Airin duduk menyandar di dinding sambil lengan memeluk lututnya rapat ke dada. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Bunyi bising kenderaan di luar tidak dihiraukan.
Apa khabar kakak? Kakak dah makan ke?
Airin memegang perutnya. Hari ini dia hanya menjamah nasi lemak tengah hari tadi. Dia tidak membeli makanan untuk makan malamnya kerana ingin menjimatkan penggunaan duit.
Dia mengeluh seketika, "Kakak tengah mengandung. Kakak takde siapa siapa sekarang, kakak ada aku sorang je. Sepatutnya, aku lah jadi tulang belakang akak"
"Tapi akak pun bodoh sangat. Perbuatan dia tu buat keadaan jadi tambah teruk pula. Dia bukannya cari jalan penyelesaian"
Airin bangun lalu berdiri menghadap bandar yang tidak pernah sunyi itu. Kelihatan seorang kanak-kanak berlari-lari anak mendahului ibu dan ayahnya.
"Alif, jangan lari laju sangat. Jatuh nanti" tegur emaknya.
Kanak-kanak tadi tidak mendengar teguran ibunya, sebaliknya dia berlari lebih laju dari tadi.
Gedebuk!
Pantas ibu dan ayah anak itu berlari mendapatkan anak mereka. Anak itu menjerit kesakitan.
"Haa kan emak dah kata. Jangan lari laju sangat" kata ibu itu sambil membantu anaknya berdiri. Sementara ayah anak kecil itu hanya berdiri sambil tertawa melihat gelagat anaknya.
Airin memegang perutnya. "Ahh sakitnya! Takkan nak period kut. Aku belum beli pad pun"
Namun, sakit tadi hanya sementara. Sekarang perut cramp sudah tidak dirasakan. Mata Airin kini beralih ke arah beg bagasinya yang dipenuhi baju-baju.
Semua barang baju dilipat seelok-eloknya oleh Airin. Bilik itu kosong tanpa apa-apa perabot. Airin juga sudah membuat keputusan dengan dirinya sendiri untuk tidur sahaja di lantai biliknya dengan berbantalkan bantal busuk yang dibawa dari rumah.
"Nak sekolah ke tak esok?" Airin menyoal dirinya sendiri.
Sudah lama dia tidak ke sekolah. Kalau dia ke sekolah pun, dia akan mengantuk dan tidur di kelas. Akibat masalah dari rumah, Airin tidak dapat menumpu perhatian di kelas.
Tok tok tok
Airin memandang pintu depan. "Siapa pula yang datang malam malam begini ni?"
Airin berasa seram sejuk. Selalunya, bilik sewa RM50 begini lah ada kes pecah masuk.
Tok tok tok
Airin langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Dia sudah memastikan pintunya berkunci. Tangannya sudah sedia memegang batang penyapu.
Tok tok
Airin masih diam.
"Takde orang ke? Dah tidur?" Suara seorang lelaki itu sangat jelas. Airin masih cuba menenangkan dirinya dari rasa panik.
Tok tok tok
"Cik? Cik dah tidur ke?"
Airin mula mengatur langkah perlahan. Mungkin kakitangan bilik sewa. Airin cuba memberanikan dirinya membuka tombol bilik, namun tangannya masih memegang batang penyapu.
Dia membuka pintu perlahan.
Lelaki itu mengulum senyum.
"Awak yang tadi tu ke?" tanya Airin. Rasanya dia ada jumpa lelaki ni tadi.
"Saya rasa awaklah yang jumpa Mak Piah dibawah tadi" ujarnya.
"Oh ya" Airin menyelak rambutnya ke telinga.
"Nama saya Hanif. Saya tinggal kat sebelah tu je"
"Saya Airin" jawab Airin.
Hanif mengulum senyum, "Saya datang nak bagi awak sekotak botol air. Tak sangka pula saya beli banyak tadi, ada baiknya saya bagi jiran baru saya ni"
"Awak bagi ke? Terima kasih" ucap Airin. Airin menyambut huluran kotak air itu. Agaknya, hari ni aku tak minum setitik air pun
Hekkk
Umh
"Takpelah takpe. Berat sangat ni" pantas Hanif mengambil semula kotak itu. "Boleh saya masuk tak?"
"Masuklah masuk" Airin mengalu-alukan kedatangan Hanif.
"Nak letak kat mana ni?"
"Letak kat dapur"
"Saya letak atas meja ni, ya"
Hanif menepuk-nepuk tapak tangannya, "Dah. Saya balik dulu, ya"
"Baik" ucap Airin lalu jalan mendahului Hanif untuk mendapatkan pintu depan.
"Airin"
"Ha?" Airin menoleh ke belakang menghadap Hanif.
"A- awakk"
"Kenapa? Ada apa??!" Airin melihat-lihat tubuhnya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Dia memegang punggungnya. Basah. Shib***
"Err maaf" Airin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pantas dia berlari ke beg bagasinya.
Dia menyelongkar baju-bajunya. Dia mencari cari pad nya walhal dia tahu benda itu tidak ada di sana.
"Awak pergi lah dulu" ucap Airin pada Hanif.
"Ada- ada ke?"
"Ada ada ada"
Hanif memandang Airin lama. Seketika dia mengatur langkah keluar dari bilik Airin.
Airin memandang Hanif melangkah pergi. "Aaa macam mana ni? Kenapa aku tak bagi tahu je dia yang aku takde pad" keluh Airin.
Tidak lama kemudian, Hanif kembali dengan membawa plastik hitam di tangannya lalu memghulurkannya pada Airin.
"Ap- apa ni?"
"Saya minta dari staf tadi. Ambillah"
"Terima kasih" Airin menunduk.
"Bilik awak takde langsir ke?"
"Takde. Mak Piah kata tadi saya orang pertama huni bilik ni" jawab Airin perlahan.
"Awak tunggu ape lagi?" tanya Hanif. Matanya menunjuk ke arah plastik hitam di tangan Airin, menyuruhnya membersihkan diri denagn segera
"Ah, ya" Pantas Airin melangkah menuju ke tandas untuk menukar tuala wanitanya. Dia membuka seluarnya, "Sebelum ni darah aku tak lah selebat ni"
Setelah mengurus segala-galanya, Airin terus keluar dari tandas untuk berjumpa Hanif.
Dia berhenti di tengah tengah bilik kosong itu sambil menoleh-noleh kepala. Aku rasa sedikit aneh. Apa eh? Gelap.
Airin menoleh pula melihat tingkap di belakangnya.
"Eh ada langsir" Airin berjalan menuju ke langsir barunya itu. Dia menyentuh perlahan merasa tekstur langsir tersebut.
"Hanif baik" ujarnya sambil menarik senyuman
YOU ARE READING
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز