03

31 6 0
                                    

Airin menjamah nasi lemak di sebuah gerai mamak. Dah hampir seharian aku tak makan. Baguslah nasi ni alaskan perut aku sedikit.

"Meow meow meow"

Airin memandang sekilas kucing berwarna putih yang sedang meminta makanannya. Dia menjamah semula nasi lemaknya tanpa mengendahkan kucing tadi.

"Meowww" kucing itu mengiau sekali lagi. Kali ni agak perlahan.

Airin berasa sayu akan kucing tersebut, namun dia tetap enggan memberinya sedikit makanan. Masalahnya, aku pun tengah lapar sekarang ni.

"Airin, kucing yang datang meminta makanan itulah tanda kamu akan murah rezeki"

"Yelah yelahh"

Airin memberi kucing tadi separuh dada ayam setelah suara teguran ayah tadi terngiang di kepalanya. Dia membelai kucing itu dengan tangan kirinya. Semoga murah rezeki aku dan semoga amalku ini membantu ayah dan ibuku di sana.

"Shuh Shuhh" seorang pakcik iaitu pemilik gerai mamak itu datang menghalau kucing tadi. "Kacau je"

Kucing itu pun lari sambil membawa dada ayam yang diberi Airin tadi.

"Minta maaf, ya" ucap pemilik gerai itu sambil mengulum senyum. Airin hanya membalasnya dengan anggukan kecil.

Setelah selesai mengisi perut, Airin pun meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang dilihat di iklan tadi.

"Ya, nak. Ada beberapa buah bilik lagi yang kosong. Kamu nak menyewa ke?"

Pantas Airin mengangguk.

"Kalau macam tu-"

"Mak Piah!"

Perhatian Airin dan pemilik rumah sewa itu beralih ke arah yang sama. Kelihatan seorang lelaki sedang memegang sekotak botol mineral.

"Ini ke kotak botol yang Mak Piah cakapkan tu?" tanya lelaki tadi.

[C] friENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang