20

22 4 0
                                    

"Ape kamu buat niii?" wanita tadi berusaha melepaskan kaki Norisya dari penghadang jambatan.

"Kenape ni? Kamu okey ke?" dia menatap dalam wajah Norisya sambil mengelus lembut rambut Norisya.

"Jangan buat macam ni, tak baik. Kamu lapar ke? Kalau lapar, makcik boleh belanja kamu ke gerai mamak. Em? Kita makan, ya? Kamu nampak takde semangat. Em?? Marii" wanita tadi menarik tangan Norisya untuk berjalan mengikutinya. "Ada gerai mamak dekat simpang sana. Kita boleh singgah"

Perlahan-lahan Norisya melepaskan tangan wanita tadi daripada tangannya. "Takpelah, makcik"

Wanita tadi menoleh semula memandang Norisya. "Kamu nak balik rumah ke? Mari makcik temankan"

Bibir Norisya mulai bergetar, air matanya bercucuran lebat. Perubahan riak Norisya membuatkan wanita tadi bertambah bimbang. Disebabkan dia sudah hilang akal untuk mencari cara menenangkan Norisya, dia terus mendakap tubuh gadis dihadapannya itu.

Dia menepuk-nepuk belakang Norisya. "Semuanya akan okey"

Mereka kini bersama-sama membuang pandangan melihat air sungai yang jernih mengalir dengan tenang. Ketika itu, Norisya meluahkan segala-galanya kepada makcik tadi.

"Jangan bertindak terburu-buru. Jangan ikutkan sangat perasaan. Marah itu api, daripada api syaitan tercipta"

"Kalau kamu rasa penat, kalau kamu rasa betul betul down masa itu, kamu ingatlah yang pagi tadi atau hari kelmarin saya ada jumpa kucing. Dia comel. Saya ada makan sedap sedap, kalau saya mati nanti saya takkan jumpa kucing tu lagi dan saya takkan makan lagi makanan yang sedap tu. Jadikan benda yang buat kamu rasa gembira tu adalah asbab untuk kamu supaya sentiasa ingin terus hidup"

"Kamu tahu tak? Setiap pagi dan petang, Nabi SAW sentiasa berdoa kepada Allah supaya melindungi baginda daripada kemurungan dan kegusaran. Nabi ajar kita supaya buat benda yang sama. Jadi, kenapa tidak kita?"

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Norisya berjalan sendirian balik ke rumahnya. Kata-kata nasihat makcik tadi masih bermain di kepalanya. Dia benar-benar bersyukur bahawa Tuhan menemukannya dengan makcik tadi.

------------------------

Norisya berdiri tegak memandang bangunan bilik sewa di hadapannya. Setelah tiga hari dia mencari jejak Norisya, akhirnya dia jumpa juga tempat tinggalnya.

"Assalamualaikum" ucap Norisya kepada seorang sekuriti.

"Ya, waalaikumussalam. Ada ape ye?"

"Boleh saya jumpa tuan bangunan ini tak?"

"Mak Piah ke?"

"Rasanya dia lah"

"Boleh. Tunggu sebentar, ya"

Seorang makcik separuh umur datang mendekatinya. Mungkin itulah Mak Piah yang dikatakan sekuriti tadi. "Kamu ke?"

"Ya"

"Nak cari sewa bilik ke? Atau ada apa apa benda lain yang boleh saya bantu"

"Saya sebenarnya nak cari seorang penghuni kat bangunan bilik sewa ni. Saya pasti dia tinggal di sini"

"Siapa nama dia?"

"Airin Nadira binti Nur Aiman"

"Ohh Airin. Dia baru tinggal sini kira-kira 3hari yang lalu"

Norisya mengangguk. "Dia ada kat mane sekarang?"

"Rasanya dia sedang keluar makan tengah hari" jawab Mak Piah.

"Saya kakaknya. Boleh tak saya tengok bilik dia?"

"Err" Mak Piah menggaru kepalanya. "Makcik tak pasti. Airin tak pernah cakap pun yang dia ada kakak. Dia kata, ibu dan ayahnya dah takde. Makcik tak nak lah buka buka bilik orang pula. Makcik harap kamu fahamlah" terang Mak Piah.

Pantas Norisya mengambil telefon bimbit dari tas tangannya lalu menunjukkan Mak Piah gambar dia dengan Airin. "Saya memang kakak dia, Mak Piah. Ini gambar kitorang berdua"

"Kalau macam tu, baiklah"

Norisya terus masuk ke dalam bilik Airin. Dia melihat-lihat suasana di dalamnya. Kosong. Takde perabot langsung kecuali dapur, gas dan peti sejuk.

"Kenapa takde perabot, Mak Piah? Katil ke, almari, meja?"

"Airin adalah penghuni pertama dalam bilik ni. Jadi takdelah ape ape perabot yang disediakan. Bilik sewa yang lain pun dah penuh" jelas Mak Piah.

Norisya mengangguk. "Nanti saya hantarkan perabot untuk dia ya"

"Kamu yang hantar?"

"Haah. Dari rumah" Norisya berfikir seketika. Nanti boleh je dia warnakan barang perabotnya di bilik supaya tak jelas sangat yang semua tu dari bilik dia yang dulu.

"Tapi kann" celah Mak Piah. "Betul ke kamu kakak dia?"

Norisya tertawa kecil. "Ya, Mak Piah"

"Sebenarnya lah kan, Mak Piah pelik dengan Airin ni. Dia selalu bercakap sorang sorang, dia okey ke?"

"Airin sakit sebenarnya, Mak Piah. Sakit berat" beritahu Norisya.

"Habis? Tak dirawat ke?"

"Saya tengah berusaha kumpul duit sekarang untuk bayar kos rawatan Airin"

Mak Piah mengangguk-angguk, "Baguslah kalau macam tu"

"Selalunya Airin balik, pukul berapa?"

"Kejap lagi, baliklah tu"

"Saya pergi dulu ya, makcik. Kang makcik nampak kitorang gaduh pula" Norisya tertawa kecil sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Sementara Mak Piah berfikir sendiri masalah rumah tangga penghuni baru di bangunannya itu.

[C] friENDSWhere stories live. Discover now