7 > love can't be forced

1.7K 124 0
                                    

“ Accept the reality of our story ”

———


SETAHUN KEMUDIAN ,

Iffat meregangkan ototnya yang sudah bersimpul akibat terlalu lama duduk di atas kerusi dan menghadap ke arah laptop. Keluhan kecil dilepaskan dan matanya tertancap pada frame gambar yang berada di sebelah komputer.

Bibirnya tersenyum kecil.

Sudah setahun dia mengambil alih syarikat milik Han dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan Bea yang merupakan personal assistant kepada Han dulu.

Pintu bilik diketuk beberapa kali dan dikuak luas oleh Bea.

" Yes, Bea? What can i help you? " Soal Iffat sambil memandang ke arah Bea yang masih berdiri statik di hadapan pintu.

" Emm boss , tak tengok jam ke sekaramg dah pukul berapa? " Serentak itu, Iffat terus memerhatikan jam yang berada di tangan kanannya.

4.30 pm

" Allahuakhbar , dah lambat! Thanks Bea sebab bagitahu kalau tak saya memang tak sedar sekarang dah petang. Merajuk Ian dengan saya nanti " Tangan Iffat lincah mengemas barang barang di atas meja.

" It's not a big deal la , boss . Lagipun itu kan memamg tugas saya . Always " Bea tersenyum.

" Thanks Bea . Saya tak tahu apa yang akan jadi kalau awak tak ada di sisi saya " Ucap Iffat dan tangan nya mencapai tas tangan dan berjalan menuju ke arah Bea.

" Saya dah janji dengan arwah yang saya akan jaga Boss . Saya akan lakukan apa saja untuk boss , lagipun say dah anggap boss macam kakak saya sendiri dah " Kata Bea dan bahu Iffat digengam erat.

" Okay kalau macam tu , stop calling me boss please? Just call me Iffat " pintanya.

" Seriously? I can call you kak Iffat? " Iffat mengangguk.

" Okaylah Bea , i got to go nanti ada masa datang rumah okay? Kita makan sekali " Bea mengangguk dan membiarkan Iffat melangkah pergi.

Kereta Audi TT milik Han di hampiri dan Iffat meloloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan kereta dipandu laju ke rumah Datin Idayu.

Iffat sengaja menggunakan kereta Han kerana dia dapat merasakan akan kehadiran lelaki itu melalui aroma yang terdapat di dalam kereta tersebut. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir di pipi . Setiap hari dia akan melakukan perkara yang sama. Setiap hari dia akan menangis apabila pulang ke rumah.

Dia cuba untuk membiasakan diri tanpa kehadiran Han di sisi. Namun dia masih tidak berdaya.

Telefon Iffat yang berada di dalam tas tangan itu berdering. Laju tangan Iffat menggeledah dan mencari telefonnya lalu skrin diperhati lama sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

" Apa lagi Damien? " soal Iffat bersama keluhan kecil.

" Just nak bagitahu yang saya dah ambik Ian , kita jumpa dekat tempat biasa boleh? Alang-alang dinner sekali lah " Iffat kemam bibirnya dan mendengus geram.

" Lain kali boleh tak jangan sesuka hati awak ambik anak saya tanpa minta izin saya dulu Encik Zad Damien? " Sedaya upaya Iffat cuba mengawal amarah nya.

Apa-apa yang berkaitan dengan Ian dia akan menjadi strict dan protective. Dia terlalu sayangkan Ian, dan dia tidak mahu kehilangan si kecil itu.

" I'm sorry , saya memang nak bagitahu awak tadi, dah call dah pun tapi awak tak jawap . Jadi saya bawak Ian pergi kedai dulu dan call awak semula kemudian. Saya tak berniat nak buat awak marah "  Iffat meraup kasar wajahnya.

2.5 | Ps : I Love you Where stories live. Discover now