“ Accept the reality of our story ”
———
SUASANA di kawasan itu terasa hiba . Masing-masing menundukkan wajah mereka dan sedaya-upaya mencuba untuk meredhai pemergiannya yang tidak akan kembali.
Selesai membaca surah Yassin dan Al-fatihah. Semua menadahkan tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh seorang ustaz.
Air mawar dijirus dan kelopak bunga ditabur di atas tanah .
" Kak Iffat , jom? " Panggil Hessa yang sentiasa menemani Iffat.
" Hessa tunggu dekat kereta boleh? Akak nak duduk sini sekejap " Hessa tidak membantah, dia menurut saja kehendak kakak iparnya dan berlalu pergi meninggalkan Iffat sendiri.
Ironinya , dia tidak menangis.
Air matanya sudah kering dan tidak sudi untuk mengalir lagi. Perit yang dirasai ketika itu hanya di pendam di lubuk hati . Jiwanya terseksa, raganya menderita.
Pemergiannya seolah-olah turut membawa hatinya bersama . Iffat rasa kosong . Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan rasa yang dialaminya ketika ini.
" Ya Allah , terima kasih kerana kau sudi pinjamkan dia untukku walaupun hanya seketika " Iffat tersenyum kelat. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan. Tikar mengkuang digulung.
Untuk kali yang terakhir , pusara itu di tenung lama sebelum kakinya melangkah keluar dari kawasan tersebut.
" Akak okay? " Soal Hessa sebaik sahaja Iffat tiba di kawasan tempat letak kereta. Dia hanya mampu tersenyum lemah.
Tipulah kalau dia tak sedih. Kalau boleh dia ingin melepaskan segala rasa yang di tahan dan meraung di situ juga , namun dia masih waras. Dia terima qada dan qadar yang Allah telah tentukan.
Kereta dipandu terus ke rumah kediaman keluarga Han dimana mereka mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil arwah.
" Akak , sebelum abang pergi. Dia bagi Hessa ni — " Hessa menghulurkan sehelai sampul kecil kepada Iffat " Abang suruh Hessa bagi akak " sambung Hessa dan gadis itu melangkah pergi.
Iffat membuka sampul tersebut dan mengeluarkan sekeping kertas.
Dekat Bilik , dalam laci meja
Iffat melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik Han dan masuk ke dalam bilik itu . Mata terarah pada meja kerja yang kemas dan teratur itu.
Terdapat sebuah kotak bersaiz sederhana besar di meja bersama sehelai lagi sticky note di atasnya.
Semua ni dah jadi hak milik kau sayang ,
i love youPenutup kotak tersebut dibuka dan terdapat beberapa buah sampul dan fail di dalamnya namun mata Iffat hanya terarah pada sesuatu. Sesuatu yang menarik minatnya.
Sepucuk sampul berwarna purple.
“ Purple lilacs symbolizes love ”
Bibir Iffat tersenyum kecil.
Sampul tersebut dibuka dan Iffat menarik keluar sehelai kertas Bersaiz A4 dan mula membacanya.
Aku tahu ini cliche , tapi jangan koyak dulu. Let me explain everything.
Pertama sekali , Assalamualaikum .
Tujuan aku buat karangan 1000 patah perkataan ni sebab aku nak kau tahu semua yang kau patut tahu. Aku tak mendoakan diri sendiri untuk mati , tapi aku kena bersiap sedia awal-awal . We never know what's going to be happen in future.
Andai kata tuhan lebih sayangkan aku , dalam kotak tu aku dah siapkan semuanya untuk kau. Harta aku, rumah aku, duit dalam bank semuanya atas nama kau . Syarikat aku sendiri juga aku serahkan pada kau sebab aku hanya ada kau sorang je Iffat . Aku harap bila aku tak ada nanti , semua yang aku usahakan untuk bantu kau tu berguna.
Kau tahukan aku sayangkan kau lebih dari aku sayangkan diri aku?
Iffat , andai kata aku pergi dulu . Carilah seseorang yang mampu buat kau bahagia dan tersenyum. You deserve to be happy with the right person , munchkin. Aku hanya nak kau bahagia . Maaf kalau aku selalu mendesak. Maaf kalau aku selalu buat kau sakit hati. Maaf sebab aku kau tak dapat kahwin dengan Damien. Maaf sebab menjadi penghalang cinta kau dan dia.
Selfishkah aku?
Oh my , kenapa aku pula yang menangis waktu tulis surat tah pape ni?
Iffat , aku buntu. Aku tak tahu macam mana lagi aku nak buktikan pada kau yang aku lebih bagus dari Damien . Aku cemburu dengan dia sebab walaupun dah bertahun-tahun kau dan dia terpisah tapi hati kau masih tetap pada dia. Aku kagum sebab ada isteri sekuat kau.
Aku ingat lagi waktu first time kita jumpa dekat Airport . Kau tegur aku dengan suara comel , dah la pendek comel pulak tu. Geram je aku tengok. Aku betul-betul tak sangka yang sebenarnya kau adik kepada Shah. Sebab dia hodoh tapi adik dia lawa. Shah selalu cerita pasal kau dekat aku, dia terlalu risau dan sayangkan kau , you're so lucky sayang.
Aku tak tahu ini takdir atau apa tapi tuhan tu dengar doa aku , dan dia jumpakan kita buat kali yang kedua dekat rumah mama.
Now you belong to me, wife . I love you so much . Aku terima kau seadanya , apa pun yang terjadi waktu zaman silam kau aku tak pernah kisah sebab apa yang penting aku tahu hati aku hanya mahukan kau . Aku harap sangat yang kau akan balas cinta aku dan cinta tu akan kekal sampai nafas terakhir kita tapi aku tahu yang aku tak boleh paksa kau untuk cintakan aku because love can't be forced . It happened without particular reason .
Kepala aku makin pening bila Tania balik dan tuntut cinta lama dia. Demi Allah, aku dan dia dah lama putus dan tak pernah terdetik pun hati ni nak kembali pada dia sebab aku dah ada kau .
Walau apa pum dugaan yang datang lepasni Iffat , jangan salahkan diri kau. Belajar untuk terima takdir dan ketentuan-Nya. Belajar untuk meredhai segala yang telah berlaku. Jangan biar semua benda tu menguasai minda kau.
Tak payah la susah-susah nangis untuk aku okay? Buang air mata kau je. Aku nak kau redha kalau suatu hari nanti tuhan tarik nyawa aku dulu. Aku nak kau jaga Ian , dan jaga diri kau baik-baik . Aku dah minta tolong Damien untuk tengokkan kau kalau jadi apa apa dekat aku. Kalau boleh aku nak kau kahwin dengan dia sebab aku yakin dia boleh jaga dan bahagiakan kau.
Sebelum aku berhenti menulis , Aku cuma nak kau tahu yang aku cintakan kau dan aku bersyukur kerana tuhan tu bagi aku peluang untuk bersama dengan kau walaupun sekejap. Kirim salam sayang dan cinta pada Ian dan family aku.
I love you Iffat Amani. For the rest of my life.
Dari :
Han Ukasyah :)Iffat mengesat air matanya dan mula mengeluarkan satu persatu fail yang berada di dalam kotak tersebut. Semuanya berkaitan dengan harta, tanah dan syarikat.
Han serahkan segalanya kepada dia. He trust you, Iffat . Don't let him down.
It's not that sad pun haha 😛
YOU ARE READING
2.5 | Ps : I Love you
ChickLit[ Sequal Jangan Sakiti Aku ] the truth was she didn't hate him , not for breaking her heart , not for leaving without explanation not for making her questions ever trusting anyone again she even knew what hating him would look like she love him b...