Bab 18

184 20 0
                                    

Mereka kaku di tempat ketika satu tubuh, tidak! dua tubuh turun melayang ke arah mereka. Seorang lelaki berambut panjang berwarna emas dan berbaju sutera biru dengan sulaman berbenang emas. Sambil membawa tubuh tidak sedarkan diri Iruka dalam pelukkan eratnya turun menghadap shinobi Konoha yang sedang menunggu.

"Iru..ka.. sen..sei.." Naruto bersuara lemah melihat wajah pucat Iruka di dada Kinryu. Darah masih mengalir dari lukanya tanpa henti.

"Saya cuba hentikan pendarahannya tetapi luka yang diberikan Suiryu sangat serius, cakranya juga sangat lemah. Iruka perlu mendapatkan rawatan segera mungkin" Kinryu bersuara. "Saya akan bawa awak semua kembali ke Konoha, harap wanita itu dapat menyembuhkan lukanya" sambung Kinryu lagi. Mereka tahu siapa wanita yang di maksud oleh Kinryu. Mereka juga berharap perkara yang sama.

Kinryu menolak Iruka ke dalam pelukan Kakashi kemudian dia menjauhi mereka dan berubah kepada bentuk asalnya. Dia mengarahkan mereka untuk naik ke atasnya lalu membawa mereka menuju ke Konoha secepat mungkin. Mata Kakashi tidak memandang yang lain hanya tertumpu kepada tubuh pucat Iruka yang berbaring diatas ribanya. Tangan Iruka digenggamnya. Konoha sudah tidak jauh.

"Tolong bertahan! Tolong.." Kakashi merayu. Mencium lembut dahi pucat itu. Manakala Naruto meringkuk dalam pelukan Jiraiya. Gai menyentuh bahu Kakashi berharap lelaki itu sentiasa tenang.

Ketika mereka sampai di Konoha. Kinryu kembali ke dalam bentuk manusianya. Kakashi dan yang lain tidak ada masa lagi untuk berfikir apabila mereka melayang sambil jatuh lembut dihadapan pintu pagar Konoha. Oleh kerana Konoha memiliki sistem 'genkai' yang tinggi Kinryu tidak boleh menceroboh masuk begitu saja dan dia sangat menghormati Kampung itu.

Lagi sekali mereka tidak terkejut apabila ramai ANBU berbaris di pintu pagar. Konoha mungkin perasan apabila ada seekor naga yang tiba-tiba menuju ke arah Konoha dengan kelajuan yang maha dahsyat. Mungkin bersiap sedia untuk bertahan jika naga itu menyerang.

Terkejut mereka apabila melihat beberapa shinobi Konoha dalam keadaan yang agak lemah. Salah seorang dari mereka mengalami kecederaan yang agak serius dengan dada yang berlubang serta tidak sedarkan diri. Tubuhnya sangat pucat.

"Tolong dapatkan Tsunade! Dan bawa Iruka ke hospital secepat mungkin" Jiraiya membuka kata. Mereka mengenali sannin itu lalu menurut pantas. ANBU yang memakai topeng kucing melutut dihadapan Kakashi, dia mahu mengambil Iruka daripada Kakashi. Tetapi lelaki itu seolah tidak mahu melepaskan Iruka.

"Senpai! Tolong lepaskan sensei, saya perlu bawa dia ke hospital segera" ANBU itu berkata sopan. Kakashi tersentak lalu melepaskan Iruka. ANBU kucing itu hilang bersama pusaran angin bersama sensei akademi yang tidak sedarkan diri. Kemudian Gai dan Asuma menarik Kakashi untuk bangun mereka juga perlu ke hospital untuk dirawat. Kakashi sudah tidak peduli dengan darah Iruka yang membasahi pakaiannya. Yang penting sekarang dia mahukan Iruka sembuh.

Mereka sedar Kinryu sudah tiada mungkin telah mengikut Iruka pergi bersama ANBU.

Masing-masing telah mendapatkan rawatan dan menunggu di hadapan bilik rawatan Iruka. Kakashi tidak sendiri. Dia perasan ramai sedang menunggu bersama. Dia melihat Naruto tertidur dibahu Sakura manakala Hinata duduk di sebelah lainnya Sakura. Pasukan genin Asuma dan Kurenai juga muncul selepas mendengar khabar tentang bekas sensei mereka.

Tak lama kemudian Tsunade keluar bersama Shizune dan dua orang jururawat. Mata Tsunade dipenuhi dengan emosi yang Kakashi fikir dia tidak akan pernah melihat kegusaran yang tercermin dalam bola mata hokage itu. Mereka yang duduk mula berdiri serentak. Menunggu jawapan.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang