Bab 3

430 37 0
                                    

Enam Tahun Kemudian

Naruto menatap wajah guru kesayangannya, mencari kepastian di sebalik ucapan guru itu. Chunin itu tersenyum lebar melihat wajah terkejut Naruto.

"Tahniah, awak lulus" ulang Iruka untuk kali yang ke tujuh. Hatinya berlagu riang apabila Naruto akhirnya berjaya lulus dalam setelah tiga kali digagalkan oleh Iruka sendiri.

"Terima kasih Iruka Sensei" Naruto terus melompat ke dalam pelukan Iruka. Hampir sahaja mereka mencium lantai jika Iruka tidak bersedia dengan rempuhan bola tenaga. Dia sudah terbiasa dengan dengan lompatan peluru Naruto.

"Naruto! Awak boleh mencederakan Iruka Sensei!" Satu suara menegurnya. Naruto tersipu malu memandang Sakura setelah melepaskan pelukan dari Iruka.

"Perhatian semua! Kepada sesiapa yang telah lulus. Sila hadirkan diri pada hari Isnin tepat jam sembilan pagi untuk pembahagian pasukan dan sedikit taklimat shinobi"

"Baik, Sensei" hampir semua anak muridnya bersuara serentak. Tak lama selepas itu Iruka membebaskan mereka pergi. Sempat dia berpesan kepada Naruto untuk pulang sebelum makan malam.

Kelas yang tadinya riuh kini tenang kerana hanya Iruka sahaja yang tinggal untuk menyelesaikan laporan hariannya.

Tidak lama kemudian, tumpuan Iruka terganggu. Dia merasakan dirinya diperhatikan. Langsung dia mengangkat wajah melihat siapa sahaja yang berdiri di ambang pintu.

"Kakashi-san" Iruka menegur terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Jounin itu. Dia sendiri tidak pasti berapa lama sudah dia tidak melihat Jounin itu sekitar Konoha. Suasana bertukar janggal apabila Kakashi melangkah masuk

"Ada sesuatu yang awak perlukan?"

"Tidak, hanya saya baru saya selesai bertemu dengan Hokage dan Pengetua Akademi. Jadi, awak sihat?"

"Ya, jika tidak saya tidak akan berada disini" jawab Iruka spontan. Kakashi ketawa kecil.

"Rasanya Sandaime sudah beritahu awak tentang saya akan menjadi guru Jounin untuk Naruto"  Kata-kata Kakashi memberikan rasa tidak enak dalam perutnya. 

Dia sudah mendengar betapa kerasnya ujian yang akan dilaksanakan Kakashi untuk menguji para Pra-genin. Tiada satu pasukan pun yang lulus dibawahnya. Iruka hanya mampu berharap agar Naruto tidak dikecewakan lagi.

"Iruka Sensei!" Panggilan Kakashi tidak dijawab. Malah Iruka terus merenung kosong kepada laporannya. Kakashi terus menghampiri guru yang tenggelam dengan pemikirannya sendiri.

"Iruka-" Kakashi sedikit membongkok untuk menyamakan kedudukan mereka. Dia terus menggenggam tangan Iruka yang terletak diatas meja. Iruka tersentak dengan perbuatan itu. Dia melihat tangan bersarung Kakashi diatas tangannya. 

Guru malang itu terus mengangkat wajah. Saat itu matanya tiba-tiba saja terkunci pada renungan mata tunggal Kakashi yang berada sangat rapat dengannya

"Ka..kashi-san" Suara Iruka tersekat dan dalam masa yang sama cuba menarik tangannya malangnya Kakashi mengeratkan pegangannya. Kakashi tersenyum jahil, topengnya diturunkan sehingga dagunya.

"Awak tahu.." nafas Kakashi menyapa bibir Iruka yang terkedu "Saya sebenarnya sangat rindukan awak" Kakashi berbisik. Mata Iruka terpaku kepada bibir Kakashi yang bergerak-gerak. Jerebu seolah melanda fikirannya. 

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang