Bab 19

278 24 10
                                    

Iruka memicit bahunya yang lenguh sudah hampir sejam dia menanda kertas kerja anak muridnya. Matanya juga sudah sangat mengantuk tetapi kerjanya masih belum siap.

Manakala Kakashi setia disisinya menunggu sambil membaca buku kesayangannya. Iruka sedikit mendongak memandang Kakashi. kemudian mata mereka saling bertemu. Idea nakal memenuhi fikirannya.

"Saya perasan sejak kita tinggal bersama , awak berubah menjadi penakut!" Iruka sengaja mengusik, dia sebenarnya bosan. Tidak mungkin copy ninja itu seorang yang penakut.

Kakashi membutangkan matanya lalu menarik ekor kuda guru itu. Iruka sedikit menjerit apabila rambutnya ditarik. "Anata! Lepaskan!" Iruka merayu. Belakang kepalanya jatuh ke sofa tempatnya bersandar.

Kakashi enggan dia terus merenung wajah guru itu. kemudian matanya meraba setiap inci leher guru itu. Iruka menelan liur. Dia sangat tahu pandangan ghairah Kakashi. Dia perlu larikan diri untuk selamatkan bahagian belakangnya yang tertentu. kerana dia masih ada kelas untuk mengajar keesokan harinya.

"lepaskan tolong! saya minta maaf okey, awak tidak penakut, awak kekasih saya yang sangat berani dan shinobi Konoha yang terbaik!" kata Iruka lagi cuba menarik rambutnya dari genggaman Kakashi.

Kakashi tersenyum jahat. Iruka tahu dia telah membangkitkan sesuatu yang dia tak mahu tahu. Terus Kakashi mematuk lembut bibir itu. Guru itu sedikit meronta cuba melepaskan diri tapi pada akhirnya dia layu pada sentuhan tangan Kakashi.

Kakashi menggigit bibir Iruka supaya guru itu membuka bibirnya. kemudian dengan kesempatan yang ada dia meneroka setiap inci mulut itu. Kakashi menjarakkan wajah mereka apabila masing-masing mula kehabisan nafas.

"Kakashi, saya perlu siapkan kerja saya" Iruka meronta mahu melepaskan diri apabila Kakashi cuba merangkulnya.

"Awak perlu bertanggungjawab, Koibito! saya tak akan izinkan awak lari lagi malam ini. Saya menunggu sudah hampir sebulan." Kakashi tetap menarik guru itu ke dalam pelukannya.

"Tidak, tolong! esok saya ada kelas, saya perlu mengajar" Iruka menjerit sambil berpaut pada kaki sofa.

"Berhenti menolak dan bertanggungjawab kerana menggoda saya atau awak mahu saya meniduri awak disini" balas Kakashi. Iruka menggigil.

"Saya janji malam esok saya tidak akan menolak" Iruka cuba merayu lagi dan dia sangat yakin rayuannya kali ini akan gagal. Dia sudah berkali-kali menolak surai perak itu. Kakashi menunduk sedih dan melepaskan tubuh Iruka lalu duduk bersila di sisi guru itu tanpa memandang ke arah chunin itu.

Iruka rasa bersalah. Dia kembali kepada kerjanya tetapi tumpuannya benar-benar melayang bersama rajuk Kakashi. Iruka mengeluh. lalu mengemas semula barangnya dan dia menoleh ke arah Kakashi. Pemilik sharingan itu langsung tidak mahu memandangnya.

Iruka bangun berdiri. Menunduk melihat Kakashi yang tidak mahu berganjak dari duduknya. kemudian dengan perlahan dia menarik tangan kakashi supaya kekasihnya itu mengikutnya.

"Marilah, saya milik awak malam ini" lembut Iruka bersuara sambil menarik Kakashi pergi bersamanya ke kamar tidur mereka. Tanpa Iruka sedar Kakashi tersenyum menang.

__________________

Ketika itu sedang berehat tengah hari di kafe shinobi, Iruka sedang sendirian ketika itu. Mengutuk Kakashi kerana tidak tahu menahan diri. Pinggangnya masih terasa sakit kerana perbuatan Kakashi.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang