Bab 13

886 67 0
                                    

                       LANGIT sudah menjadi mendung menandakan tidak lama lagi hujan akan turun ke bumi. Mak Senah menggangkat kain pada jemuran. Bakul yang berisi kain itu diangkat masuk ke dalam rumah kayu. Terasa sakit pula pinggang Mak Senah kerana sudah seharian melakukan kerja di rumah. Ditambah lagi, awal pagi lagi Mak Senah sudah pergi ke pasar menjual nasi lemak. Kalau sahaja Hanisah ada di kampung itu sudah tentu dia tidak akan berasa terlalu letih.

Tekak Mak Senah terasa dahaga. Lantas tangan mengambil mug yang berada di meja berdekatan dengan sofa kemudian, dituangkan ke dalam gelas kaca. Baru sahaja ingin diteguk Tiba-tiba gelas itu terjatuh sehingga menjadi serpihan kaca.

"Astagfirullalazim."

Mak Senah menjadi tidak senang hati. Tiba-tiba sahaja Fikirannya memikirkan Hanisah di Kuala Lumpur. Dengan berhati-hati Mak Senah memungut serpihan kaca itu tetapi, jari telujuk Mak Senah Luka disebabkan kaca itu. Darah mengalir keluar dari jarinya.

"Assalamualaikum. Mak Senah ada di rumah ke?"

Suara itu tidak asing lagi jika bukan Ustaz Hafizi.

Mak Senah mengatur kakinya ke arah pintu rumah. Dia sudah terlupa jarinya yang luka itu.

"Walaikumsalam. Lah.. ingatkan siapa tadi. Masuk lah dulu Fizi."pelawa Mak Senah.

"Eh tak apa Mak Senah. Saya datang nak bagi kuih ni. Mak Saya buat, dia suruh Saya hantarkan pada Mak Senah."jawab Ustaz Hafizi.

Ketika tangan Mak Senah mengambil bekal yang berisi kuih itu mata Ustaz Hafizi tertumpu pada darah yang mengalir dari jari Mak Senah.

"Ya Allah. Mak Senah Luka ke? Kenapa boleh Luka ni Mak Senah? Tunggu Fizi ek? Fizi pergi kedai kejap beli plaster."kata Ustaz Hafizi. Ustaz Hafizi sudah berasa risau.

"Tak ada apa lah Fizi. Tak payah susah-susah. Terima kasih sebab hantarkan kuih."ucap Mak Senah.

"Tak ada susah pun Mak Senah. Fizi pergi dulu. Kejap je tak lama."kata Ustaz Hafizi meminta pamit.

Ustaz Hafizi berlari anak beredar dari situ.

Selang beberapa minit kemudian, Ustaz Hafizi datang semula ke rumah Mak Senah.

"Mak Senah, ni plaster."kata Ustaz Hafizi. Dahi di peluh diseka perlahan menggunakan belakang tangan.

"Buat sudah kamu aje Fizi. Terima kasih banyak."ucap Mak Senah seraya Tersenyum.

"Sama-sama Mak Senah. Saya minta diri dulu lah ya. Mak Senah jangan terlalu buat kerja sangat. Jaga kesihatan. Ada apa-apa bagitahu Fizi."kata Ustaz Hafizi panjang lebar.

"Yelah Fizi."balas Mak Senah.

"Bertuahnya aku kalau Ustaz Hafizi dapat jadi menantu aku. Kalau lah Hanisah setuju nak sangat aku jodohkan dia dengan Ustaz Hafizi ni."menolog Mak Senah.

Matanya Masih memandang susuk tubuh Ustaz Hafizi yang sudah menjauh.









                   "Saya tak nak kahwin awak Asraf. Saya tak akan sesekali kahwin dengan mafia macam awak."kata Hanisah. Dia membalas pandangan Asraf yang berada di sebelahnya.


"Kenapa tak boleh kahwin mafia?"Tanya Asraf. Dahi sudah berkerut memandang Hanisah.

"Sebab mafia jahat."balas Hanisah. Kain baju kurung itu di pegang erat. Dia menundukkan kepala. Tidak mahu dia melihat wajah Asraf yang menggerunkan itu.

"Kau boleh jangan jadi budak kecil boleh tak? Aku tak suka kau dekat sini. Kau nak aku berkepit dengan kau 24 jam ke?"ujar Asraf.

Tiada balasan kata dari Hanisah. Mahu menggangkat kepala sahaja takut.

Stereng kereta diketuk-ketuk. Masih berfikir cara bagaimana memujuk Gadis itu untuk berkahwin dengannya. Terlebih kasar kah dia sehingga gadis itu terlalu takut?

Ting!

Bunyi pesanan ringkas masuk kedengaran pada Telefon Asraf. Tangannya segera membuka Telefon touch skrin itu.

From : Danish

Boss, ada orang masuk kawasan kita. Ketua mereka nak jumpa boss. Ramai orang bawahan kita tewas. Kami tak dapat lawan sebab orang mereka terlalu banyak.

Selesai membaca pesanan teks ringkas daripada anak-anak buahnya dia segera memasukkan Telefon itu ke dalam poket seluar. Dia mendengus kasar. Siapa pulak yang berani nak berjumpa dengan mafia pembunuh sepertinya? Bagaimana orang-orangnya boleh tewas? Dia mesti pergi berjumpa dengan orang itu. Ingin sahaja Asraf bunuh dengan tangannya sendiri!

"Aku hantar kau pulang rumah dulu. Kau jangan keluar bilik selagi aku tak pulang. Faham?"ujar Asraf.

"Kenapa pula macam tu? Awak ingat rumah Tengku tu penjara ke apa? Suka hati saya lah nak keluar dari bilik atau tak."kata Hanisah. Dia benar-benar tidak berpuas hati. Kenapa pulak dia perlu ikut arahan Si beruk itu? Suami juga bukan.

"Kau nak aku pancung kepala kau lepastu bagi dekat Mak Senah? Nak?!"bentak Asraf.

Hanisah menggelengkan kepalanya. Tiada siapa yang mahu dipancung. Jika mati pun lebih baik mati kerana penyakit tua daripada dipancung. No! Tak nak!

"Jangan degil."kata Asraf.

Enjin kereta dihidupkan sebelum pacuan empat tayar itu meluncur laju pada jalan.

"Awak.. kalau Saya kahwin dengan awak. Boleh tak awak berhenti jadi pembunuh?"Tanya Hanisah. Jelas getaran dihujung ayat. Nampak sangat Hanisah berusaha memberanikan diri untuk bertanya.

Asraf Tersenyum sinis. Dia tidak Mungkin berhenti. Baginya menjadi mafia dapat memuaskan perasaan dendamnya dengan orang-orang yang melakukan kejahatan. Rayuan dan simpati tidak ada lagi dalam kamus hidupnya. Dia suka mendengar Suara kesakitan itu seperti mana ibunya pernah disakiti oleh mafia. Paling menyakitkannya Tengku Hashim tidak pernah melaporkan Hal itu pada pihak polis.

"Aku tak akan berhenti Hanisah. Dorang mesti mati. Tak layak hidup."balas Asraf.

Nampaknya Asraf sememangnya tidak akan berubah. Lalu, untuk apa dia berada di situ? Adakah Hanisah akan berhenti untuk mengubah Asraf? Tidak. Dia tidak Mungkin menyerah. Hanisah sudah berjanji dengan Mak Senah.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now