Iruka memperlahankan langkahnya apabila dia merasakan sesuatu. Dia menutup matanya dan memfokuskan kepada cakranya. Dengan menggunakan keupayaan echolocation untuk mendapatkan imej sonar kawasan sekitarnya. Dia dapati beberapa ninja Konoha berada beberapa jam jauh dibelakangnya.
'Sial!' bisik Iruka geram, mereka tidak boleh menemuinya. Dia tak mahu Konoha terlibat dalam masalahnya dan sekarang dia perlu lebih cepat sampai ke tempat tujuan mereka dan selesaikan segalanya.
Kemudian kembali ke Konoha untuk menerima hukuman apa saja kepada dirinya atas keputusannya yang diambil.
Iruka bergerak lebih laju dari biasa dan menggunakan cakra milik Kinryu bagi menampung longkang cakranya yang sudah haus. Miwa dan orang-orangnya terus memantau pergerakan Iruka yang tiba-tiba berubah rentak kepada lebih pantas.
"Kenapa? Apa yang berlaku?" Soal Miwa. Cuba menyaingi langkah Iruka.
"Tidak ada apa-apa, cuma bosan berlari terus, saya mahu cepat sampai dan selesaikan segalanya" balas Iruka tanpa menoleh melihat Miwa. Dia tahu lelaki itu sembunyikan sesuatu tetapi dia tidak peduli asalkan mereka membawa Iruka kepada ketua mereka dan semuanya akan baik-baik sahaja.
"Kita perlu rehat. Esok pagi kita akan bergerak awal. Kita perlu sampai ke Uzushiogakure sebelum tengah hari" Miwa memberi arahan. Iruka mendengus geram. Dia mahu lebih bergerak dan menjarakkan mereka daripada kumpulan pengejarnya. Konoha tidak boleh terlibat dalam situasinya.
"Tidak bolehkah kita terus bergerak, saya sudah bosan tidur di dalam hutan, badan saya sakit semua" Iruka sengaja merungut dia mahu mereka terus bergerak maju ke hadapan.
"Kita sudah bergerak lapan jam tanpa henti. Orang-orang saya mula kepenatan. Mereka tidak memiliki cakra tambahan seperti kita" Miwa bersuara. Iruka memandang ke arah lima pengikut Miwa. Masing-masing bernafas kuat menandakan mereka benar-benar keletihan.
"Baiklah!" Iruka mengalah. Lalu melompat turun dari tempatnya. Mencari kawasan yang sesuai untuk berehat. Iruka duduk bersandar di satu pohon. Dia mencari keselesaan dan rehatkan minda serta tubuhnya.
Iruka memejam matanya seketika saat dia membuka kembali kini di depan matanya dia melihat seekor naga emas sedang memandangnya tajam dan beberapa ketika kemudian naga emas itu mengeluarkan asap di sekitarnya dan tubuh itu mula mengecil dan kini Iruka melihat seorang lelaki kacak berambut panjang berwarna keemasan dan berbaju sutera biru dan bercorak emas.
Lelaki itu melayang di udara sebelum turun menghadap Iruka. Iruka menatap wajah anggun itu seketika mata emas indah itu menatap mata coklat milik Iruka dalam sekelip mata Iruka jatuh ke dalam pelukkan insan indah itu.
"Kinryu" Bisik Iruka dalam pelukan lelaki itu. Kinryu tersenyum membalas pelukan itu. Dia tahu Iruka sedang dalam keadaan susah hati. Dia sedaya upaya menenangkan pemiliknya.
"Jangan risau semua akan baik-baik saja" kata Kinryu. Iruka mengangguk lalu dia merasakan dirinya di udara dan seketika kemudian mereka duduk diatas rumput berhadapan sebuah tasik.
Kinryu membaringkan Iruka diatas ribanya. Iruka serta-merta mencari keselesaan daripada Kinryu. Naga berwujud manusia itu mengusap dan membelai lembut rambut milik Iruka. Iruka memejam matanya seketika.
"Maaf untuk semua masalah yang berlaku. Awak tahu saya tak boleh muncul begitu saja dihadapan manusia" bisik Kinryu. Kewujudannya adalah rahsia yang perlu mereka kekalkan demi keselamatan awak dan juga Konoha.
Iruka hanyut dalam belaian Kinryu. "Kalau mutiara naga jatuh ke tangan mereka apa yang berlaku?" Soal Iruka tiba-tiba. Kinryu memandang jauh ke hadapan.
"Mutiara naga memiliki satu kuasa yang luar biasa tetapi untuk menggunakannya perlu membayar mahal. Mereka mahu menggunakan kuasa itu untuk keabadian dan untuk itu mereka akan mengorbankan jiwa manusia yang tidak bersalah. Tujuh juta nyawa manusia akan dikorbankan untuk satu roh naga yang inginkan keabadian" kata Kinryu. Iruka meramas pakaian Kinryu. Betapa kejamnya.
"Bukankah roh naga suci memiliki umur yang panjang?" Kata Iruka. Kinryu mengangguk.
"Tapi sembilan naga suci tidak abadi. Akibat terlalu banyak menggunakan kuasa yang dimiliki, suatu hari nanti roh naga akan melemah dan mula hilang dari kewujudan." Bicara Kinryu. Roh suci itu mengangkat tangannya dan melihat tapak tangannya.
Dia pasti hidupnya tidak lama lagi kerana beberapa waktu dulu dia telah menggunakan mutiara naga dengan mengorbankan seratus tahun aura kehidupannya demi menyelamatkan nyawa Iruka yang sudah terhenti.
Iruka tidak pernah tahu tentang itu. Dia pernah mati sekali dalam pergaduhan dia dengan Mizuki. Oleh kerana itu materai yang menyegelnya pecah dan Kinryu berjaya mengawal tubuh Iruka dan menggunakan mutiara naga dengan mengorbankan aura kehidupannya. Dia terfikir kan Naruto dan Kyuubi.
Sejujurnya dia boleh dikatakan dia mengenali Kyuubi yang tertidur dalam badan Naruto. Ia boleh dikatakan bahawa biju berekor sembilan itu pernah memiliki hubungan persahabatan dengannya tapi hubungan itu terputus beratus tahun dahulu sebelum masing-masing memiliki pemikiran sendiri tentang manusia.
Naruto mungkin mengetahuinya tentang kematian sesaat Iruka kerana Kurama dalam tubuhnya mengetahui apa yang Kinryu lakukan kepada tubuh Iruka, ada kemungkinan kyuubi itu telah memberitahu Naruto. Kerana sikap anak itu berubah sebaik Iruka tersedar kembali.
Kinryu membelai kepala Iruka. Membiarkan lelaki itu rehat di pangkuannya. Dia tahu selepas itu mereka akan melalui hari yang sukar ini bermakna mereka akan berlawan demi mempertahankan mutiara naga daripada jatuh kepada tangan yang salah. 'adakah ini kali terakhir kita bertemu sebelum saya hilang sepenuhnya' bisik hati Kinryu
_____________
Kumpulan Kakashi terus mengorak langkah dan secara tak sengaja mereka berjumpa dengan dua orang yang sangat mereka kenali. Mereka mengeluarkan sedikit cakra untuk menegur dua shinobi itu supaya mereka tidak terkejut dengan kemunculan tiba-tiba. Pantas Naruto dan Jiraiya menoleh melihat Kakashi dan kumpulannya melompat ke dalam kawasan mereka
"Apa yang berlaku?" Jiraiya menyoal.
"Sesuatu berlaku kepada Iruka.."
"Kami tahu itu! Sebenarnya apa yang terjadi? Kyuubi beritahu Iruka sensei dalam bahaya" Naruto membentak kepada Kakashi.
"Kyuubi" serentak mereka bersuara. Jiraiya mengangguk.
"Ia berlaku ketika Naruto sedang berlatih dan dia mula marah kerana terus gagal dalam latihannya tiba-tiba cakra kyuubi mula mengawal tubuhnya dan mula mengamuk ketika saya cuba mengalahkannya tiba-tiba kyuubi terdiam dan dia berkata Iruka dalam bahaya sebanyak tiga kali dan cakra itu tiba-tiba hilang dengan sendirinya" cerita Jiraiya, dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya.
Bintang berekor itu seolah mahu mereka menyelamatkan Iruka.
Apabila Naruto sedar dia menjerit nama Iruka dan meminta mereka mencari dan menjejaki Iruka. Akhirnya mereka tiba dan bertemu dengan kumpulan Kakashi.
"Tenang Naruto kami sendiri tak tahu perkara sebenar terjadi ianya terjadi dalam sekelip mata ketika mereka sedang dalam misi" Asuma bersuara.
"Baiklah, hari sudah sangat lewat. Kita perlu rehat dan memulakan perjalanan ke Uzushiogakure awal pagi esok" Jiraiya berkata lalu duduk kembali ke tempatnya. Yang lain juga memilih tempat sendiri untuk berehat.
BERSAMBUNG....
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fanfic📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...