Bab 14

195 23 4
                                    

Iruka menoleh memandang sekelilingi mencari keberadaan dua temannya. Dia cuba menumpukan perhatian kepada cakra di sekitarnya. Dia pasti Kakashi dan Izumo berada jauh ke hadapan. Kemudian dia memandang semula kepada dua saudara di hadapannya. Kakinya berhenti melangkah. Wajah yang sentiasa terukir manis kini merenung tajam tanpa senyuman.

"Miwa-san!" Panggil Iruka dingin tidak seperti selalu. Langkah Miwa dan Miko mati. Mereka dapat merasakan perubahan nada dalam suara Iruka. Kedua gadis itu berpaling melihatnya. Memaniskan wajah dengan senyuman pura-pura.

"Apa saja yang awak rancang sila hentikan!" Iruka bersuara tiada lagi kelembutan dalam ucapannya. Miwa merenung tajam walaupun bibirnya terhias senyuman

"Apa yang awak cakapkan, Iruka-san? saya tak faham?" Miwa bersuara sambil kedua tangannya digenggam bersama. Miko pula hanya merenung tajam ke arah Iruka dan Miwa bersilih ganti.

"Saya tahu siapa awak berdua, tidak bertiga! Hentikan segala lakonan ini dan arahkan lelaki itu untuk tidak menyerang kedua kawan saya. Mereka tiada kaitan dalam urusan ini" Kata Iruka tajam. Lelaki yang maksudkannya adalah seseorang yang mengaku ayah kepada dua gadis di hadapannya dan Iruka tahu itu cuma lakonan mereka untuk menarik Iruka keluar dari Konoha.

"Bila awak sedar semua ni?" Miko bersuara

"Pada malam awak menginap tempat saya" Iruka menjawab

"Jadi kenapa awak tak pernah serang saya? kenapa awak layan saya macam pelajar awak yang lain? kenapa awak baik dengan saya?" Miko menggigil geram. Miwa tak lepas merenung Iruka

"Kerana kita di Konoha saya tak nak bawa masalah, lagipun awak tetap seorang kanak-kanak Miko" Iruka berkata sedikit lembut.

"Hentikan Miwa!" Iruka marah apabila melihat Miwa membuat sesuatu isyarat dia tahu isyarat itu tertuju kepada 'temannya' yang lain. "Jangan sentuh Izumo dan Kakashi! Awak hanya mahukan Kinryu dan mutiara naga bukan!" Bentak Iruka. Miwa menghela nafas.

"Baiklah tapi dengan satu syarat, tinggalkan Konoha dan ikutlah dengan kami" Miwa bersuara. Iruka mengetap bibir. Tak pernah dia berfikir untuk berpaling dari Konoha.

"Dengar Iruka, hanya dengan satu arahan kedua kawan awak akan jadi makanan Goncho" ugut Miwa. Iruka tahu siapa Goncho. Kinryu telah memberitahu dia segalanya. Goncho adalah salah satu dari sembilan roh naga yang masih mempertahankan kewujudan mereka selama beribu tahun.

Iruka memejam matanya tiba-tiba satu cakra asing membalut tubuhnya. Lalu mata itu terbuka perlahan. Anak mata Iruka berubah menjadi perang keemasan dan satu tanda berwarna merah menghiasi dahinya.

"Kiyo!" Suara Iruka berubah lebih dalam dan garau. Miwa dan Miko membutang mata, tidak percaya Iruka dan Kinryu sudah bersatu. Ada yang salah sepatutnya Iruka tak mampu mengawal Kinryu. Naga Emas itu tidak bersahabat dengan manusia. Kemudian Mata Miwa pula berubah menjadi seluruh hitam tanpa ada sedikit pun putih yang kelihatan.

"Kinryu, Lama tidak bertemu" Miwa bersuara tetapi suara itu juga berubah kepada suara wanita yang lebih matang tajam.

"Dasar wanita licik! Sudah beratus tahun tetapi kamu semua masih mengejar apa yang bukan milik kamu!" Kinryu bersuara. Miwa atau Kiyo tersenyum licik.

"Serahkan mutiara naga dan kami akan lepaskan awak dan lelaki kecil awak" Kiyo mengangkat sebelah tangan kepada Kinryu. Naga emas itu hanya terdiam dan naga betina itu terus menatap tajam. Iruka sedar apa yang berlaku tetapi lebih menyerah kepada Kinryu untuk selesaikan urusan mereka.

