Ujian chunin tidak berjalan dengan baik. Segala-galanya menuju ke lembah kehancuran.
Kini dihadapan mereka terdapat beberapa makam baru termasuklah milik Sarutobi Hiruzen yang gugur dalam mempertahankan Konoha dalam serangan Orochimaru dan sekutunya.
Suasana hening tanpa suara gelak tawa hanya tangisan kecil mengiringi pengebumian mereka. Hujan tidak henti membasahi tanah Api, memberi tanda bahawa alam turut berdukacita atas kehilangan hokage dan ninja yang gugur.
Ramai yang terpukul atas kehilangan hokage terlebih lagi Konohamaru, cucu kepada hokage ketiga yang tidak berhenti menangis sambil dipujuk lembut oleh Iruka.
Lama dia memeluk Konohamaru bagi menenangkan anak itu dan masa yang sama dia turut menenangkan dirinya sendiri. Hiruzen sudah dianggap seperti bapanya sendiri dan dia tidak bersedia untuk menghadapi kehilangannya.
Setelah upacara penghormatan terakhir. Mereka mula meninggalkan tempat itu. Iruka meminta Naruto membawa Konohamaru untuk pulang dan berehat. Dia tak mahu dua anak itu deman kerana terus memakai pakaian basah.
Semua telah pergi dan pulang ke tempat masing-masing yang cuma tinggal Iruka dan Asuma.
"Kehilangan awak telah merobohkan Konoha Otou-san." ucap Asuma perlahan. Lalu berjalan mendekati Iruka yang masih berdiri di tempatnya. Dia mengangkat tangannya dan menepuk pipi Iruka lembut. Dia tak melihat air mata tetapi dia tahu air mata itu akan mengalir juga nanti.
"Pulang dan berehat, saya tak mahu awak jatuh sakit" Kata Asuma tangannya diturunkan dan memegang bahu Iruka lembut. Dia tahu guru itu sangat sedih dan terkilan sepertinya. Asuma memicit bahunya lembut sebelum melangkah pergi dan memberikan senyuman terakhir buat Iruka.
Iruka akhirnya dia kalah dengan air mata sendiri. Sepanjang hari di cuba menahan air mata dari terus mengalir. Dia puas memaniskan wajah dihadapan Naruto dan juga Konohamaru. Dia tak mahu sebagai guru mereka, dia terlihat sangat rapuh dan terluka.
Tanpa dia sedar ada insan lain sedang memerhatikannya dari jauh. Insan yang selalu mengambil berat tentangnya. Insan yang tulus menyayanginya selain Naruto dan insan yang akan selalu memberikan bahunya untuk Iruka bersandar. Walaupun caranya untuk mendekati guru itu sedikit kejam.
Kakashi menghela nafas. Kalau boleh dia mahu mendekati Iruka dan menariknya ke dalam pelukan lalu membisikkan kata-kata positif buatnya. Tetapi dia tak tahu itu akan menenangkan Iruka atau malah menakutkan lelaki itu. Kali terakhir dia memeluk Iruka lelaki itu ketakutan dan menangis.
Kakashi cuba menyembunyikan keberadaannya dan Iruka mula meninggalkan kawasan itu. Dia mengekori Iruka dari jauh. Sehinggalah dia pasti chunin itu masuk ke dalam rumahnya. Lantas Kakashi pun kembali ke rumahnya bagi menggantikan pakaiannya yang hampir kering dengan pakaian baru.
_________________
Sudah tiga bulan Tsunade diangkat menjadi hokage segalanya baik-baik saya. Pembinaan semula berjalan lancar. Shinobi banyak menjalankan misi demi membangunkan semula Konoha sehingga suatu hari Konoha dikejutkan dengan pengkhianatan Uchiha Sasuke.
Beberapa genin telah dihantar untuk mendapatkan Sasuke semula tetapi malangnya misi mereka gagal dan pulang dengan kecederaan yang serius.
Iruka berlari menuju ke hospital apabila mendapat khabar bahawa Naruto pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Luluh hatinya melihat keadaan Naruto yang berbalut hampir seluruh tubuh.
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fanfiction📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...