05

25 6 0
                                    

Pon! Pon! Pon!

Airin membuka matanya. Dia menutup sedikit matanya akibat pancaran cahaya matahari yang tembus di celah langsir. Pantas tangannya mencapai telefon bimbit.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Walaupun hanya berbaring di atas lantai dan berselimutkan jaket, dia tidur sangat lena hingga ke pagi tua.

Setelah mencuci muka dan membersihkan diri, Airin terus keluar dari bilik untuk makan tengah hari. Airin mengunci pintu biliknya sambil menguap.

"Airin?"

Airin menoleh ke arah suara tadi. Dikecilkan sedikit matanya kerana silau akibat pancaran matahari di koridor itu.

"Awak ke Ha- .. ohh Hanif. Ya" Airin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memerhati seketika baju sekolah yang dikenakan Hanif. Budak sekolah juga rupanya.

"Baru bangun ke?" tanya Hanif selamba.

"Ehh taklah. Mana ada" sanggah Airin. "Saya ada bangun tadi lah"

Hanif tertawa kecil. "Dah makan ke belum?"

"Nak makan lah ni"

"Tunggu saya" pantas Hanif melangkah masuk ke biliknya lalu keluar semula tanpa beg di belakang. "Saya pun nak makan juga"

"Ooo.. okey"

Mereka berjalan bersama seiringan. Tiada sepatah perkataan pun yang mencelah mereka kala itu.

"Awak nak makan ape?" tanya Hanif sesampai mereka di kaki lima yang dipenuhi restoran.

"Awak?" Airin membalikkan soalan Hanif tadi.

"Nak makan ayam penyet kat restoran ni tak?" cadang Hanif sambil mengunjuk ke arah Restoran Wak Nur. "Saya selalu makan kat sini lepas sekolah"

"Sedap ke?"

Hanif mengangguk.

"Berapa harganya?"

"RM7.30 begitu lah"

Airin berfikir seketika sebelum memberi jawapan, "Takpelah. Saya beli makanan kat gerai-gerai tu je. Saya tak biasa makan kat restoran, saya nak bungkus makanan bawa balik rumah" tolak Airin. Padahal baru je kelmarin dia makan nasi lemak kat gerai mamak.

"Kalau macam tu kita minta bungkus je lah ayam penyet astu bawak balik rumah"

"Takpelah. Saya sebenarnya tak gemar sangat makan ayam penyet. Maaf"

Airin berjalan menuju ke gerai mamak meninggalkan Hanif di belakang. Dia memilih-milih makanan yang dijual di sana.

Setelah memilih mi goreng, dia pun beralih ke arah minuman air bandung untuk dipesan. Tanpa sengaja dia terlanggar bahu seseorang.

"Maaf" ucap Airin perlahan tanpa memandang wajah orang yang dilanggarnya tadi.

Seketika rambutnya diselak kasar. "Kau siapa?" tanya orang itu tadi.

Tersirap darah Airin dibuatnya. Dia meneliti wajah yang menyelak rambutnya itu lalu dia menepis tangannya.

"Airin? Dah aku agak, patutlah macam kenal"

"Kau nak ape?" tanya Airin bersuara tenang.

"Dah lama kau tak sekolah. Kenapa?" soal Batrisya.

"Kau sibuk kenapa?" Hilang selera Airin dibuatnya. Dia meninggalkan sahaja minuman bandung yang dipesan tadi, hanya mi goreng sahaja yang dibawanya.

"Kau kurang ajar ngan aku ek. Aku tanya dah cukup baik tahu tak?!" Batrisya menunjal kepala Airin dari belakang.

Pantas Airin menoleh ke belakang lalu membalasnya dengan buku lima di pipi.

"Eh jangan gaduh kat sini!" marah pemilik gerai itu.

Namun suara pemilik gerai tadi langsung tidak diendahkan, malah Rania dan Nisa pula datang untuk menyerang Airin. Rania menarik rambut Airin sekuatnya.

"AAAAAA" jerit Airin. Tangannya kini mencapai tudung sekolah Rania lalu menanggalkannya.

"Ah, sakit! Peniti akuu!" jerit Rania pula.

Kini giliran Nisa pula menyerang Airin dengan menendang belakangnya. Airin mengerang kesakitan seketika, namun dia melawan rasa sakit itu dengan beralih ke arah Nisa.

Semasa Airin menoleh pula, Nisa mengambil kesempatan dengan menumbuk dahi Airin. Dalam masa yang sama, Airin mencapai tangan Nisa sebelum Nisa sempat menarik semula tangannya.

Batrisya kembali menyerang Airin dari belakang, namun Airin terlebih dahulu memberinya back-kick lalu menggigit lengan Nisa dengan sebelah tangannya pula mencucuk kedua-dua belah matanya.

[C] friENDSWhere stories live. Discover now