Kakashi berbaring diatas katilnya dengan tangan kanan dibawa ke belakang kepalanya dan tangan kiri memegang novel kesukaannya. Siri Icha-icha itu langsung tidak dibacanya. Fikiran dan tumpuannya melayang kepada ninja tertentu.
Pemilik sharingan itu mendengus geram. Mengangkat badan untuk duduk. Kaki kanan ditarik ke dada manakala kaki kirinya diluruskan. Dengan kesal meletakkan lengannya ke lutut kanan.
Matanya tajam merenung ke hadapan di mana jendelanya terletak sambil menggigit ibu jarinya, tidak terlalu kuat untuk terluka dan tidak terlalu lembut untuk tidak merasa apa-apa.
Dua minggu dia dihantui oleh kata-kata Asuma pada hari Iruka melarikan diri meninggalkan dia bersama Asuma. Kata-kata Asuma ketika itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku tetapi siapa pun boleh melihat kilat amaran dari matanya.
"Ayah saya berkata, awak kini menyasarkan Iruka" Asuma menghembuskan asap rokoknya ke udara, kemudian berjalan mendekati Kakashi yang bersandar pada pagar. Mereka saling membalas pandangan.
Kakashi mendengus, nampaknya lelaki berjanggut itu juga termasuk dalam skuad pelindung Iruka.
"Berhentilah Kakashi, cari orang lain dan bukannya Iruka" Asuma mematahkan rokoknya lalu di buangnya.
Kakashi mendengus " Apakah Iruka terlalu lemah? Memerlukan awak sebagai pelindung? Sial! Asuma! Adakah saya kelihatan berbahaya kepadanya?" Kakashi menggenggam pagar besi dengan kuat hampir saja meremuknya.
"Ini bukan kerana dia seorang yang lemah. Saya tidak bercakap tentang kemahirannya. Jika dia lemah, Sandaime tak akan setuju untuk dia menjadi guru dan berurusan dengan raksasa-raksasa berhingus itu"
Asuma mengeluh, lalu berpaling untuk berhadapan dengan Kakashi. Kakashi dapat melihat bahawa pewaris Hiruzen itu seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tetapi teragak-agak.
"Iruka masih dalam frasa pemulihan. Pelajar-pelajarnya memerlukan guru yang stabil untuk mengajar mereka"
Kakashi berkerut dahi, dia tidak mengerti. Jika ada shinobi yang paling normal itu adalah Iruka. Dia tidak pernah melihat Iruka sakit, sedih, kecewa. Guru itu selalu dilihat gembira. Dia juga tidak mengalami cedera berat. Tetapi, adakah dia?. Kakashi merenung.
"Mah! Siapa pun akan cakap Iruka adalah shinobi paling stabil di kampung ini. Dia tidak cacat, Malah jika dia mengalami masalah kewangan dia tidak akan mengambil Naruto untuk tinggal bersamanya."
Asuma geram "bukan itu maksud saya!" Jounin berjanggut itu ingin mencekik lehernya. Untuk seorang yang genius kadangkala dia boleh menjadi terlalu polos dan bodoh.
"Akademi memerlukan seorang guru yang stabil dari segi fizikal dan emosi terutamanya mental!" Jounin perokok itu menekan perkataan mental. Kakashi terdiam. "Iruka masih dalam pemerhatian dan pemulihan" Suara Asuma rendah "Tolong jauhi Iruka" dengan itu Asuma hilang dalam kepulan asap.
Kakashi berdiri dihadapan kabinet dapur, gelas ditangannya dilempar ke dinding, hancur berderai. Menggenggam penumbuk hampir memutihkan hujung jarinya. dia menoleh menatap pantulan wajahnya di cermin tingkap dapur.
'Tidak peduli jika berapa banyak pun orang yang cuba menghalangnya, Hatake Kakashi akan dapatkan apa yang dia mahukan!' Kakashi berbisik sendiri.

KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
أدب الهواة📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...