20 > loser

683 40 13
                                    

Accept the reality of our story









SELEPAS mendengar pejelasan Dr. Maryam , Iffat membawa diri ke taman yang berada di dalam kawasan hospital tersebut . Wajah diraup perlahan dan keluhan berat dilepaskan . Lepas satu satu perkara yang terjadi , membuatkan Iffat sendiri pening untuk memikirkannya. Bukankah dia sepatutnya bahagia kerana jantung Han ada pada Hadid?

Complicated.

"Iffat"

Iffat yang termenung jauh itu tersentak apabila Hadid mengambil tempat disebelahnya dan dengan selambanya lelaki itu melentokkan kepalanya ke bahu Iffat.

"Kau buat apa dekat luar ni? Tak sejuk ke?" Soal Hadid yang nadanya berbaur kerisauan . Sudahla Iffat hanya memakai kemeja nipis dan jeans .

"Saya okay Hadid , yang tak okay tu awak" balas Iffat kemudian menoleh ke arah Hadid yang sudah menundukkan wajahnya.

"Aku mintak maaf sebab dah susahkan kau harini"

"Hey it's not a big deal , Hadid . Takkan saya nak biarkan awak sakit"balas Iffat kemudian menyarungkan cardigannya pada bahu Hadid agar lelaki itu tidak kesejukan .

"Kenapa awak tak pernah cerita pasal ni dekat saya?"

Hadid melepaskan keluhan berat.

"Kau tahukan jantung Han ada dekat sini?" soal Hadid sambil menunding kearah dadanya .

Tiba tiba Iffat terasa sebak.

"Aku bukan tak nak bagitahu kau , jujur aku cakap Iffat apart of me memang betul suka and cinta kan kau . At first aku memang nak bagitahu tapi lepas aku tahu Han tu siapa dalam hidup kau , aku terpaksa berahsia dulu. Kalau boleh aku nak kau suka aku,cintakan aku sebab diri aku bukan sebab Han" mata Iffat mula berkaca-kaca .

"Hadid , awak..."

"Dengar dulu Iffat, let me explain everything" Iffat mengemam bibirnya .

"Aku mintak maaf sebab baru harini aku nak berterus terang dengan kau , aku sebenarnya dah lama kenal Han . Jujur aku cakap aku tak pernah tahu langsung pun yang dia nak dermakan jantung dia dekat aku"

Air mata Iffat mengalir dipipi.

"Dia baik , selalu datang melawat aku dekat hospital dulu. Kalau aku tak rasa macam nak hidup lama dialah orang yang akan motivate aku sampai aku rasa bersemangat balik. Sakit , aku faham perasaan kau bila kita hilang seseorang yang kita sayang. Sakit sangat"

Hadid mengesat air matanya.

"Aku mintak maaf , mungkin kalau bukan sebab aku Han masih bernyawa lagi sekarang" Iffat memejam rapat kedua belah matanya.

"Hadid , it's not your fault. Han pergi sebab dah sampai masanya dia kembali kepada pencipta" bahu Hadid diusap perlahan.

"Ada hikmahnya Allah ambil dia pergi dari hidup kita Hadid. Saya belajar banyak benda selepas dia dah tak ada. Terlalu banyak perkara yang Han lakukan untuk kebahagiaan saya dan sejujurnya lepas dia pergi saya baru ... baru nak menghargainya"

Iffat memegang dadanya . Sakit yang tidak berpenghujung.

"Dan selepas tu awak muncul dalam hidup saya . Dengan awak , saya belajar untuk kurangkan ego, hargai apa yang awak buat untuk saya dari mula sehingga ke hari ini"

"Hadid , jujur saya cakap saya memang tak boleh lupakan Han. Sayang dan cinta saya takkan pernah mati untuk dia . Tapi sekarang berbeza sebab saya sedang mencuba , cuba untuk menerima cinta awak"

Kedua mereka sudah teresak esak.

"Saya mintak satu je , jangan tinggalkan saya. Saya tak nak hilang sesiapa dah lepas ni" Iffat memandang ke arah Hadid lama.

"I wont Iffat. Aku sayang kau"

"Saya sayang awak juga Hadid"













IFFAT berjalan menuju ke arah Bea yang sedeng menunggunya bersama Arian di hadapan cafe . Bea menerangkan beberapa maklumat yang penting kepada Iffat sebelum melangkah masuk menuju ke meja yang diduduki oleh Nadir dan dato Erwan.

"Good morning uncle and Nadir , first of all saya nak mintak maaf bagi pihak Hadid dia tak dapat datang harini sebab sakit dan masih berada di hospital , kalau ada apa apa boleh berurusan dengan Arian" Jelas Iffat kemudian mengambil tempat berhadapan dengan mereka berdua.

"Kalau ada masa nanti uncle pergi melawat dia" balas Dato Erwan mesra.

Iffat hanya mengangguk perlahan.

"Kamu berdua berbual dulu , uncle nak pergi washroom sekejap" Dato Erwan meninggalkan Iffat dan Nadir di meja itu berdua.

"So macam mana dengan company Iffat? Semua okay ke? Kalau ada masalah you boleh cari i mana tahu i boleh tolong" Iffat tersenyum segaris. Semenjak dua menjak ni Iffat perasan yang Nadir menjadi sedikit aneh daripada hari pertama mereka berjumpa.

"Hai , sorry i lambat" sapa satu suara.

"It's okay , by the way Iffat meet my cousin... Zurin" Iffat membatu. Bala apakah ini?

"Saya Iffat"

"I kenal you"

"You did?"

"Ye lah , you kan girl yang makan dengan Hadid haritu" balasnya .

Iffat hanya tersenyum ke arah mereka , kenapa perempuan itu perlu ada? Sudahlah bersama Nadir pun dah cukup pelik rasanya ditambah pula dengan kehadiran Zurin membuatkan Iffat sangat tidak selesa untuk berkerja pada waktu itu.

Sebaik sahaja Dato Erwan tiba di meja makan , Iffat terus membuka bicara supaya sesi mesyuarat mini tersebut habis dengan pantas .

"Saya rasa itu sahaja untuk hari ini, kalau Uncle ada apa apa masalah boleh terus telefon saya nanti kita akan bincang semula perkara perkara yang dikemukakan"Iffat terus mengemas barang barangnya dan bersedia untuk melangkah pergi .

"Iffat , mari lah lunch sekali" pelawa Dato Erwan.

"Eh tak apa Uncle , lagipun saya ada hal lain lepas ni"tolak Iffat lalu melangkah keluar daripada cafe tersebut.

"Iffat wait!"

Iffat mengeluh berat.

"Ye kenapa cik Zurin?"

"Apa hubungan you dengan Hadid ya?" Soal Zurin bersama kerutan di dahi.

"More than friends" balas Iffat selamba.

"Oh, tapi you tahu kan dia dengan i dulu..." belum sempat Zurin ingin menghabiskan ayatnya Iffat memintas.

"Cik Zurin , past is past okay? Yang saya tahu dia cintakan saya lebih daripada dia cintakan awak. Dan saya percayakan dia"

"But he's useless and weak , Iffat. Tak sesuai dengan perempuan yang bekerjaya macam you. You deserve someone better than him!"

Iffat tergelak sinis.

"Maybe he's useless for someone loser like you. Saya tak mintak my partner untuk kaya raya mahupun sado , saya cuma perlukan cinta dan kasih sayang dia saja. Cik Zurin kalau tak ada apa apa lagi saya pergi dulu, kesian Hadid saya tunggu lama lama" Iffat malas mahu berlama disitu , dia terus melangkah pergi meninggalkan Zurin .

Puas hati aku.













Sabar sikit semua , tak lama dah nak habis PSILY ni. Baik korang pilih cepat , nak sad ending ke happy ending?🤭😂

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2.5 | Ps : I Love you Where stories live. Discover now