Bab 2

483 46 1
                                    

Umino Iruka berjalan sendirian menelusuri jalan-jalan Konoha. Dia ingin bertemu dengan Sandaime Hokage. Tapi malangnya Sarutobi enggan bertemu dengannya. Iruka buntu. Entah ke berapa kali dia menghembuskan nafas kesal. Lalu duduk di salah satu bangku yang disediakan di sepanjang jalan.

"Oii! Ini tempat saya, awak mengganggu saya untuk membaca"

Iruka mendongak kepalanya mencari dari mana datangnya suara yang agak dikenali itu. Tepat di atasnya, Hatake Kakashi sedang bersandar pada satu dahan pohon sambil membaca sebuah novel.

"Maaf" Iruka menggumam perlahan. Dia tidak berniat untuk mengganggu ketenteraman pemilik surai perak itu. Dia kembali berdiri untuk pergi tetapi dihalang suara Kakashi memintanya untuk tinggal dan dia akan pergi. Hanya tiga langkah ke hadapan dia kembali menoleh melihat guru muda itu.

"Ada masalah?" Persoalan Kakashi dipandang kosong. "Saya akan mendengar" sambung Kakashi lagi sambil mengambil tempat di sebelah kanan Iruka.

Iruka menoleh melihat Kakashi sekilas sebelum menghantar pandangan kepada jounin itu. Dia teragak-agak untuk bersuara. Kakashi terus menanti dengan sabar untuk guru itu berkongsi masalahnya.

"Saya ditugaskan oleh Sandaime untuk menjadi guru Naruto" terdapat jeda sebentar untuk Iruka menarik nafas. "Saya tahu, apa yang berlaku dahulu bukan salah Naruto. Tuhan! Dia hanya bayi ketika itu. Sekarang apabila saya memandangnya, saya akan terbayang bagaimana ibubapa saya terbunuh." Iruka cuba untuk tersenyum.

Kakashi dalam diam memerhati wajah guru itu. Di sebalik senyuman itu terselit beribu kegundahan dan kekecewaan. Kakashi membenci senyuman itu. Matanya kini meneliti parut lama di wajahnya, ingin menyoalnya tetapi sepertinya bukan waktu yang sesuai.

"Saya tahu awak boleh lakukan" Kakashi terdiam seketika "saya percaya awak, sebagaimana Sandaime mempercayai awak. Jika ada yang dapat memahami Naruto, itu adalah awak" Kakashi bangun dari duduknya. Dia perlu pergi. Nampaknya jika lebih lama berada di sekeliling Iruka tidak baik untuk kesihatan jantungnya.

"Terima kasih, Kakashi-san" ucap Iruka tulus. Kakashi hanya melambai sekilas sebelum memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Iruka merenungnya sekilas sebelum matanya tertumpu kepada sinar matahari senja.

__________________________________

Dua minggu selepas perbualan singkat antara Umino terakhir dan Hatake berakhir berlaku. Kini Iruka berjalan sendirian menuju pulang ke pangsapurinya. Pada hari itu, Guru Akademi itu telah mengambil jam tambahan di Akademi untuk menyelesaikan segala tugasannya.

Ketika dia melalui satu lorong yang agak sunyi tanpa penduduk. Dia mendengar beberapa suara kanak-kanak sedang menjerit dan menangis sambil menyatakan sesuatu. Iruka cuba mencari dari mana arah suara itu.

"Tolong! Ada raksasa musang!" Dia menjerit ketika berselisihan dengan Iruka sambil berlari seolah-olah tiada hari esok. Iruka terus mengeluarkan senjatanya dan berlari pergi ke arah munculnya kanak-kanak itu.

Sebaik tiba dia kawasan perkuburan. Iruka perasa, seorang anak kecil memakai sepasang jubah dan bertopeng musang untuk menakung kanak-kanak lainnya. Dari susuk tubuh itu, Iruka pasti siapa di sebalik gurauan itu.

Naruto dengan pantas melompat ke arah Iruka sambil ketawa besar kerana berjaya menakutkan kanak-kanak lain. Sejurus itu, ketawanya mati saat memandang wajah gurunya. Iruka ingin marah. Tetapi kata-kata Sandaime terus terngiang-ngiang di fikirannya

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang