Prolog

3.5K 128 4
                                    

[semua akan aku lakukan demi dia. Kerana aku Cinta dia]

MATA Asraf Ariffin memandang Hanisah yang sedang terikat dengan tali Dan mata yang ditutup dengan kain. Tudung sudah tidak tersarung pada kepalanya. Tangan digepal-gepal rasa marah mula menguasai dirinya apabila melihat gadis yang disayanginya diperlakukan seperti itu.

Baru sahaja kaki ingin menapak menghampiri Hanisah pistol dipacu pada kepalanya oleh seseorang. Danish yang berada di sebelah Asraf iaitu, orang bawahannya sudah kecut perut.

"Lepaskan dia, dia tak ada kaitan dengan semua ni. Apa kau nak?!"bentak Asraf.

Perlahan-lahan pistol itu dijatuhkan. Asraf memalingkan kepalanya pada lelaki itu untuk melihat siapa dia. Tetapi malang sekali kerana lelaki itu memakai topeng menutup wajah. Di tambah lagi cahaya yang malap pada tempat itu menyebabkan dia langsung tidak mengetahui siapa lelaki itu.

Cepat-cepat Asraf mengeluarkan pistol dari belakang dan di pacu pada lelaki itu tetapi, Asraf dikelilingi oleh beberapa orang yang turut memacukan pistol padanya. Lelaki Misteri itu Tersenyum.

"Eh, kenapa tak tembak je? Takut mati ke? Oh ya. Baru aku ingat, kau dah taubat kan? Tapi, Aku tetap nak cabar kau untuk bunuh aku Asraf. Aku tahu kau boleh lawan dengan membunuh! Atau nak aku bunuh perempuan ni?!"cabar Lelaki Misteri itu.

" Awak jangan dengar lelaki ni. Awak tak boleh membunuh.. awak dah janji dengan Saya! Kalau awak sayang Saya awak tak akan membunuh! Awak dah janji yang awak tak akan sesekali ungkiri janji"kata Hanisah yang Masih dengan keadaan tangan terikat.

"Aku tak nak kehilangan kau Hanisah. Kau tahu aku tak boleh terima kalau kau tiada di sisi aku. I need you. I will always protect you. Aku tak akan Biarkan sebesar zarah sentuh kau apa lagi Biarkan kau mati!" kata Asraf.

Dash!

Satu tembakan kedengaran. Hanisah menggelengkan kepalanya. Air mata mengalir deras. Apa yang berlaku juga dia tidak tahu? Siapa yang terbunuh? Dia tidak dapat melihat apa-apa dengan kain yang menutup matanya.

"A.. awak..."



************************************

Saya bukan Muslim tetapi Saya berusaha menulis sebuah karya ini tanpa menciplak Karya yang lain. Hanya idea Saya sahaja. Jika ada persamaan itu hanya kebetulan sahaja.

Kalau ada Salah mohon tegur dengan cara yang baik ya. Oya, hai Saya orang Sabah. Selamat membaca Dan terhibur!

Warning : jangan plagiat. Terima kasih.

HasilKaryaNukilan: EsterAndrius2021

©EsterAndrius

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now