“ Accept the reality of our story ”
———
BAHU Iffat dicuit oleh dayang yang sedang duduk disebelahnya sambil mata leka memandang ke arah dua orang jejaka yang sedang berdiri di hadapan dewan.
" Dayang , kau kenapa ni? Tergesel-gesel . Kalau gatal tu garu sendiri lah jangan libatkan aku sekali " Bisik Iffat geram apabila Dayang mengganggu ketenteraman nya .
" Iffat tengok lah sana tu, MasyaAllah handsome nyaaa! Dia orang kembar eh? Elok sangat la tu aku sorang, kau sorang " Iffat menjeling sahabatnya tajam.
" kau ni pantang nampak lelaki kulit putih kan? Laju je hormone estrogen dengan progesterone kau meningkat " Dayang mencebik.
" normal la jadi perempuan macam aku daripada kau tu , nampak lelaki handsome tapi tak ada perasaan. Kau ni Straight ke tak sebenarnya Iffat? "
Pap!
" Mulut kau kan , ada yang kena ganyang dengan sambal belacan mak aku nanti . Look dayang , aku straight cuma aku malas nak buang masa aku dekat benda-benda remeh macam ni . Bagi aku habiskan belajar dengan tenang dulu baru aku boleh fikir pasal cinta " Dayang mencebik lagi.
" Dah-dah la kau menghasut si Iffat ni Dayang . Macam lah kau tak kenal cik hati batu bata kita ni " Celah Eliyana yang daripada awal hanya memerhatikan Iffat dan Dayang bertikam lidah .
" Cuba nasihat sikit kawan kau ni Elly . Time-time macam ni lah kita boleh cari calon untuk bakal imam kita nanti " Kata Dayang lagi.
" Kau mana boleh paksa dia jadi macam kau , yang . Otak kita je sama-sama masuk air tapi hati tetap tak sama " Sampuk Auni dan Dayang mengeluh kecil.
" Dayang, aku tahu niat kau baik tapi aku nak belajar dulu okay? Nanti lepas dah habis belajar baru kita enjoy " Dayang angguk dan serentak itu suara Madam Umi kedengaran.
" Please take your seat Damien , Zaf " kedua lelaki itu melangkah ke arah bahagian kerusi kosong yang berada di bahagian belakang sekali iaitu di sebelah Iffat.
Damien mengambil tempat di sebelah Iffat dan mula membuka buku catatan dan laptopnya.
Masing-masing senyap dan memberikan sepenuh tumpuan kepada Madam Umi yang sedang memberikan penerangan di bahagian hadapan dewan .
Sehinggalah,
" Hi , I dayang and this is my friend Iffat , Elly and Auni . How about you? " Kata Dayang separa berbisik.
" Dayang apa kau buat ni? Nak kena halau ke? " bisik Iffat perlahan sambil matanya masih lagi terarah kepada Madam Umi.
" Dayang Farhana! Awak dengar tak apa yang saya explain tadi? " mereka berempat tersentak.
" Yes madam "
" Focus Dayang , mata tu jangan nak menjuling ke sebelah pulak " kata madam Umi dan kembali menyambung penerangan nya yang tergendala tadi.
" Dayang , please? " Dayang mengeluh berat dan menyandarkan badannya pada kerusi sambil berpeluk tubuh.
WAJAH diraup perlahan dan keluhan kecil dilepaskan apabila mereka sampai di cafeteria .
" Dayang , duduk dengan kau boleh buat aku kena heart attack tahu tak? Even bukan aku yang bercakap dengan kau tadi but still nak gugur jantung aku dengar dia laumg nama kau " Omel Eliyana sambil mengurut dadanya yang masih lagi berdegup kencang.
" Ala macam tak biasa pulak kau ni, dia memang selalu pun attack aku . Kan Iffat kan? " Dayang menyiku lengan Iffat yang sedang menongkat dagu.
