Bab 11

264 26 0
                                    

"Naruto! Bangun! awak akan lambat nanti!" Bergema suara Iruka dari dapur membangunkan Naruto yang sedang tidur pulas di bilik tidurnya.

Naruto mengeluh cuba bangun tetapi rasa ngantuknya lebih kuat. Dia kembali memeluk bantal mencari sudut yang selesa untuk terus melelapkan mata.

"Naruto! Bangun! Jangan jadi malas Naruto?!" Omel Iruka lagi. Dia tidak lagi menjerit dari dapur. Kini sudah berdiri di samping Naruto yang tidak mempedulikannya sama sekali.

Sudah lebih seminggu si Uzumaki itu keluar dari hospital. Selama itu jugalah dia hanya berkurung di dalam biliknya. Tidak peduli siapa yang memanggilnya.

"Hari ini misi terakhir awak sebelum awak pergi dengan Jiraiya-sama. Sakura mungkin sedang menunggu" Bebel Iruka lagi, kemudian duduk di samping Naruto dan menepuk lembut bahu Naruto.

Melawan rasa mengantuk dia bangun menghadap ke arah Iruka. Wajah Iruka ditatap lama. Tangannya mencapai wajah gurunya dan mengusap lembut parut yang mencacatkan wajah itu

"Iruka sensei, sakit awak kembali, bukan?" Soal Naruto tiba-tiba. Iruka sikit tersentak kemudian tersenyum lalu menyentuh pipi Naruto lembut. Naruto dapat rasakan kehangatan di wajahnya. Jika boleh dia tak ingin kehangatan itu menghilang.

"Maaf, kalau saya risaukan awak, mungkin saya mula teringatkan kejadian itu tapi percayalah sekarang saya baik-baik saja. Saya ada awak. Saya ada kawan-kawan yang sentiasa ada untuk saya, awak jangan risau, ya sayang" bisik Iruka merapatkan dahinya ke dahi Naruto.

"Saya pasti rindukan awak, dattebayo" bisik Naruto lalu memeluk Iruka erat, dia membalasnya dan mengusap lembut belakang tubuh Naruto. Seketika kemudian pelukan dileraikan. Iruka mengarahkan Naruto untuk membersihkan dirinya dan makan.

Usai makan Naruto mahupun Iruka meninggalkan apartmen itu. Naruto berlari menuju ke tempat yang diberi tahu Kakashi kepadanya manakala Iruka terus menuju ke Akademi.

Semasa melangkah masuk ke kawasan akademi dia melihat seorang anak gadis sedang mengintip di balik pagar. Dia cuba menegur tetapi gadis itu terus berlari pergi saat melihat Iruka. Dia menghela nafas lantas kembali ke kelas dan mengajar.

"Iruka sensei! Awak kenal dia?" Soal Konohamaru sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang dilihat Iruka tadi.

Iruka menggeleng "tidak sebenarnya saya mahu menegurnya tetapi tak sempat dia melarikan diri" kata Iruka.

"Kenapa sensei tidak kejarnya" tanya Udon pula. Iruka tersenyum.

"Saya tak mahu takutkan dia, baiklah kemas barang-barang awak kelas sudah berakhir untuk hari ini." kata Iruka akhirnya membebaskan semua pelajarnya untuk pulang.

Guru itu menoleh ke arah jendela melihat gadis yang ditemuinya pagi itu berdiri di luar pagar sambil memandang ke dalam kawasan Akademi.

Seperti anak itu ingin masuk tetapi dia tidak berani. Hanya dengan berapa gerakkan Iruka kini berdiri dibelakangnya. Gadis itu terkejut cuba melarikan diri tetapi sempat ditahan Iruka

"Jangan takut, saya tak akan sakitkan awak, siapa nama awak?" Soal Iruka lembut tersenyum lalu merendahkan tubuhnya menyamai ketinggian gadis itu.

"Miko" jawabnya singkat.

"Baiklah Miko-chan, adakah awak mahu ikut saya melihat sekelilingi akademi?" Soal Iruka. Serta merta mata gadis itu berkilauan. Miko terus mengangguk pantas.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang