5 months later
Uwakkkkk
"Aiiyayayaaa sayaaanggg. Mama dekat sini, mama dekat sini" Norisya mengangkat Aqif ke dalam dukungannya.
"Em? Ape yang busyuk ni??" Norisya menghidu punggung putera kecilnya. "Berak rupanye die nii.. eeee hensem mama ni berak lahh"
Setelah memandikan Aqif, Norisya terus menyapu segala minyak seperti minyak cap limau dan minyak kayu putih di tubuh Aqif. Setelah itu, dia buh pula bedak bedak (I can smell).
Norisya mengenakan baju yang cantik cantik kepada tubuh kecil Aqif. "Hari ni kita nak ambik makcik kamu"
Setelah semuanya siap, Norisya terus bertolak ke bangunan bilik sewa untuk menjemput Mak Piah.
Mak Piah masuk ke dalam perut kereta dengan teruja apabila matanya terpandangkan Aqif. "Alalalaa comelnye anak siapa nii. Hensemnyeee, baru 4bulan dah hesmes. Oppa Aqif!"
"Isya, kita terus ambik Airin ke?"
"Haah, Mak Piah. Kenape? Ade nak singgah mane mane ke?"
"Takdelah. Doktor kata dah boleh ambik Airin ke?"
"Dah boleh dahh"
Sesampainya mereka di Hospital Bahagia, mereka terus masuk untuk berjumpa dengan Airin. Kelihatan Airin ketika itu sudah mengemas barangnya. Apabila Airin terpandang akan kehadiran Mak Piah dan Norisya, pantas Airin menyerbu ke arah Afiq.
"Amboii.. Mak Piah dengan akak tak dipandang langsung. Diserbu terus anak buah dia" kata Mak Piah berseloroh.
"Airin pandang lah, Mak Piah" Airin tersengih keji sambil menyalami tangan Mak Piah dan Norisya.
"Kamu kakaknya, bukan?" soal Doktor Michelle.
"Ya, saya"
"Airin sekarang dah semakin pulih. Dia dah semakin jarang bercakap sorang sorang, dia tak lagi selalu termenung seperti sebelum ini dan dia mula suka bercakap dengan orang sekeliling. Bagi memastikan keadaan Airin sentiasa baik, kamu cubalah bawa dia berbual atau buat apa apa aktiviti. Kalau ada apa apa, hubungi saja pihak kami, ya"
"Baiklah. Terima kasih, doktor"
"Ya, sama-sama"
Setelah menyelesaikan beberapa urusan, maka mereka pun keluar dari hospital tersebut. Airin sudah memaklumkan kepada Norisya bahawa dia mahu tetap tinggal bersama dengan Mak Piah di bangunan bilik sewa itu.
Norisya memakirkan keretanya tepat di hadapan bangunan tersebut. Mereka semua pun keluar daripada perut kereta.
Airin melihat bangunan dengan tatapan yang amat mendalam. Dia masih ingat dengan jelas ketika kali pertama dia menjejaki tempat itu. Hanya bilik dari bangunan ini adalah satu-satunya tempat yang boleh dia tinggal. Terima kasih kepada Mak Piah kerana melayaninya seperti anak sendiri.
Dia membuka pintu biliknya. Biliknya bersih. Dia menyentuh mejanya dengan jari telunjuk, tiada sebutir habuk pun di jarinya. Mungkin Mak Piah membersihkan bilik ini setiap hari semasa aku berada di hospital.
Airin membuka langsirnya seperti biasa untuk menyaksikan keriuhan bandar yang tidak pernah sunyi itu. Airin melepaskan keluhannya seketika.
Biasanya ketika ini lah Hanif akan datang menjenguknya. Ya, Hanif selama ini hanyalah imaginasinya sahaja. Hanif adalah teman sepermainannya semasa masih kecil. Ketika dia menerima berita kematian Hanif, dia sudah mula jarang bercakap dengan orang-orang sekeliling kecuali Batrisya, Nisa dan Rania.
Aku tidak tahu cara nak jelaskan benda ni tapi, Hanif nampak betul betul real. Masa aku sedang berimaginasi tenggelam dalam pelukan Hanif, aku dapat rasakan pipinya bersandar pada kepalaku.
Aku tak kesah kalau dia real atau cuma imaginasi. Yang penting, Hanif selalu datang pada aku masa aku betul betul susah hati. Dia datang tepat pada masanya.
"Airin"
Airin menoleh belakang lalu menarik senyum.
Hanif mendepakan lengannya. "Saya tahu awak rindukan saya"
"Saya pun rindukan awak"
"Sangat"
-The end-

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز