[Book 1]
❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya
ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...
"Cantiknya anak ibu ni." Puan Ainul berkata sambil membetulkan sedikit tudung anak gadisnya itu. Siapa sangka, kini anak gadisnya yang sudah berusia 25 tahun dan bakal menjadi isteri seseorang pada hari ini.
"Oh my god, babeee!!" Hana yang baru sahaja masuk ke dalam bilik suite itu terus menjerit apabila melihat Mia yang sudah bersiap itu. Mia tersenyum ke arah Hana.
"Cantik gila kau." puji Aireen pula sambil berpusing mengelilingi kawannya itu. Mereka juga tidak percaya bahawa hari tersebut sudah tiba. Rasa seperti baru semalam mereka berkenalan.
"Kau nak kahwin dah..." Kata Hana. Masing-masing sedang menahan air mata masing-masing. Malah, Mia sendiri tidak menyangka bahawa dia bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.
"Aku sayang korang tau. Korang kawan aku sampai mati." Kata Mia. Kemudiannya, dia memeluk Aireen dan Hana. Air matanya yang ditahan tadi, akhirnya mengalir juga bersama Aireen dan Hana.
"Kitorang pun sayang kau." Hana membalas. Aireen dan Hana mengusap perlahan belakang gadis itu. Selepas beberapa minit, mereka meleraikan pelukan tersebut.
"Sudah... rosak make-up tu nanti." Kata Puan Ainul. Aireen dan Hana mengelap wajah mereka yang terkena air mata itu. Jurusolek itu membetulkan sedikit solekan Mia yang terkena air mata tadi. Solekannya tidaklah begitu tebal.
"Jom, kau dah kena turun dah ni." Kata Aireen. Mia mengangguk dan mereka membantu Mia untuk berjalan. Sejambak bunga diserahkan kepada Mia. Mia menarik nafas dalam sebelum berjalan keluar dari suite itu.
"Are you ready?" Hana bertanya kepada Mia apabila mereka tiba dihadapan pintu dewan tersebut. Mia mengambil nafas dalam dan dia mengangguk.
"Wait, aku nervous lah." Tiba-tiba Mia cuak. Tidak tahu apa yang ditakuti sangat, tetapi dia takut. Dia gementar. Hana terus berjalan dan berdiri dihadapan Mia.
"Okay, tenang. Tarik nafas." Hana cuba menenangkan Mia. Mia mengikut arahan Hana itu. Dia mengambil nafas dalam sekali lagi dan perlahan-lahan menghembusnya.
"Kau okay je. Jangan risau." Hana menyambung. Mia memandang ke dalam anak mata Hana. Hana mengangguk. Dia memandang ke arah Aireen pula. Aireen juga mengangguk sambil mengusap belakangnya.
Beberapa saat kemudian, pintu dewan itu pun terbuka. Semua mata memandang ke arah dirinya selaku pengantin perempuan. Mia menguntumkan senyuman manisnya. Jurugambar juga mula mengambil beberapa keping gambarnya.
Mia memegang lengan Puan Ainul memandangkan wanita itu akan mengiringinya berjalan sehingga ke pelamin. Perlahan-lahan dia dan Puan Ainul berjalan masuk. Hana dan Aireen juga berjalan mengikutnya dibelakang.
Mata Adam tidak lepas dari memandang ke arahnya. Terasa seperti dia jatuh cinta sekali lagi dengan gadis yang bakal menjadi isterinya dalam masa beberapa minit itu.
Mia berjalan sambil mengagumi pelamin tersebut. Baru ketika ini, dia dapat melihat pelamin itu. Adam memang langsung tidak memberi dia peluang untuk melihat pelamin tersebut sebelum ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.