Bab 6

287 34 0
                                    

kehangatan Ujian Chunin mula terasa. Para shinobi mula berkumpul setelah mendapat arahan daripada Hokage. Mereka akan mengadakan perbincangan mengenai ujian Chunin yang akan bermula tak lama lagi. Untuk tahun ini, Konoha telah dipilih sebagai tuan rumah.

"Baiklah sekarang akan saya mengumumkan bahawa  secara rasmi ujian Chunin akan diadakan dua minggu dari sekarang. Tolong tingkatkan kewaspadaan awak semua kerana sekarang ini kampung mula dipenuhi oleh ninja luar. Saya tak mahu ada apa-apa masalah berlaku. Faham!" ucap Hiruzen tegas menunjukkan sikap pemimpinnya. Para shinobi hanya mengangguk faham.

"Sekarang saya mahu nama pasukan yang akan menyertai ujian ini.

"Sarutobi Asuma pemimpin kumpulan 10 mencadangkan Nara Shikamaru , Akimichi Choji dan Yamanaka Ino untuk menyertai ujian Chunin ini " Asuma bersuara.

"Yuuhi Kurenai pemimpin kumpulan 8 juga mencadangkan Aburame Shino, Inuzuka Kiba dan Hyuga Hinata untuk menyertai ujian Chunin ini." sambung Kurenai pula

"Hatake Kakashi pemimpin kumpulan 7 mencadangkan Uchiha Sasuke, Uzumaki Naruto dan Haruno Sakura" Bicara Kakashi datar.

"Ketiga mereka mencadangkan para pemula mengikut ujian Chunin apakah tidak bahaya bagi para genin itu" terdapat suara-suara membisikkan tentang cadangan itu. Ada diantara mereka tidak bersetuju. Termasuklah Umino Iruka

Iruka menggigit bibir, dia sebenarnya tidak setuju dengan para genin yang di cadangkan oleh Asuma, Kurenai dan Kakashi. Semua nama yang disebut mereka adalah bekas pelajarnya yang baru saja lulus Akademi dia tak rasa mereka bersedia untuk menghadapi ujian Chunin itu. 

Terutama Naruto. Dia risaukan Naruto. Mereka masih terlalu dini untuk menyertai ujian itu.

"Maafkan saya, Sandaime." Iruka akhirnya bersuara.

"Ada apa, Iruka?" Hiruzen faham. Guru itu tentu tidak setuju dengan nama yang dicadangkan.

"Sandaime izinkan saya mengatakan sesuatu" sambung Iruka lagi. Saat itu juga Kakashi, Asuma dan Kurenai yang menghadap hokage berpaling menatap Iruka yang tidak berpuas hati.

"Mungkin saya pentingkan diri sendiri tetapi saya yang membimbing kesembilan genin yang di sebut tadi di Akademi dan saya akui mereka murid yang berbakat dan hebat tapi ini terlalu dini. Mereka perlukan lebih banyak lagi pengalaman untuk mengikut ujian ini." Luah Iruka dan ada yang bersetuju dengan pendapat Iruka cuma mereka lebih memilih untuk diam.

"Saya menjadi chunin lebih muda dari Naruto" Kakashi bersuara menatap Iruka tajam tak sangka chunin itu sanggup membantahnya.

"Awak dan Naruto berbeza! Ini terlalu awal untuk Naruto! Apa awak ingin menghancurkannya?" balas Iruka marah.

"Menghancurkannya? Hmm.. rasanya itu juga menarik" Balas Kakashi

"Apa!" Iruka marah dengan ucapan Kakashi. Mereka saling menatap tajam. Para shinobi lain mula merasa perbezaan kemarahan kedua shinobi itu. 

Hawa Kakashi benar-benar terasa mengancam. Lelaki itu betul-betul marah. Dan Iruka seolah-olah tidak peduli dengan cengkaman Kakashi. Dia lebih fikirkan Naruto

Fikir mereka Kakashi tak perlu membebaskan ancaman itu kepada Iruka. Iruka hanya risaukan bekas pelajarnya. Tapi bagi Asuma dan Kurenai mereka tahu ada kemarahan lain yang muncul ketika itu. Bukan kerana bantahan Iruka semata-mata.

UnmeiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang