Airin pusing belakang menghadap Hanif, "Awak masuk dulu"
Hanif mengangguk lalu jalan mendahului Airin memasuki bangunan sekolah itu.
Airin dapat merasakan yang dia sedang diperhati oleh pelajar-pelajar lain namun Airin tidak mengendahkan mereka. Kepalanya tetap menunduk memandang lantai.
"Aku baru nampak die weh"
"Aku denga ayah dia dah meninggal bulan lepas"
"Dia tinggal mane ek? Die lari keluar dari rumah en?"
"Tengok lah dia"
"Muka je innocent tapi perangai?"
"Patutlah viral satu negara"
Sepanjang perjalanannya ke kelas, dia hanya mendengar namanya sahaja. Sesampainya dia di kelas, Airin terus mendapatkan tempat duduknya.
"Saya pergi dulu, ya" ucap Hanif.
"Kelas awak mana?"
"Kat sebelah je" Hanif mengulum senyum. "Jangan risau, masa rehat dan masa pulang nanti saya singgah awak"
Airin mengangguk. Dia memandang Hanif yang berlalu keluar dari kelasnya. Sejujurnya, dia berasa takut. Risau dengan pandangan orang sekeliling. Hampir dua bulan dia tidak pergi ke sekolah.
Airin menguap seketika. Memang sudah kebiasaan Airin tidur hingga ke pagi tua, jadi tidak hairan lah Airin sentiasa mengantuk di awal pagi.
Airin bermain kukunya. Sesekali mendongak melihat di depan. Dia langsung tidak menghiraukan rakan sekelasnya yang sedang memandangnya. Terutama sekali Batrisya, Nisa dan Rania yang dari tadi asyik memerhatinya.
"Err, Airin?" sapa Haryani iaitu ketua kelas di kelas itu. Airin hanya menyahut panggilan itu dengan memandangnya.
"Ini surat projek kerja kursus dari Cikgu Suraya" Airin menyambut huluran Haryani.
"Sebenarnya kitorang dah mula sejak dua minggu lepas. Hujung bulan ni dah kena hantar. Maksudnya, awak ada seminggu lagi nak siapkan" jelas Haryani .
"Korang semua dah siap ke?"
"Majoriti dah siap. Ada tinggal beberapa orang lagi yang tak siap.. termasuk a- awak"
"Yani, Cikgu Suraya datang" beritahu Johnny.
"Kelas, semua-"
"Takpe takpe. Duduk duduk duduk" Semua pelajar duduk setelah menerima arahan daripada Cikgu Suraya.
Cikgu Suraya memerhati semua anak muridnya satu persatu sehingga matanya terarah kepada Airin. "Kamu"
Airin tidak bercakap sepatah perkataan malah matanya langsung tidak memandang Cikgu Suraya. Dia membetulkan kerusi lalu perlahan-lahan bangkit berdiri.
"Eh tak. Cikgu tak suruh kamu berdiri" Airin melabuhkan semula punggungnya.
"Cikgu rasa, baru hari ni cikgu nampak kamu dalam kelas ni" cikgu memulakan bicara. "Kenapa tak sekolah? Sakit ke?"
Airin hanya mengangguk.
"Sakit? Jadi, dua bulan lah ya? Kenapa? Ke kamu yang tak nak sekolah?"
Airin diam. Malas menjawab soalan gurunya yang semakin hebat menyindir itu.
"Nak kahwin dah ke?"
Airin masih mendiamkan diri. Adalah lebih baik dia terus berdiam diri kala ini, dia tidak mahu peristiwa sama berulang kembali.
"Ketua kelas ada maklumkan pada kamu ke fasal kerja kursus?"
Airin mengangguk. "Ada, cikgu"
"Eh ehh masih pandai bercakap. Ingatkan dah bisu tadi" Cikcu Suraya tertawa perlahan. "Jangan ambil hati ya, Airin. Cikgu hanya bergurau"
"Minggu depan minggu last tau nak siapkan kerja kursus. Markah kerja kamu ni cikgu akan key-in dalam 20% markah Sejarah SPM kamu. Penting untuk kamu target A+ dalam subjek ni nanti" pesan Cikgu Suraya pada semua pelajarnya.
"Jadi Airin? Boleh ke? Dapat tak siapkan kerja kursus ni dalam masa seminggu?" Cikgu Suraya menarik senyum sebaik saja mata Airin bertentangan dengannya.
Airin mengangguk perlahan. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti kalau dia betul betul dapat siapkan kerja tersebut dalam masa seminggu ini.
"Bagus" cikgu tersenyum lebar. "Bukannya susah pun kan? Dah 4tahun kamu buat kerja ni"
"Sila ambil serius ya, murid-murid. Pastikan minggu ni semua dah siap ye. Cikgu tak kesah lah kamu ada masalah kerja ke, masalah rumah tangga ke, masalah media sosial ke. Semua mesti kena hantar"
Airin masih mendiamkan diri. Dia berasa sangat sakit apabila cikgu menyebut masalah rumah tangga dan masalah media sosial tadi. Dia yakin sangat yang cikgu sedang tujukan perkataan tersebut kepadanya.
YOU ARE READING
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز