Bab 6

1K 80 1
                                    

                     SEORANG  lelaki dalam lingkungan 40-an Tersenyum sinis memandang Asraf. Kedua tangan Asraf dipegang oleh Tengku Hashim.

Ibunya sudah berlumuran darah kerana dibelasah teruk oleh lelaki tua itu. Asraf berteriak berserta tangisan. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan oleh Tengku Hashim kerana ingin menyelamatkan ibunya. Tetapi tubuh kecilnya tidak dapat melawan tubuh besar ayahnya.

"Jangan pukul mama! Lepaskan mama!"jerit Asraf yang Masih dipegang kuat oleh Tengku Hashim.

Lelaki tua itu hanya ketawa dengan puas hati melihat Asraf dan Tengku Hashim tidak dapat menghalang tindakannya.

"Jangan.. jangan... Jangan!"jerit Asraf. Kedua kelopak matanya terbuka luas. Dia terbangun dari mimpi ngeri itu. Tercungap-cungap Asraf mencari nafas. Terasa sesak nafasnya apabila memori pahit kini datang semula menghantui dirinya.

Dia meraup Wajahnya. Air matanya berderai jatuh. Dia pasti akan menitiskan air matanya jika itu berkaitan dengan orang yang disayanginya. Asraf Ariffin Bukanlah orang yang mudah mengalirkan air mata.

Tok tok tok!

Pintu bilik Asraf diketuk seseorang diluar bilik.

"Encik Asraf.. eh boss sorry silap pulak. Jom sarapan. Saya ada sediakan sarapan pagi dengan kak Nana tadi."panggil Hanisah di luar pintu bilik Asraf. Tetapi tidak ada balasan Suara dari dalam bilik Asraf.

"Asraf?"panggil Hanisah.

Tangannya pantas memulas tombol pintu bilik Asraf. Asraf pula memang tidak suka mengunci pintu biliknya. Terkejut Hanisah melihat Asraf terlalu pucat.

"Awak.. awak okay tak ni?"Tanya Hanisah. Dia berasa risau. Dia belum pernah melihat Asraf terlalu pucat seperti itu. Tangannya lantas memegang kepala Asraf.

"Ya Allah. Panas betul badan awak ni Asraf. Kita ke hospital Saya papah awak kalau awak tak dapat berdiri."Jelas Hanisah.

"Aku okay. Nanti aku makan Panadol okay lah ni. Kau ingat aku budak keci lagi ke? Satu lagi, ada aku suruh kau masuk? Keluar!"arah Asraf.

"Saya risau awak. Tunggu kejap. Saya ambil ubat penadol dekat bawah dengan air. Awak tunggu Tau. Jangan pergi mana-mana."pinta Hanisah. Hanisah segera melangkah keluar dari bilik Asraf.

Asraf tidak suka dengan Sikap Hanisah yang sentiasa ambil peduli tentang dirinya. Dari kecil Hanisah berusaha menjaga dia di kampung rumah Mak Senah. Tengku Hashim juga tidak pernah ingin tahu tentang keadaannya Sejak kecil. Baginya orang tua itu hanya sibuk sahaja dengan bussniess.

Selang beberapa minit kemudian, Hanisah membawa segelas air, bubur dan juga penadol.

Berkerut dahi Asraf.

"Kau buat apa ni?"Tanya Asraf.

"Awak sakit. Saya ada bagitahu Tengku yang awak tak boleh kerja hari ni."balas Hanisah. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan dengan Asraf. Asraf hanya menyandar tubuhnya pada kepala katil.

"Awak kena makan ya? Lepas makan baru awak boleh makan penadol ni."Jelas Hanisah.

"Siapa suruh kau buat semua ni? Aku tak suka! Orang tua tu suruh kau buat semua ni kan?!"marah Asraf. Pandangannya sengaja dialihkan dari memandang wajah Hanisah.

Tersentak Hanisah.

"Awak ni memang degil dari dulu. Tak pernah nak dengar cakap orang. Awak tu sakit. Awak ingat Saya ni nak ke awak mati dekat mata Saya ke? Saya akan jaga awak hari ni boss. Awak ada bantahan ke?"Jelas Hanisah panjang lebar.

Tiada kata keluar dari mulut Asraf. Hanisah Tersenyum menang. Jika Asraf hanya diam bermaksud Asraf mengizinkannya.

