Bab 8

229 25 0
                                    

Iruka menahan diri daripada kegelapan yang mula menguasai diri dan dia semakin sukar untuk terus menahan kesedaran. Dia yakin Mizuki meracuninya.

Iruka panik. Dia masih tidak dapat memahami apa yang berlaku kepada Mizuki. Kenapa rakannya itu tiba-tiba bersikap kejam terhadapnya. Nafas Iruka semakin lemah dan sesak serta rasa pening menembusi dirinya.

Mizuki telah membawa dia pergi dan dia tidak tahu ke mana dan di mana mereka. 

Matanya sedikit terbuka tetapi dia hampir tidak dapat melihat hanya sekumpulan warna kabur yang cuba membutakannya saat penglihatan perlahan-lahan hilang, dia merasakan Mizuki membaringkannya di satu tempat. Sejuk dan gelap.

Iruka mula ketakutan dia tidak mampu melakukan apa-apa sekarang tubuhnya terasa kaku. Dia tidak berdaya dan berasa putus asa. Racun cuba memaksanya untuk tidur sepenuhnya. Fikiran ligat berputar.

Bagaimana dia harus mempertahankan dirinya untuk melawan? Bagaimana dia boleh memastikan dia pulang ke rumah dan bertemu dengan Naruto lagi.

"Na..ru..to.." Dia ingin menjerit sekuat hati. Tapi suara itu tertahan tidak mampu dilepaskan.

Mizuki yang melihat tubuh lemah Iruka ketawa senang. Lelaki itu benar-benar tidak berdaya. Lalu dia menarik Iruka supaya menghadapnya. Baju Iruka ditarik ke atas mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Mizuki tersenyum jahat. Dia tidak terfikir akan mendapatkan Iruka dengan cara yang kotor seperti itu. Tapi dia tidak peduli lagi. Dia akan lakukan apa saja asalkan Iruka berada dalam kawalannya.

Mizuki mendekatkan kedua tangannya untuk membentuk beberapa corak segel lalu sebelah tangannya menepuk kuat di dada Iruka dan saat itu juga satu corak cakra terukir di dada Iruka.

Mizuki tersenyum senang. Dia berjaya menutup cakra milik Iruka. Jutsu yang diajar oleh Orochimaru kepadanya sangat berguna ketika itu. Lalu dia meninggalkan Iruka sendiri yang sudah kehilangan kesedaran sepenuhnya.

____________________

Naruto menggosokkan matanya. Lalu melihat jendela. Hari sudah cerah. Dia keluar dari biliknya tertanya-tanya mengapa Iruka tidak membangunkannya. Dia melangkah ke bilik Iruka. Pintu bilik itu dibukanya apabila panggilan dan ketukan tiada balasan.

Bilik itu kosong. Naruto membesarkan matanya meneliti setiap ruang peribadi milik gurunya itu. Iruka tiada. Mungkin gurunya sudah pergi terlebih dahulu. Dia menggaru kepalanya lalu kembali ke biliknya, bersiap untuk pergi ke Akademi. Dia lapar sebenarnya kerana tidak makan sejak semalam, menunggu gurunya pulang.

Sampai di Akademi dia menuju terus ke ruang kelasnya. Jelas dari jauh keadaan agak bising. Saat dia masuk ke kelas itu. Guru itu tiada. Para pelajar hanya melakukan hal masing-masing.

Sehinggalah waktu pelajaran tamat bayang guru itu masih tidak kelihatan. Naruto mula risau. Dia mula resah. Semalam dia tunggu Iruka hingga tengah malam tapi lelaki itu tidak balik dan apabila dia bangun guru itu juga sudah tiada.

Lepas tamat kelas. Naruto tidak fikir mahu ke mana lagi dia hanya mahu mencari Iruka. Dia pergi menuju ke pejabat guru. Mungkin Iruka ada disana dan terlalu sibuk hingga lupa tentang pembelajaran mereka. Mungkin itu fikirnya dan dia harap itu yang berlaku.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang