Iruka resah menanti kepulangan Naruto. Naruto dan pasukan baru dibentuknya telah dijadualkan untuk menjalani ujian terakhir oleh bakal pengajar Jounin mereka
Jam di dinding terus berdetik tidak bersalah. Membawa masa ke semasa. Masa sudah melepasi makan siang dan Naruto masih belum menunjukkan batang hidungnya. Membuatkan guru yang kini berusia dua puluh dua tahun itu mundar-mandir dengan resah di ruang tamunya.
"Iruka Sensei!" Sensasi panas menyerbu tulang belakangnya apabila namanya dilaungkan. Maka dengan itu dengan menggunakan kemahiran shinobi dia terus muncul dihadapan Naruto di muka pintu.
Wajah Naruto muram sepenuhnya, bulu matanya seolah melambai duka. Hati Iruka tergores. Menarik anak itu untuk masuk. Tetapi kakinya seolah berakar di mana dia berdiri.
"Naruto.." Iruka memanggil lembut "awak lapar?" Dia cuba memberi senyuman semanis mungkin sambil mengusap kepala perang Naruto lembut.
"Iruka sensei" Suara Naruto kendur. Lemah dalam kekecewaan. Iruka menunduk untuk menyamakan kedudukan mereka. Menyapu lembut pakaian anak itu untuk membuang kekotoran yang melekat.
Kemudian Naruto tersenyum sehingga menunjukkan sebaris gigi putihnya. Melompat guru itu, membuatkan mereka berdua jatuh bersamaan terbaring diatas lantai. Ketawa kegembiraan Naruto menyapu gegendang telinga.
Iruka menarik dan menghembuskan nafasnya beberapa kali. Adakah anak itu mahu memberinya sakit jantung?. Kemudian dia ketawa kecil, detik yang berlalu membuatkan ketawa itu menjadi besar bersama Naruto yang terus melingkari tangannya pada bahu Iruka.
"Saya lulus, saya lulus, saya lulus" Naruto berlagu riang. "Ano sa, Iruka sensei, mulai sekarang saya seorang shinobi, dattebayo!" Dia masih enggan bangun dari duduknya di atas guru kesayangannya.
"Saya bangga dengan awak, Jom, saya bawa awak makan ramen" Uzumaki muda itu tersenyum cerah. Lantas bangun dari tubuh Iruka dan menarik guru itu berlari menuju ke restoran kegemaran mereka.
Naruto nampaknya hanya memerlukan dua puluh lima minit untuk menghabiskan tujuh mangkuk ramen kesukaannya. Tidak menghiraukan bebelan guru Chunin disebelahnya tentang makan terlalu cepat.
Kemudian mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai Ichiraku dan kedua ninja itu meninggalkan tempat itu.
"Kakashi sensei!" Naruto menegurnya saat melihat Jounin berkepala perak itu berjalan bertentangan dengan mereka sambil wajahnya terbenam dalam novel kesukaannya.
"Yo!" Kakashi menyimpan kembali novelnya saat matanya menangkap seorang sensei sawo matang di belakang Naruto. Dia memandang Naruto sekilas sebelum mengikat pandangannya kepada Iruka sepenuhnya.
"Berhenti merenung Iruka sensei!" Naruto bergumam geram. Dia tahu Iruka tidak selesa dengan renungan Kakashi, kerana dia sedar guru Akademi itu benar-benar gelisah di belakangnya
"Mah, Naruto salahkan saya melihat sesuatu yang indah" mata Naruto mengecil, dia tidak tahu guru Jounin itu bergurau atau sebaliknya. Dia hampir menerkam Kakashi apabila satu tangan lembut menyentuh bahunya.
"Naruto, saya perlu pergi sekarang. Jumpa awak nanti. Ingat pulanglah sebelum makan malam" dengan itu Iruka hilang bersama pusaran angin dan daun. Naruto berkerut dahi.
Kakashi mencebik bibir dari sebalik topeng hitamnya, jelas sekali guru sawo matang itu melarikan diri darinya lagi. Nah! Kakashi tidak akan berputus asa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fanfiction📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...