Bab 7

255 28 0
                                    

Cuaca ketika itu sangat cerah. Angin bertiup lembut membawa bunga sakura berterbangan. Di bawah salah satu pohon sakura terdapat sekumpulan shinobi muda berkumpul. Masing-masing sibuk dengan makanan tengahari mereka. Sekali sekala merungut tentang misi mudah yang mereka lalui.

Keadaan agak sunyi dan tenang ditemani bunyi air sungai yang mengalir tidak jauh dari mereka. Sehinggalah salah satu dari mereka membuka suara memecah kebuntuan antara mereka.

"Naruto" Panggil Sakura sambil mencuit bahunya. Gadis itu perasan sejak pagi itu Naruto banyak berdiam diri. Tidak mahu mengakuinya tetapi Sakura sebenarnya risaukan si perang itu. 

Tambah pula Uzumaki itu tidak pernah bersikap begitu pendiam. Selalu ada saja akal nakal untuk kenakan mereka. Pada fikirannya mungkin rakannya itu ada masalah.

"Hei, Naruto! " Panggil Sakura lagi apabila panggilan tidak dijawab oleh lelaki itu. Sasuke berdecit melihat Naruto sudah seperti patung.

"Tch! Hei dobe! awak ada masalah pendengaran?!" Omel Sasuke menampar bahu Naruto. Naruto tersentak. Lalu memberi pandangan tajam pada Sasuke.

"Oii! teme saya tidak ada mood untuk bertengkar dengan awak" Balas Naruto pula. Dia betul-betul malas untuk berdebat dengan Sasuke.

"Naruto, awak ada masalah? Saya perasan hari ni awak tidak bising seperti selalu. Awak sakit?" Soal Sakura prihatin. Naruto menggeleng dia langsung tidak membalas pandangan Sakura.

"Dia takutkan ujian chunin" balas Sasuke

"Awak jangan risau Naruto, kita masih ada beberapa hari untuk persiapan diri. Lagi pula ada saya dan Sasuke." Sakura cuba menenangkannya, andai benar lelaki itu gugup untuk menghadapi ujian nanti.

"Saya tak takut Sakura-chan" Naruto bersuara rendah. Mengangkat wajah menatap Sakura. "Saya fikirkan Iruka sensei-" Bicara Naruto lagi lalu berbaring sambil kedua tangannya diletakkan di bawah kepalanya sambil melihat langit biru dan bunga sakura yang berterbangan menghiasi pandangan.

Kakashi yang duduk tidak jauh dari mereka hanya mendengar setiap butir bicara anak didiknya. Saat nama Iruka meniti di bibir Naruto tumpuannya pada buku kesayangannya juga terbang bersama angin lalu. 

Matanya melirik ke arah Naruto menanti ucapan seterusnya. Tapi nampaknya anak itu tidak berniat untuk teruskan.

"Kenapa dengan Iruka sensei? Sensei sakit ke?" Sakura soal risau.

"Saya sedar beberapa hari ini Iruka sensei tak seperti selalu. Dia banyak termenung sekarang dan ada beberapa kali Iruka sensei meracau dalam tidur dia panggil nama Mizuki" luah Naruto. Sakura berkerut dahi begitu juga Sasuke tak ketinggalan Kakashi ketika mendengar nama Mizuki disebutnya.

"Siapa Mizuki?" Soal Sakura merangkak merapati Naruto. Adakah Mizuki sensei yang dimaksudkan Naruto, Sakura pernah mendengar cerita bahawa Mizuki telah diberhentikan tugasnya sebagai guru.

Naruto memandang Wajah Sakura yang hampir dekat dengan wajahnya. Lalu dia mengiring ke sisi lainnya. Membuang pandangannya dari terus ditatap Sakura.

"Saya tak mahu bercakap tentang Mizuki sialan itu!" Balas Naruto memejamkan matanya. Hatinya sakit tiba-tiba. Nama Mizuki itu seolah-olah sebuah kutukan buatnya sedangkan dia sendiri yang menyebut nama itu.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang