“ Accept the reality of our story ”
———
SEBELUM KEJADIAN ,
" Mak cik tahu kan apa yang makcik kena buat? Bila Iam sampai je rumah saya nak makcik terus bawak dia pergi belakang rumah. Orang-orang saya akan jemput Ian nanti " Mak leha hanya mengangguk perlahan dan menurut sahaja kehendak perempuan itu.
Tania melangkah ke ruang tamu dan matanya terarah pada potret yang tergantung pada dinding. Gambar Han yang berada di dalam potret itu diusap perlahan dan matanya beralih pada Iffat yang berada di dalam pelukan lelaki itu.
" Sepatutnya aku yang ada dekat situ , perempuan ni tak layak untuk bahagia dengan you Han. I kan dah janji yang i nak balik , kenapa you tak tunggu i sayang? Kenapa you kahwin dengan dia? " kedua belah tangannya menggengam penumbuk.
" I akan pasti kalau i tak dapat you , dia pun tak akan dapat you. Han you milik i . Only me " ketawa halus kedengaran." Sama ada i akan bunuh perempuan ni , atau lebih baik i bunuh you? At least i tahu dalam cinta kita tak ada orang ketiga " Senyuman sinis terlakar di bibir merahnya.
Bunyi deruman enjin kereta mematikan lamunannya , pantas kaki melangkah ke arah dapur dan tubuh mak Leha di dekati.
" Ingat mak Leha , bila Ian sampai i nak mak Leha terus pas kan anak luar nikah tu dekat orang suruhan i . Pastikan Han tak tahu , kalau tak anak mak Leha dekat kampung tu saya buat gulai bagi satu kampung makan " Kata Tania sambil menyarungkan butnya .
Mak Leha menundukkan wajahnya.
" Hey orang tua , jangan nak menangis depan aku lah! Aku tak bodoh nak terpedaya dengan air mata murah kau tu " kepala mak Leha di tujal kasar.
" Mak leha! " jeritan Han kedengaran.
" Pergi sana cepat! " tubuh tua itu ditolak kasar oleh Tania.
Mak Leha berlari ke ruang tamu dan mendapatkan Han yang kelihatan cemas dan terdapat seorang lagi lelaki yang sedang mendakap Ian bersama bahagian bahunya yang sudah basah dengan darah.
" Mana Iffat? " Soal Han kehairanan sambil mengambil Ian yang berada di dalam dakapan lelaki itu.
" Diorang dah dapat Iffat " Beritahu Damien yang sedang menahan kesakitan.
" Duduk dulu , biar aku bersihkan luka kau sekejap sementara budak-budak aku tengah prepare " Damien mengangguk lemah.
Han berlari dan mendapatkan First aid kit yang berada di dalam laci dapur.
" Mak Leha , jagakan Ian sekejap. Jangan keluar rumah , kunci pintu . Saya ada hal dekat luar " Mak Leha mengambil Ian yang berada di dalam dukungan Han dan berlari masuk ke dalam biliknya.
" Han , aku kenal Zaf macam mana. Dari dulu lagi dia macam ni . Dari dulu lagi dia benci aku sebab Iffat , dia bukan lawan kita Han walaupun aku dah belajar cara nak mempertahankan diri waktu aku lari dulu " beritahu Damien dan Han hanya mengendahkan lelaki itu.
" Aku tak kesah kalau aku yang diapa-apakan tapi aku kenal Zaf macam mana, walaupun dia sayang Iffat tapi tak bermakna yang dia tak akam cederakan bini kau " sambung Damien lagi.
" Kau boleh diam tak? Aku tahu apa yang aku buat sekarang ni , Aku pun tak kesah kalau nyawa aku menjadi taruhan yang penting orang yang aku sayang selamat " Bicara Han tenang sambil tangan nya membalut bahu Damien dengan bandage .
" Kita tahu Zaf bukan calang-calang orang . Jadi aku nak kau tahu kalau jadi apa-apa dekat aku, aku nak kau jaga Iffat dengan Ian . Kalau perlu kahwin , alu izinkan. Jaga dia , aku cintakan dia , please make her happy " Damien terkedu.
" Han apa ni? "
" Aku cuma cakap je "
" Okay kalau macam tu , aku nak kau tahu kalau jadi apa-apa dekat aku. Bagitahu Iffat aku mintak maaf sebab tinggalkan dia dulu dan biarkan dia kahwin dengan aku. Aku terpaksa buat semua tu sebab keselamatan dia. Zaf paksa aku tinggalkan Iffat waktu kalau aku tak buat dia akan cederakan Iffat "
Han memandang ke arah Damien
" Zaf tu ada mental illness , Han . Kau pernah jumpa adik perempuan aku kan? " soal Damien
" Izi? Yang lumpuh tu kan? " Damien angguk
" Kalau kau nak tahu Zaf yang langgar Izi sampai lumpuh . Sebenarnya dia nak langgar aku tapi kebetulan waktu tu Izi ada sekali, Izi nampak lepastu dia tolak aku "
Han meraup kasar wajahnya.
" Habis tu takkan lah kau tak ambik tindakkan? "
Damien menggelengkan kepalanya.
" Mula-mula tu mak aku merayu-rayu supaya jangan buat laporan . Aku marah sebab dia dah buat Izi lumpuh dan koma. Lepastu mak aku kata , Zaf bukan Zaf yang dulu "
" Eh complicated nya keluarga kau ni , dah jom budak-budak aku dah ready " Pintas Han dan melangkah ke arah pintu rumah yang sudah terbuka luas.
" Mak leha , kunci pintu rumah ni . Ian mana mak Leha? " mak Leha menelan kesat liurnya.
" Ian ada dalam bilik Tuan , dia penat sangat itu yang bagi susu terus lelap tu " Mak Leha menundukkan wajahnya apabila perasan yang Han memandang ke arahnya membuatkan hatinya bertambah gugup.
" Okay , pastikan Ian selamat "
Mak Leha angguk.
" Damien , cepat lah. Kau ni terhegeh-hegeh "
Damien menjeling ke arah Han yang sedang bercekak pinggang ke arahnya.
" Sabarla setan "
Kedua mereka berjalan menuju ke arah jeep yang sedah bersedia di hadapan pagar rumah.
" Kau dah call inspektor Jay? " Han angguk.
Masing-masing mendiamkan diri.Iffat , please bertahan .
TBC,
A few chapters akan banyak pasal flashback , and penjelasan yang tak dinyatakan dalam JSA so kena baca slow slow baru faham.
Pape pun ..
SILA KECAM MAK LEHA AHAHHAAHAHAH😂
YOU ARE READING
2.5 | Ps : I Love you
ChickLit[ Sequal Jangan Sakiti Aku ] the truth was she didn't hate him , not for breaking her heart , not for leaving without explanation not for making her questions ever trusting anyone again she even knew what hating him would look like she love him b...