jam9 kita gerak ke hospital dengan kakak"

"Baiklah, Mak Piah" Selepas mengucap selamat malam, Mak Piah terus menutup semula daun pintu.

"Mak Piah tu dah macam mak kita, kan?" kata Hanif.

"Betul. Saya dah anggap Mak Piah tu seperti ibu kandung saya" Airin berfikir seketika. "Emm Hanif?"

"Hnm?"

"Mak Piah dah kahwin ke? Saya bukannya ape- tapi.. saya tak pernah nampak pun- err.. awak tahu lah. Macam suami dia ke nak jenguk jenguk"

"Saya tak tahulah pula. Tapi dengar cite orang, Mak Piah tu dah berumah tangga. Ada anak tunggal sorang. Tapi, diorang dah meninggal sebab covid-19" terang Hanif.

"Yeke? Jahat betul covid"

"En?"

Mereka diam seketika.

"Airin" panggil Hanif memecah sunyi antara mereka. "Kalau nanti, kita dah ikut haluan masing-masing, saya ke sana dan awak ke situ. Awak masih kenangkan saya tak?"

"Mestilah" jawab Airin yakin. "Kenapa?" Airin tertawa kecil. "Apelah awak ni. Takkanlah saya nak lupakan awak. Kalau boleh, saya nak bersama dengan awak saaaaampaiii bila bila"

"Betul?"

"Iyeeee. Awak ni dah kenapa? Macam nak berpisah ngan aku je"

"Kalau nanti aku pergi jauh, macam mana?"

Airin berubah riak, "Awak nak pergi mana?"

Hanif memandang lama wajah Airin sebelum menghambur tawanya, "Janganlah serius betul muka tu. Saya cakap je lah"

Airin menampar bahu Hanif, "Jahat betullah awak ni"

Hanif membuka luas lengannya.

"Kau kenapa?"

"Nak masuk tak"

Airin tertawa perlahan. Perlahan-lahan dia mendekatkan diri dengan Hanif lalu memeluknya erat. "Terima kasih sebab sudi temankan saya sepanjang masa saya dalam kesusahan"

Hanif membelai halus rambut Airin, "Saya sayang awak"

"Kalau awak sayang saya, jangan tinggalkan saya"

[C] friENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang