Iruka memeluk tubuh, hawa dingin membalut sekujur tubuhnya. Terasa sehingga ke tulang. Cuaca pagi itu benar-benar sejuk. Dari kejauhan dia melihat Izumo berjalan beriringan menuju kearahnya. Dia memberikan senyuman buat Iruka. Iruka hanya membalas dengan senyuman tipis.
"Maaf, saya agak terlewat dan baiklah, Kotetsu telah ditarik untuk misi lain saat akhir." Izumo menunduk sedikit kepalanya. Teringat dia ketika cuba membangunkan Kotetsu untuk ke misinya bersama dan muncul Genma tiba-tiba dihadapan pintu rumah mereka.
Lelaki itu meminta Kotetsu dan jaga berkata akan ada seseorang akan menggantikan Kotetsu untuk misinya.
"Tidak apa lagi pun saya baru saja sampai. Miwa dan Miko dalam perjalanan ke sini. Tadi saya bertemu mereka sebelum datang ke sini. Katanya ada hal perlu diuruskan terlebih dahulu"
"Itu mereka" Izumo bersuara lalu melambaikan tangannya kepada dua gadis yang berjalan tidak jauh dari mereka. Miwa mahupun Miko tersenyum berapa saat kemudian Miko berlari dan melompat ke arah Iruka.
"Maaf kami terlewat" sopan Miwa bersuara. Pantas kedua chunin itu menggeleng.
"Jangan risau saya pun baru saja sampai" Balas Izumo. "Kita perlu tunggu seorang lagi shinobi yang Tsunade-sama hantar. Mungkin dia agak lewat" kata Izumo lagi
"Maa.. adakah saya terlambat?" Satu suara menegur
"Kakashi sensei" Iruka bersuara kepada mendongak ke atas. Yang lain turut melihat ke arah yang dilihat Iruka. Jelas mereka melihat Kakashi berdiri diatas gerbang Konoha sambil memeluk tubuh.
"Kakashi-san ada perlu apa?" Soal Izumo. Kakashi tidak membalas malah dia melompat turun betul-betul dihadapan Iruka. Iruka sedikit terkejut.
"Saya akan ikut serta misi ini" Ucap Kakashi. Matanya dikecilkan seperti tersenyum itu yang difikirkan mereka melihat Kakashi. Kerana tiada siapa tahu reaksi apa di sebalik topengnya.
"Kakashi sensei bukankah hari ini awak ada misi penting?" Soal Iruka menatap tajam ke arah Kakashi.
"Maa.. Maa.. Iruka sensei rasanya kita sudah lewat" Kakashi tidak membalas soalan Iruka lalu dia menarik tangan Iruka supaya memulakan perjalanan mereka.
"Ka...kashi Sensei tunggu" Iruka memaksa Kakashi berhenti dan menarik semula tangannya.
"Sensei, Tsunade-sama telah izinkan saya menyertai misi ini" Kakashi bersuara sebelum sempat Iruka membuka suara. Iruka hanya membisu. Tidak lagi membantah. Hanya memandang Kakashi yang beberapa langkah di hadapannya.
Mereka hanya mengambil jalur awam memandang Miwa dan Miko bukan Shinobi yang boleh bersaing bersama mereka melompat melalui pokok.
Sudah dua hari perjalanan mereka segalanya masih lagi baik dan tiada perkara aneh hanya kelakuan Miko yang membuat perut Kakashi meragam
Hanya kedengaran celoteh Miko dan Iruka dan sekali sekala Miwa mencampur tersenyum sipu bila Iruka memandangnya. Sejak hari mereka tinggalkan Konoha, Miko tak pernah lepaskan pegangannya dari tangan Iruka. Kecuali tidur. Itu membuatkan Kakashi sedikit tegang.
"Iruka nii-san terima kasih sebab sudi hantar kami. Saya janji Kita tak akan berpisah lagi" kata Miko tiba-tiba. Iruka tersenyum. Izumo menoleh melihat gadis kecil itu mencari maksud di sebalik ayatnya. Dan dia menoleh melihat Iruka yang tersenyum melayan kerenah Miko. Dan dia dapat melihat pandangan Miwa kepada kawannya. Pandangan yang boleh dikatakan agak lapar sebenarnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/289040768-288-k169724.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fiksi Penggemar📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...