Naruto melompat dari satu dahan ke dahan yang lainnya. Hampir setengah jam dia di hutan tersebut. Dia langsung tak menjumpai sebarang pertunjuk mengenai keberadaan Iruka. Resah dan gelisah terus menyerang diri sehingga dia secara tidak sengaja melihat Mizuki keluar dari sebuah pondok usang.
Naruto cepat-cepat bersembunyi dan mencuri pandang ke arah Mizuki yang menjauhinya, tanpa menunggu lagi Naruto masuk ke tempat di mana Mizuki keluar.
Hatinya benar-benar yakin bahawa Iruka gurunya yang lebih mendekati sosok ayahnya berada di sana, dia dapat merasakan keberadaan Iruka dan dia sangat yakin.
Tidak mengambil masa yang lama untuk menjelajahi tempat itu apabila pandangannya tertumpu pada sesuatu atau lebih tepat kepada seseorang. Matanya membutang melihat Iruka terikat lemah disana.
Naruto segera berlari mendapatkan gurunya yang cedera.
"Iruka sensei!" Jerit Naruto lantas menarik Iruka dan memeluknya. Guru itu cuba mengumpul kesedaran dan mengamati suara siapa yang didengarinya.
Suara itu suara yang sangat dia rindukan.
Entah lega atau risau saat matanya menangkap tubuh Naruto sedang memeluknya. Matanya mula menilai sekeliling, takut jika Mizuki tahu Naruto berada bersamanya.
"Naruto, macam mana awak boleh ada di sini? Pergilah Naruto kalau Mizuki datang nyawa awak dalam bahaya" kata Iruka dia tidak peduli dengan keadaannya sekarang yang dia peduli hanyalah Naruto.
"Saya datang cari awak, sensei. Saya akan selamatkan awak sekarang!" Kata Naruto. Dia menangis melihat keadaan Iruka. Wajah dan tubuh gurunya itu dipenuhi luka dan lebam. Dia cuba menarik lelaki itu supaya berdiri dengan perlahan membawanya keluar dari tempat itu malangnya keadaan Iruka yang lemah agak sukar untuk mereka bergerak.
Dan dia terlalu kecil untuk mengendong guru itu.
"Saya tak sangka secepat ini awak menemukan Iruka, raksasa" Suara Mizuki terdengar sinis.
Pantas Naruto dan Iruka mengangkat wajah melihat Mizuki berdiri diatas salah satu pohon. Iruka cuba berdiri tegak dan menolak Naruto supaya berlindung dibelakangnya. Dia dapat melihat tatapan benci Mizuki terhadap Naruto.
"Dalam keadaan begini pun awak masih cuba lindungi musang syaitan itu. Sangat mengharukan Iruka" Mizuki ketawa nyaring. Iruka menatap tajam. Dia akan lakukan apa saja asalkan Naruto selamat.
Naruto dibelakangnya menatap geram lalu menatap Iruka yang sedaya-upaya melindunginya. Dia tahu Iruka tak akan mampu bertahan andai Mizuki menyerang mereka.
Dalam sekelip mata saja Mizuki muncul di depan Iruka dan menendangnya. Tetapi tendangan itu dapat dihindarnya Iruka cuba membalas, sebelum tumbukan Iruka mendarat, Mizuki dulu yang mula menyerang akibatnya tubuh lemah Iruka terlempar jauh dari Naruto yang masih kaku ditempatnya.
"Lari Naruto!" Naruto terus melompat naik ke salah satu dahan yang ada. Mizuki terus mengejar dan menendangnya jatuh ke bawah tidak jauh dari Iruka. Iruka cuba bangun tetapi badannya mengkhianati. Sekujur tubuhnya masih sangat sakit malangnya dia tak mampu menggunakan cakranya untuk penyembuhan kecemasan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fanfiction📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...