"Bukankah Fukuryu-sama menegaskan bahawa hanya Keluarga ini sahaja dibenarkan untuk menyimpan mutiara naga. Kamu tidak berhak merampasnya." Kinryu bersuara garang dan tegas.

"Mendengar awak menyebut nama Fukuryu-sama agak melucukan Kinryu sedangkan awak sendiri yang telah berpaling dan mengkhianati kami beratus tahun dahulu." Kiyo marah aura gelam mula mengelilingi mereka.

"Kinryu kembalilah kepada kami. Saya yakin Suiryu-sama akan menerima awak kembali." Miko pula bersuara.

"Tidak Karyu. Awak dan Kiyo boleh pergi dan beritahu Suiryu untuk tidak menganggu Iruka lagi dan selagi Fukuryu-sama tidak berkata apa-apa mutiara naga akan tetap bersama kami." Kata Kinryu

"Bodoh! Kita sendiri tak tahu di mana Fukuryu-sama berada dan semuanya salah awak Kinryu!" Kiyo membentak.

"Saya?"

"Iya, disebabkan pengkhianat awak kita semua kehilangan Fukuryu-sama. Awak punca kenapa Fukuryu-sama tinggalkan kita. Awak menyebabkan sembilan roh naga suci berpecah!" Kata-kata Kiyo menaikkan kemarahan Kinryu. Kinryu mula membuka langkah untuk menyerang dan apabila dua shinobi yang tiba-tiba melompat di belakang mereka. Serta merta Iruka, Miwa dan Miko kembali normal.

"Ada yang salah?" Soal Kakashi kepada Iruka dan Miwa yang masih menatap tajam antara satu sama lain. Izumo mendekati sambil melihat Iruka dan dia masih merasa samar-samar cakra asing, dia yakin apa yang baru berlaku. Tiba-tiba saja tubuh Izumo kaku begitu juga Kakashi. Izumo tahu dia pernah merasakan perasaan ini bertahun dulu.

'Sial! Apa yang berlaku?' Kakashi mengutuk dalam hati. Dia cuba menggerakkan tubuhnya tapi tidak berhasil. Iruka mendengus geram. Menatap tajam kepada Miwa.

"Hentikan Miwa!" Tengking Iruka. Kakashi tersentak. Miwa! Miwa lakukan tapi bukankah gadis itu hanya gadis awam bukan shinobi. Kakashi kehilangan kata-kata.

"Sial! Baiklah!" Marah Iruka lagi apabila Miwa tidak menurut katanya. Dia perasan mereka sudah dikelilingi oleh beberapa orang yang dia tahu dan yakin bahawa itu adalah orang Miwa. 

Akan berbahaya kalau ada antara mereka juga merupakan pemilik roh naga sepertinya. Iruka berpaling ke arah dua rakan shinobinya, dia melangkah kepada Izumo dahulu. Izumo telah memberikan pandangan memohon kepada Iruka.

"Maaf Izumo-" bisik Iruka kemudian dia melangkah ke arah Kakashi. Lama dia menatap guru jounin pasukan tujuh itu. Tanpa bicara sepatah Iruka berpaling. Kakashi dapat melihat kesakitan dalam pandangan Iruka

'Kenapa Iruka!' Kakashi menjerit tapi suaranya tidak keluar. Dia mahu menarik Iruka. Lelaki itu tidak jauh darinya tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Dia dapat rasakan dia akan kehilangan Iruka kalau dia tidak menahannya, lelaki itu dari terus melangkah tetapi tubuhnya benar-benar kaku.

"Izu, Kakashi-san jangan risau awak boleh bergerak nanti. Maaf, saya terpaksa pergi" Iruka bersuara tetapi tidak menoleh melihat kedua rakan seperjuangannya. 

Kemudian Iruka, Miwa dan Miko hilang dari pandangan. Kakashi terkejut begitu juga Izumo. Iruka betul-betul hilang dihadapan mereka. 

Setelah beberapa minit Iruka pergi Kakashi dan Izumo boleh bergerak tanpa menunggu Kakashi terus memanggil nikennya dan menyuruh mereka mencari dan mengesan Iruka.

Malangnya tiada jejak dan bau yang ditinggalkan. 

Kakashi tidak percaya Iruka baru pergi beberapa minit lepas. 

Sharingan juga tidak dapat mengesan. 

Andai sahaja mereka memiliki byakugan. 

Kakashi menggenggam tangannya kuat lalu menumbuk pokok di hadapannya membuatkan Izumo dan anjingnya terkejut. Mereka juga mendengar Kakashi menyumpah dirinya sendiri.


BERSAMBUNG....

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang