Cuaca cerah menerangi sekitar kawasan Konoha, sebuah perkampungan ninja yang terletak di Negara Api atau Hi no Kuni yang merupakan salah satu negara terbesar dan terkuat di antara negara elemen.
Ramai shinobi yang berkeliaran di sekitar kampung, ada diantara mereka sedang menjalani tugasan yang diamanahkan oleh kampung kepada mereka. Tidak ketinggalan ada diantara mereka yang hanya bersiar-siar bagi melepaskan penat dan lelah selepas pulang dari misi yang mencabar dan mematikan.
Di satu tempat atas puncak menara hokage berhadapan dengan monumen ukiran wajah Hokage terdahulu dan semasa, berdirinya seorang lelaki hebat iaitu ketua kampung Konohagakure atau gelarannya Profesor Sarutobi Hiruzen.
Kemudian muncul seorang lelaki muda awak dua puluhan di belakangnya. Rambut panjang gelap itu diikat tinggi dengan kemas. Dia berpakaian lengkap shinobi dengan jaket flak yang boleh memuatkan skroll Ninjutsu.
Umino Iruka, melangkah mendekati ketuanya. Langkahnya lembut tetapi tegas. "Sandaime-sama, awak memanggil saya?" Iruka menegur sopan. Seketika kemudian, Sandaime menoleh menghadap bawahannya yang berdiri tidak jauh. Senyuman manis menceriakan suasana senja itu.
"Bagaimana perasaan menjadi pengajar Akademi?" Senyuman Umino berubah kelat. Tingkah nakal anak didiknya terus berputar di minda bagaikan CD rosak. Terutamanya, seorang anak nakal berambut perang dan bermata biru. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berurusan dengan anak malang itu.
"Biasa sahaja, hanya..." Bagaikan sesuatu yang menahan dirinya untuk terus bersuara. Iruka berjeda beberapa saat, mengambil nafas berat sambil mencuit parut lama yang melintang hidupnya. Parut yang secara anehnya tidak memudarkan kecantikan wajah itu.
Dia tegang setiap kali membicarakan tentang anak itu. Hiruzen jelas dapat menangkap keraguan dan kegelisahan dalam mata guru itu. Lelaki tua itu sekali lagi menghembuskan asap tembakaunya.
Anak itu seolah menjadi kutukan pada kampung itu. Dia tahu dia tidak boleh menyalahkan mereka terutama penduduk awam. Kejadian enam tahun lalu benar-benar menjadi mimpi ngeri kepada mereka.
Hiruzen memandang Iruka, dia tahu dia tidak salah untuk menugaskan guru berkulit tan itu menjadi pengajar buat anak itu.
"Uzumaki Naruto" Iruka tersentak dengan nama yang baru diucapkan oleh hokagenya, kemudian dia memberikan senyuman tipis. "Iruka, ada sebab kenapa saya meminta awak menjadi pengajarnya. Anak itu hidup sendiri, dia kesunyian dan kesepian. Awak dan dia kehilangan kedua orang tua pada hari dan kejadian yang sama." Hiruzen menatap Iruka sekilas sebelum membuang pandangan kepada ukiran wajah hokage.
Mata berpengalaman itu lebih tepat tertumpu kepada wajah hokage keempat, Namikaze Minato. Sang pahlawan yang menggadai nyawa demi menyelamatkan desa "Tiada siapa yang dapat memahaminya selain awak, Iruka" masing-masing terdiam. Iruka terus tenggelam dengan kata-kata Hiruzen manakala lelaki tua itu hanya merenung kampungnya.
"Sandaime-sama" Guru itu hampir melompat dengan teguran yang tiba-tiba itu. Pantas dia menoleh melihat seorang shinobi elit berdiri disisinya. Dia mengenali lelaki itu, Hatake Kakashi. Lelaki itu pernah menjadi ketua pasukannya dalam misi terakhirnya sebelum dia memutuskan untuk menjadi pengajar Akademi.
Misi itu telah gagal dengan jayanya apabila Iruka teragak-agak untuk membunuh ninja musuh hanya kerana wanita itu kelihatan lebih muda darinya. Akibatnya dia mengalami kecederaan kerana kebodohannya. Beruntung kerana Kakashi cepat muncul untuk menyelamatkan nyawanya.
"Kakashi" suara Hiruzen mematikan lamunan Iruka. Si pemilik nama itu menunjukkan kepalanya tanda hormat kepada ketuanya. Kemudian pandangannya jatuh kepada Iruka yang berdiri di sebelahnya. Teragak-agak bersuara, berfikir jika dia menganggu perbincangan kedua mereka.
"Sandaime-sama, saya rasa tiada apa lagi untuk dibicarakan, saya izin pergi" kata guru itu, walaupun sejujurnya banyak perkara lagi yang perlu diutarakan oleh Iruka. Tetapi dia memilih untuk pergi, memberi ruang kepada jounin elit itu berbicara dengan hokage.
Hiruzen hanya mengangguk. Lantas Iruka menunduk hormat kepada ketuanya kemudian kepada Hatake diselangi dengan senyuman manis buat mereka sebelum menggunakan Shunshin no Jutsu untuk membawa dirinya ke tempat lain.
Di saat itu, Hatake Kakashi, shinobi elit yang juga bekas kapten pasukan ANBU, satu pasukan pembunuh khas atau Skuad Taktikal, Ansatsu Senjutsu Tokushu Buntai, kaku ditempatnya hanya kerana senyuman yang diterima dari seorang guru Akademi berpangkat chunin, Ninja pertengahan.
Senyuman yang benar-benar memukau seorang ninja berdarah dingin dan juga dikenali sebagai 'Pembunuh rakan' 'Sharingan no Kakashi' atau 'Copy Ninja'. Tubuhnya bergetar dengan perasaan yang baru menyerang urat darahnya. Satu perasaan hangat yang menjalar ke hatinya yang telah lama dilupakan sejak kematian rakan sepasukannya. Tanpa sedar dia ingin melihat senyuman itu lagi.
"Kakashi!" Panggilan itu menarik kembali kesedarannya terhadap tujuan asalnya. Meminta maaf atau kelakuannya sebelum membuka mulut atas sebab utama dia muncul senja tu.
_________________________________
"Tolong diam dan berhenti bergaduh!" Iruka letih, dia kurang tidur kerana bertugas di pejabat misi pada malam sebelumnya kerana mengganti seorang pekerja di pejabat misi yang terpaksa mengambil cuti. "Baiklah, kita mula sesi pembelajaran sekarang" Iruka hampir menghempas bukunya diatas meja.
"Sensei! Dia terus mencari masalah dengan kita" Inuzuka Kiba menuding jari ke arah Uzumaki Naruto. Iruka mengeluh sambil memicit batang hidungnya. Matanya pantas menangkap Naruto yang berdiri di tempatnya. Lama dia merenung anak itu. Perasaannya berbelah bahagi saat mata gelapnya bertemu dengan mata biru langit milik Naruto.
"Saya benci awak!" Naruto membentak tiba-tiba. Dia memberontak kemudian melarikan diri. Iruka terus merenung tempat kosong itu. Menghembuskan nafas berat sebelum berpaling dan menulis sesuatu di papan hitam.
"Sensei, bagaimana dengan Naruto?" Nara Shikamaru menyoal. Iruka hanya membisu, membiarkan soalan itu dibawa angin lalu. Sebahagian dirinya ingin mengejar Naruto tetapi sebahagian lagi menghalangnya untuk bertindak.
Di luar Akademi, Naruto berwajah muram. Berjalan entah ke mana kaki membawa pergi. Anak kecil yang baru mengenal dunia telah ditinggalkan sendirian malah penduduk kampung menghindarinya dan membencinya seperti wabak yang mematikan, sedangkan dia sendiri tidak mengerti salah apa yang telah dia lakukan sepanjang enam tahun hidupnya.
Iruka berdiri tegang. Usai sahaja mengajar, dia terus melawat tugu peringatan. Lama dia berdiri di hadapan nama-nama orang yang telah meninggal dunia. Merenung nama kedua ibubapanya. Berdoa agar sesuatu membantunya untuk berhadapan dengan Naruto tanpa memikirkan satu kuasa yang terkunci dalam dirinya.
Dia tidak menyalahkan Naruto atas kehilangan orang tuanya. Dia sangat tahu bukan salah Naruto malah anak itu juga mangsa keadaan sepertinya. Apabila langit benar-benar berubah gelap sepenuhnya barulah dia meninggalkan tempat itu. Kini berganti dengan Kakashi yang lama bersembunyi di sebalik pohon kerana memerhatikan guru itu.
BERSAMBUNG...
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Фанфик📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...