Bab 12

225 24 0
                                    

Dengan langkah perlahan Iruka mendekati meja Hokage. Suasana pejabat itu dirasakannya sangat menegang. Dia sempat menoleh melihat ke arah beberapa orang yang sedang berdiri di sana. Termasuklah Naruto dan Miko yang saling menatap tajam sesama sendiri.

"Maaf, Saya tak bermaksud untuk mengganggu saya hanya mahu menyerahkan laporan ini kepada awak, Tsunade-sama" lembut suara Iruka lalu menyerahkan laporan yang ada di tangannya.

Iruka kembali berpaling dia sangat ingin menghilangkan diri dari situ. Tapi dia terasa ingin menegur Naruto dan mungkin berlari memeluknya sudah seminggu mereka tidak berjumpa.

Dia akan menahan perasaannya. Bukannya dia tidak akan berjumpa Naruto lagi. Entah kenapa pintu pejabat itu terasa jauh ke depan.

Pandang Iruka kini teralih pula kepada Miko yang bersama ayah dan kakaknya. Atas urusan apa mereka bertemu hokage. Dan kelakuan aneh antara Miko dan Naruto menarik perhatiannya apakah mereka bergaduh. Tidak! Dia tak mahu fikirkan apa-apa pun yang penting sekarang dia keluar dari pejabat itu.

Sebaik tombol pintu dipegangnya. Satu tubuh yang lebih rendah memeluk dan tidak membenarkannya pergi. Iruka menunduk wajah melihat siapa yang menghalangnya. Miko memeluk pinggangnya erat.

"Iruka nii-san!" Gadis itu menangis.

Apakah yang berlaku? Apakah yang terjadi? Apakah dia telah melakukan kesalahan? Apakah dia melukakan Miko tanpa sedar? Semua persoalan bermain di benak fikirannya.

Dia menatap Naruto yang memerah. Apakah Naruto marah?. Kini tatapannya pula terpaut kepada Kakashi. Tatapan lelaki itu dingin sekali. Iruka betul-betul rasakan nyawanya akan melayang.

"Miko-chan ada apa? Kenapa menangis? Adakah saya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada awak?" Soal Iruka setelah beberapa saat terdiam kaku. Miwa yang rasa bersalah dengan kelakuan Miko menghampiri Iruka.

"Maafkan saya Iruka-san, Miko hari ini tidak dalam keadaan baik." Miwa cuba memujuk Miko dan cuba meleraikan pelukan erat Miko terhadap Iruka.

"Tak apa Miko-chan awak tak perlu menangis." Ucap Iruka lembut kepada Miwa. Tangannya mengusap lembut kepala Miko. Gadis itu cuma separas pinggangnya.

"Saya tak mau balik saya mahu tinggal disini bersama Iruka nii-san" kata Miko lagi.

Naruto yang marah merapati Iruka dan cuba meleraikan Miko secara kasar daripada penjaganya.

"Lepaskan Iruka sensei!" Marah Naruto menarik Miko kasar.

"Naruto! Jangan berkasar" kata Iruka cuba menenangkan Naruto. Dia hampir saja terjatuh kalau Kakashi tidak cepat-cepat menangkap tubuhnya.

"Maaf dan terima kasih Kakashi sensei" ucap Iruka sekilas.

"Maa.. Naruto dia perempuan jangan berkasar" Kakashi bersuara setelah lama membisu. Tangannya masih di pinggang Iruka.

Tsunade yang tidak tahan dengan drama yang berlaku depan matanya menepuk kasar mejanya. "Dengar sini! Iruka saya mahu awak buat keputusan!" Kata Tsunade tiba-tiba. Mata Iruka dan Tsunade saling bertatapan.

"Keputusan?" Iruka tidak faham

"Tsunade-sama, kami tak mahu libatkan Iruka" Izumo bersuara tidak bermaksud untuk membantah. Dia tahu tugas mengiring hanya tugas yang mudah tetapi tetap saja dia tidak mahu Iruka terlibat.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang