Bab 17

216 19 0
                                    

Iruka berhenti dihadapan sebuah bangunan. Dia tak menyangka di negara yang hancur itu memiliki sebuah bangunan yang indah masih berdiri teguh. Dia sedar mereka tidak sendiri. Walaupun samar dia dapat melihat tempat itu dilindungi oleh satu cahaya putih berbentuk kubah. 'genkai' Fikir Iruka.

Iruka sempat melirik kepada Miwa gadis itu melakukan satu corak tangan dan menekan ke dalam penghalang dan penghalang itu terbuka sedikit cukup ruang untuk mereka masuk.

Dia melihat sekumpulan manusia sedang menunggu di luar bangunan itu. Pakaian mereka hampir sama, masing-masing mengenakan yukata putih polos. Wajah datar menyambut kedatangan mereka.

'Adakah mereka pemilik roh naga?' Iruka menyoal Kinryu melalui telepati. 

'Tidak mereka hanya manusia biasa yang menyembah mereka tapi sepertinya mereka memiliki kebolehan yang agak hebat'  Iruka merasakan dengungan suara Kinryu di belakang kepalanya.

Iruka dijemput masuk, di satu sudut duduk seorang lelaki di atas sebuah kerusi perak, sisinya berdiri beberapa pengawal. Kini dia berdiri menghadap seorang lelaki. 

Tubuhnya tinggi. Memiliki rambut hitam pekat yang panjang. Dia mengenakan pakaian sutera sama persis seperti yang dimiliki Kinryu. Berwarna merah darah seperti warna matanya. Dahinya memiliki satu corak berwarna perak.

"Lama tidak bertemu Kinryu" Dia bersuara. Suara itu benar-benar mencengkam jiwa Iruka. Dia bergetar. Kemudian dia terasa sesuatu memeluknya dan Iruka kembali tenang. Dia tahu itu cakra Kinryu cuba menenangkannya.

"Suiryu!" Kinryu menegur melalui Iruka. Suiryu tahu itu ialah naga emas yang bersuara. "Walau apa pun berlaku mutiara naga tidak akan pernah menjadi milik awak!" Kinryu bersuara dingin. Suiryu memandang Iruka atas bawah dia tersenyum miring.

"Awak tahu Iruka, ini adalah tanah kelahiran keluarga awak. Oh ya, pada asalnya mereka adalah Tsunayoshi mereka mula bertapak di sini sebelum Uzumaki berkuasa." Suiryu bernada sambil berjalan mengelilingi Iruka.

"Tanah ini adalah tanah pelindung naga dan kemudian bertukar menjadi Uzushiogakure setelah kemunculan Uzumaki. Tsunayoshi kemudian mula berubah dan bertukar kepada pelbagai marga lainnya. Awak Iruka, Umino adalah keturunan yang bersambung terus kepada keluarga utama Tsunayoshi, itulah sebabnya juga kenapa Fukuryu-sama memilih awak sebagai penjaga mutiara naga." Kini dia berdiri di belakang Iruka.

Iruka dapat merasakan aura sejuk dari tubuh Suiryu menyentuh tubuhnya dia berbau sedikit samar hujan dan darah. Iruka masih kaku disebelahnya. Tidak percaya dengan apa yang diberitahu Suiryu. Iruka menggenggam tangannya.

__________

"Bos!" Pakkun bersuara disebelahnya. Dia dapat rasakan tubuh tuannya menggigil apabila mereka mula memasuki kawasan Uzushiogakure. Dia melihat Naruto sudah jauh ke hadapan sambil dikejar Jiraiya yang menjerit supaya ketulan oren itu bersabar dan tidak terlalu memaksa diri.

Mereka tersentak apabila musuh mula menyerang, mereka yakin mereka tidak jauh dari Iruka. Kakashi melihat Naruto menggunakan klonnya untuk menewaskan musuh yang mendekat. Mereka tidak terlalu kuat fikir Kakashi. Itu tidak lama, sebelum mereka berjumpa dengan sekumpulan berpakaian putih polos. Dia melihat Asuma dan Gai ditendang jatuh ke tanah.

Kakashi tidak mempunyai banyak masa untuk berlama-lama, tetapi ia memberinya masa untuk mengesan Iruka secara visual. Sekarang dia telah beralih kedudukan dan menghapuskan satu pertiga daripada musuh, dia dapat melihat satu bangunan di lindungi oleh satu penghalang dan seketika dia mula tercungap-cungap.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang