19 > lucky

422 40 14
                                    

Accept the reality of our story







HADID yang terbaring di atas katil hospital itu dipandang lama. Rasa takut mula menyelubungi diri apabila Hadid memberitahu tentang penyakitnya. Tanpa berfikir panjang, Iffat terus membawa Hadid ke hospital yang sama dimana dia dapat bercakap dengan Han buat kali yang terakhir .

"Iffat? You Iffat kan?" Iffat mengangkat wajahnya.

"I Maryam, one of the docs yang pernah tolong arwah Han dalam OR dulu" Iffat terus bangun dari duduknya dan menunduk hormat kepada Dr. Maryam .

"Terima kasih untuk segala usaha doc" ucap Iffat . Tiba-tiba sahaja dadanya terasa sebak tanpa sebab. Kalau bukan kerana kegigihan mereka mungkin dia tidak sempat meluahkan rasa cintanya pada Han buat kali yang terakhir .

"Takde apa lah, by the way what are you doing here? Sakit ke?" Soal Dr. Maryam hairan.

"Saya sihat alhamdulilah . Saya bawak kawan saya datang sini tadi sebab dia sakit , lepastu tiba-tiba kena warded pula" terang Iffat sambil menunjuk ke arah ward yang menempatkan Hadid.

Muka Dr. Marya berkerut .

"Hadid Izdan kawan awak?" Soal wanita itu untuk kepastian.

"Eh doc kenal Hadid ke?"

"Coincidentally, he is my patient" kecilnya dunia .

"Doc , boleh saya tahu Hadid sakit apa? Saya tak boleh lah tengok keadaan dia macam tu , dia buat saya takut... takut untuk kehilangan lagi" Dr. Maryamx tersenyum segaris . Dia sendiri tidak sangka yang mereka berdua akan berjumpa secepat ini .

"Sebenarnya Iffat , perkara yang berkaitan dengan Hadid ni adalah satu rahsia yang saya perlu simpan sebab belum tiba masanya lagi , tapi alang alang awak dah ada dekat sini ... terpaksalah saya terangkan" Dahi Iffat berkerut . Rahsia apa pulaa ni ?

"Kita bincang dalam bilik saya" mereka berdua berjalan menuju ke bilik yang terletak tidak jauh daripada ward yang menepatkan Hadid.

Sebaik sahaja tiba di bilik tersebut , Dr. Maryam terus mencari beberapa fail yang berada di dalam rak dan duduk di kerusinya yang berhadapan dengan Iffat. Tiga fail yang berisi dokumen itu di buka satu persatu dan diberikan kepada Iffat.

"Awak boleh baca dulu dokumen dokumen tu, kalau ada apa apa yang tak jelas awak boleh tanya saya" tanpa membuang masa , Iffat terus mencapai dokumen yang berada di hadapannya dan meneliti isi dokumen tersebut dengan penuh teliti.

"Heart failure?"

"Dokumen yang awak tengah pegang sekarang milik Hadid, and yes he suffered from heart failure since 8 years ago" Iffat tersandar lemah. Kenapa dia tak pernah tahu yang Hadid perlu tanggung rasa sakit ni sendiri? Allah, Iffat takkan la tak terdetik kau nak tanya pasal ni?

"Tapi jangan risau Iffat , he's in the process of recovery" pintas Dr.Maryam apabila muka Iffat berubah .

"Hadid boleh dikatakan sangat bertuah because someone was willingly to be his heart donor" Iffat melepaskan nafas lega apabila mendengar penjelasan Dr. Maryam .

"Meanwhile, dokumen yang ini pula adalah milik Han Ukasyah . Tak ada sakit apa cuma selepas menjalani pembedahan , dia mengalami cardiac attack dan meninggal dunia" Dokumen yang ditunjukkan oleh Dr. Maryam itu di perhati lama .

Han..

"Apa yang doc cuba nak sampaikan?"

"Han is the donor, Iffat" kaku.

"Ap- apa?"













Sorry kalau ada tersalah fakta ke apa yaa . Btw , Siapa rindu Han Ukasyah? Tetiba rindu lak kat dia haih..

2.5 | Ps : I Love you Where stories live. Discover now