" Ye "
" Tengok lah, tadi sebelum nak keluar pun sempat dia bidas aku ' Belajar belum habis jangan nak menggedik ya ' apa dia ingat aku kebulur sangat ke nak berlaki, eeii geramnya! " Iffat , Eliyana dan Auni hanya menggelengkan kepala mereka melihat perangai Dayang yang satu itu.
Terlalu jujur dalam percakapan. Straight forward .
" Or maybe kau yang sepatutnya mengawal kelancangan mulut kau waktu nak bercakap dengan dia . Dari awal kau masuk dia memang tak puas hati dengan kau , Dayang . Ingat tak yang kau pernah kutuk dia dulu? " Auni mengingatkan Dayang tentang peristiwa yang berlaku semasa orentasi awal tahun.
" Does it ring a bell? "
" Benda dah lama, takkan lah pasal itu pun dia masih nak berdendam lagi? Tak mature langsung! "
" Dayang Farhana , dah-dah la membebel . Pergi beli makan okay? " Iffat memberhentikan Dayang yang sudah hampir meletup itu.
" Okay " Dayang bangun dari duduk dan terus menuju ke kaunter makanan.
" Kau memang pandai nak buat dia senyap kan? " Eliyana menyampuk.
" Semua perempuan suka makan " Balas Iffat bersahaja.
Sedang mereka bergelak ketawa , tanpa mereka sedari dua orang jejaka berjalan ke arah meja yang mereka duduki.
" Iffat right? " Sapa salah seorang daripada mereka dna membuatkan gadis-gadis itu menoleh.
" Err ya saya , kenapa? "
Tangan menghulurkan sesuatu kepada Iffat dan membuatkan mata gadis itu membulat.
" Mana awak jumpa ni? Patutlah saya cari tak jumpa tadi , terima kasih tau " Buku nota berkulit keras itu bertukar tangan.
" No biggie , by the way saya Zad Damien dan ni adik kembar saya Zaf Daniel " Damien mengukir senyuman nipis yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis.
" So korang dari mana? " Soal Dayang .
" Dari Sw , tapi terpaksa tukar ke Malaysia sebab ada masalah family " Balas Zaf laju.
Mereka mengangguk serentak.
" Emm kami pergi dulu , see you tomorrow " Pamit Damien dan mereka berjalan pergi meninggalkan cafeteria.
" Damien Cute, tapi Zaf lagi cute! "
" Dayang , muka dia orang sama kot . So that's means tak ada beza. Cuteness dia orang tu sama balance " Eliyana mencelah , cawan yang berada di atss meja di capai lalu di sedut air fresh orange itu rakus.
" Ada beza . Cuba kau tenung muka dia orang lama-lama " Kata Dayang lagi.
" Dayang , kalau aku buat macam tu tak mustahil aku akan di cop sebagai minah psycho. Kalau kau tak apa lah sebab kau memang gila pun " Auni tergelak dan di ikuti yang lain.
" ye, betul la tu. Memang aku gila pun. Gilakan dia. Gilakan Zaf Daniel " Tutur gadis itu berserta dengan senyuman yang membuatkan Iffat, Eliyana dan Auni terkedu memandamg ke arahnya.
" Dayang , jangan merepek lagi please. Makan nasi kau tu, dah sejuk dah "
Dayang yang seakan tersedar dari lamunannya terus menyuapkan nasi ke dalam mukutnya dan berlagak biasa seperti tidak ingat dengan apa yang diperkatakan nya tadi.
Iffat, Eliyana dan Auni berpandangan sesama sendiri sebelum mereka turut menyertai Dayang melahap makanan sehingga kenyang.
TBC,
YOU ARE READING
2.5 | Ps : I Love you
ChickLit[ Sequal Jangan Sakiti Aku ] the truth was she didn't hate him , not for breaking her heart , not for leaving without explanation not for making her questions ever trusting anyone again she even knew what hating him would look like she love him b...