Accept the reality of our
MATA redup milik Hadid merenung ke dalam sepasang mata yang turut memandang ke arahnya. Raut wajah Iffat yang nampak berseri tidak seperti selalu itu membuatkan bibir Hadid mengulum senyuman.
" Stop staring at me, you jerk " Iffat membuka mulutnya apabila tidak selesa dengan renungan dan panahan mata Hadid yang makin lama makin menjanggalkan keadaan.
" I miss you " Iffat terkedu apabila tiga perkataan itu meluncur laju keluar daripada mulut Hadid.
" Don't be silly, Hadid. Kita jumpa harini pun sebab awak klien saya tau. Kalau tak memang harapan lah awak nak duduk berdua makan dengan saya harini " Seloroh Iffat .
" Oh really munchkin? "
" Can you stop calling me munchkin? "
" Why? "
" Because i hate it? "
" Let me think - Nope aku tetap nak panggil kau munchkin " Iffat mencebik . Bebal ke Hadid ni orang cakap tak suka pun dia nak berdegil lagi.
" Kenapa eh awak tak biar je PA awak join kita? Kesian dia sorang-sorang dekat situ " Soal Iffat sambil memandamg ke arah Arian yang duduk di meja yang tidak jauh daripada mereka.
" Siapa suruh kau tak bawak Bea? "
" Bea busy , she refused to go dan saya tak nak paksa dia ikut "
Hadid berpeluk tubuh.
" Kalau kau nak tahu sebenarnya Arian tu Ex boyfriend Bea. Sebab tu Bea taknak ikut kau lunch harini, dia nak mengelak daripada bertembung dengan Arian " Mulut Iffat melopong luas.
" Are you kidding me? "
" Muka aku macam tengah buat lawak ke? " muka tak beriak Hadid dipandang sekilas.
" Muka macam badut . Eh gurau "
" Apa kau cakap tadi "
" Tak ada, saya cuma cakap muka awak macam unta gurun je heee " Hadid tahan senyum apabila melihat Iffat tersenyum sambil menayangkan barisan gigi putihnya.
Alahai sayang!
" Jadi macam mana kerja? Senang? Rasanya dah empat bulan lebih kau ambil alih syarikat Han " Iffat tersenyum nipis.
" Alhamdulillah, Han tinggalkan syarikat dia dalam keadaan yang paling baik. Saya hanya bantu dia uruskan projek dan mega tender yang belum selesai saja " terang Iffat.
" Alhamdulillah "
" Kejap ,umur awak dah 33 kan? "
" Asal? Kau nak cakap aku bujang tua tak laku la ni? " Iffat ketawa.
" Eh mana ada, saya cuma nak tanya . Kenapa lelaki yang handsome dan kaya macam awak ni tak kahwin lagi? " Hadid hanya merenung kosong pinggan yang sudah licin di hadapannya .
" Sebab aku belum jumpa kau " Tak semena bahu sasa lelaki itu dicubit kuat oleh Iffat .
" Suka sangat main-main kan? Haaa rasakan " Hadid mengaduh sakit tapi dalam masa yang sama hatinya berbunga-bunga apabila Iffat sudah mula menunjukkan progress yang positif contohnya dia mampu bergurau senda dengan Hadid tanpa memikirkan tentang Han.
" Aku rasa kita kena mula semula " kata Hadid tiba-tiba.
" Mula semula apa? Awak ni macam-macam lah Hadid, sekarang ni satu apa pasal kerja pun kita tak bincang lagi sebab awak main-main " omel Iffat tak puas hati.
" No Iffat , aku serius. Kita mula semula , i guess our starting is kinda bad sebab ada someone tu cuba nak raba my luscious body am i right ? " Iffat menggulingkan bola matanya.
" Eeee saya tak kebulur lah dengan badan berketul-ketul awak! " Jerit Iffat kegeraman dan menarik perhatian beberapa pasang mata ke arah mereka.
" Shhhh! Kau nak bagitahu semua orang yang kau raba aku ke? Janganlah jerit jerit! "
" Heyyyyyy!— "
" Shhhhhhhh! "
Iffat mendengus geram.
" Eh kita dah mula semula lah! Kan dekat taman haritu dah sah jadi kawan? " pintas Iffat .
" Itu kawan, now boleh aku perkenalkan diri aku as bakal boyfriend kau? "
" Eh - excuseeeee me? "
" Iffat Amani , be my girlfriend? " Hadid melutut!
" KEPALA HOTAK DIA! HADID BANGUN LAH! EVERYBODY WAS LOOKING AT US! " kata Iffat cemas apabila Hadid bertindak diluar kewarasan berfikirnya.
" No until you say yes " Hadid berdegil
" Ya Allah ya tuhan ku , Hadid Izdan awak dah gilaa ke apa. Bangun laaaaa please " pujuk Iffat bersama wajah yang sudah membahang merah.
Wajah Hadid yang berharap itu dipandang lama sebelum nafas berat dihela.
Maafkan saya Han . Saya cintakan awak. Tapi dah sampai masa saya buka peluang ni untuk orang lain.
" Hadid — yes . Saya terima awak jadi boleh awak bangun sekarang sebelum saya tendang perut awak? " ugut Iffat.
Hadid melompat bahagia apabila rancangannya berjaya.
" Thank you sayang "
Iffat menggulingkan bola matanya entah untuk kali yang ke berapa.
" Awak melutut depan saya dekat public lagi saya tak akan teragak-agak untuk tendang dan smackdown awak depan orang ramai " pesan Iffat lalu mencapai tas tangannya dan melangkah pergi meninggalkan lelaki itu yang tersengih sendiri.
YOU ARE READING
2.5 | Ps : I Love you
ChickLit[ Sequal Jangan Sakiti Aku ] the truth was she didn't hate him , not for breaking her heart , not for leaving without explanation not for making her questions ever trusting anyone again she even knew what hating him would look like she love him b...