Bubur yang panas ditiup oleh Hanisah sebelum disua ke mulut Asraf.

"Nah buka mulut awak."pinta Hanisah.

Asraf mengeluh kecil sebelum mengangakan mulutnya.

"Sedap?"Tanya Hanisah seraya tersenyum.

Asraf hanya mengangguk. Senyuman Si gadis di sebelahnya benar-benar mengusik hatinya. Haih makin berbunga-bunga pulak Si Asraf ni.

Habis juga Asraf makan bubur yang dimasak oleh Hanisah.  lantas Hanisah mengambil sebiji penadol berwarna putih itu dan segelas air itu untuk diserahkan kepada Asraf.

Asraf menelan ubat penadol itu dan meneguk gelas yang berisi air itu sehingga habis.

"Okay. Awak boleh rehat."kata Hanisah. Hanisah yang mahu bangkit dari duduk ditahan oleh Asraf. Tangan Hanisah di tarik untuk duduk semula pada birai katil. Asraf mendekatkan Wajahnya pada wajah Hanisah. Bibir merah Hanisah dilihat sekilas sebelum memulakan kata.

"Jangan nak rapat sangat dengan aku Hanisah. Bila-bila masa je aku boleh rosakkan kau. Baik kau balik kampung jaga mak Senah lagi bagus."kata Asraf separuh berbisik.

Kini sepasang anak mata Asraf dengan Hanisah bertembung.

"Saya tahu awak tak akan buat macam tu Asraf."kata Hanisah.

"Let me ask you Hanisah. Kenapa degil sangat nak duduk sini?"Tanya Asraf.

"Sebab sa.. Saya.. nak ubah awak.. awak kawan Sa.. saya.." terketar-ketar Hanisah menjawab soalan Asraf.

"Kawan? Aku kawan kau? Kau ingat aku Asraf budak keci tu lagi ke? Tak payah nak jaga aku. Aku boleh jaga diri aku. Keluar dari bilik aku. Aku nak mandi."arah Asraf.

"Tahan Nisa. Jangan nangis. Ini baru permulaan. Semoga Asraf berubah."bisik hati Hanisah.

"Baik. Saya keluar sekarang. Kalau awak perlu apa-apa awak bagitahu Saya."kata Hanisah.

Dia bangkit berdiri dan ingin keluar dari situ. Tetapi langkahnya mati tika terpandang sesuatu. Di dalam bilik Asraf ada lagi satu pintu bilik. Di dalam bilik itu mengandungi pelbagai galeri. Pintu itu terbuka sedikit, terkejut Hanisah melihat Wajahnya pada galeri itu. Hampir ke semua galeri di bilik itu.

Asraf yang menyedari Hanisah berdiri di pintu rahsia itu lantas menuju ke arahnya. Pintu itu ditutup rapat oleh Asraf.

"Keluar!"arah Asraf. Dahinya berkerut.

Hanisah tersentak.

"Maaf.."kata Hanisah serba Salah. Langkah besar diatur untuk keluar dari bilik Asraf.

Asraf mendengus kasar. Rasa malu jika Hanisah tahu bahawa dia sudah gila bayang terhadap gadis itu.








                   TELEFON Tengku Hashim berdering menandakan ada pemanggil. Tersenyum Tengku Hashim apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya. "Arabella." Dia lantas menyambut panggilan Telefon itu.

"Morning daddy. Daddy nak kerja dah ke? Ni nak bagitahu daddy that I really miss you and Asraf so much."kata si pemanggil. Nada manja kedengaran.

Tengku Hashim tergelak kecil. Dia tahu benar siapa yang menelefonnya. Arabella merupakan sepupu Asraf. Sewaktu bangku sekolah menengah pernah juga Arabella tinggal di rumah banglo mereka itu tetapi, selepas menghabiskan pelajaran di Tingkatan 5 dia terpaksa ikut keluarga ke Amerika. Tengku Hashim pula sudah menganggap Arabella sebagai anaknya sendiri.

"We miss you too Arabella. Ya baru nak keluar ni."balas Tengku Hashim.

"Daddy, I tak sabar nak jumpa Tengku dan Asraf. Minggu depan Arabella ambik flight nak ke Malaysia."Jelas Arabella.

"Really?" Gembira Tengku Hashim mendengar berita itu.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now