Tsunade menggigit bibir geram sebaik sahaja mendengar laporan daripada Kakashi dan Izumo. Dua shinobinya memandang kosong wajah ketuanya. Menanti jawapan adakah wanita itu akan mengisytiharkan Iruka sebagai pengkhianat kepada kampung.
"Shizune! Dapatkan Asuma, Gai dan Neji segera! Kita perlu dapatkan Iruka kembali sebelum majlis mengetahuinya. Saya yakin mereka akan mengisytiharkan Iruka sebagai pengkhianat dan kita perlu dapatkan Iruka secepat mungkin. Iruka tak mungkin berkhianat. Awak berdua boleh pergi dan berehat!" arah Tsunade. Manakala Shizune juga pergi sebaik mendengar permintaan Tsunade yang mahukan Asuma, Gai dan Neji.
Izumo mengangguk lemah lalu keluar dari pejabat Hokage dengan lesu. Apa yang difikirkan Iruka, Izumo tidak pasti tapi yang dia tahu segala tindak tanduk Iruka tidak akan pernah merugikan Konoha. Dia sangat yakin guru itu tidak akan sesekali mengkhianati kampung mereka.
Tsunade mengangkat wajah memandang Kakashi yang masih tegak berdiri di hadapannya, manakala Izumo telah hilang dari pandangannya. Tsunade mendecit tahu benar apa yang di mahukan Kakashi.
"Bukankah saya suruh awak balik dan berehat Kakashi?" Tsunade memeluk tubuh. Mata tunggal Kakashi setia merenung ketuanya tanpa bersuara. Tak lama kemudian muncul Asuma, Gai dan Neji berserta Shizune yang memeluk Tonton.
"Tsunade-sama" serentak Asuma dan Gai menegur Hokage mereka. Manakala Neji menunduk hormat sebagai teguran.
"Saya ada misi untuk awak bertiga! Iruka telah tinggalkan Konoha. Pergi dan dapatkan dia. Byakugan diperlukan dalam misi ini memandangkan ninken Kakashi sendiri pun telah kehilangan jejaknya" Tsunade berterus terang.
"Apa? Bukankah Iruka sedang dalam misi bersama Izumo" Asuma bersuara. Gai sedikit terpinga-pinga seolah tidak percaya dengan kata-kata Godaime.
"Kakashi" seru Tsunade supaya Copy ninja itu menceritakan semula kejadian itu kepada mereka.
"Ada sesuatu terjadi antara Iruka dan Miwa ketika saya dan Izumo memeriksa laluan.."
"Kakashi, awak dalam misi bersama Iruka?" Belum habis Kakashi berkata Asuma terus memotongnya dengan soalan.
"Ya-"
"Sepatutnya awak boleh menghalang Iruka sensei daripada pergi Kakashi, Awak Sharingan no Kakashi, bukan? Copy ninja!"" Gai pula mencelah nadanya serius tidak seperti selalu.
"Wanita itu lakukan sesuatu, saya malu untuk mengaku tapi tubuh saya dan Izumo tidak boleh bergerak, kurang lima minit kami kembali seperti biasa dan kami kehilangan jejaknya. Seolah-olah dia tidak pernah berada disana" luah Kakashi menggenggam tangannya kuat cuba menahan getaran jiwa yang bergelora hebat di dadanya .
"Tsunade-sama, izinkan saya sertai misi ini. Tolong.." Kakashi merayu walaupun wajahnya cuba menafikan rayuan itu. Tsunade mengeluh.
"Baiklah awak berempat pergi dapatkan Iruka secepat mungkin. Asuma awak ketuai misi ini. Pergi!" Arah Tsunade lalu keempat ninja itu hilang dari pandangan Tsunade.
"Dalam masa setengah jam, temui saya di pintu pagar selatan" Asuma sebagai ketua memberi arahan lalu mereka berpecah kembali ke kediaman masing-masing untuk berkemas dan membawa barangan keperluan untuk misi mencari Iruka.
Kakashi kembali ke apartmennya fikirannya tidak lepas daripada memikirkan tentang Iruka. Dia cuba membuang bayangan Iruka tetapi bayangan itu sentiasa menari di fikirannya, sebelum guru itu pergi dia menatap lama wajah Kakashi.

KAMU SEDANG MEMBACA
Unmei
Fanfic📝Hanya kisah hidup Iruka Umino dan Hatake Kakashi dari keinginan hati sang penulis. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ‼️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jan...