Bab 1

1.9K 107 2
                                    

                      MALAM itu, di sebuah kawasan Mafia. Seorang lelaki dibelasah teruk. Manakala, seorang lelaki lagi yang memakai pakaian kameja putih dengan seluar slack hitam tersarung Indah pada tubuh sasanya itu hanya duduk memandang lelaki itu dibelasah. Terasa puas melihat lelaki itu dibelasah teruk.

Senyuman sinis diukir memandang lelaki yang sudah dibelasah teruk itu tanpa sedikit perasaan simpati. Dia menyedut rokok itu dan menghembus rokok itu perlahan sehingga gempulan asap kecil mula keluar dari mulutnya.

Asraf Ariffin Bin Tengku Hashim. Siapa tidak kenal dengan lelaki itu? Dia merupakan seorang anak Tengku tetapi dalam masa yang sama dia juga merupakan seorang Mafia tanpa pengetahuan orang ramai kecuali, Tengku Hashim, ayah kandungnya sendiri dan beberapa orang terdekat.

Kenapa Tengku Hashim tidak menghalang perbuatan jahat Asraf Ariffin walaupun salah di sisi agama? Kerana, Tengku Hashim juga takut dan gerun dengan anaknya sendiri. Sudah berbuih mulut Tengku Hashim menasihati satu-satunya anak lelakinya itu tetapi, tidak dipedulikan sama sekali. Malah, mengugut untuk membunuhnya jika menghalangnya.

"I told you right? Don't mess with me." Kata Asraf. Dia menapak beberapa tapak ke arah lelaki yang dibelasah teruk itu.

Dia kemudian, mencangkung sambil tangan sudah menarik rambut lelaki itu dengan kasar sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

"Told me honestly. Kau orang suruhan papa kan? Untuk hentikan aku?"Tanya Asraf. Dahinya sudah berkerut.

"A.. aku.."tersekat-sekat lelaki itu mahu mengatakan perkara sebenar.

"Aku cakap baik-baik! Kau mati kalau kau tak cakap jujur!"jerkahnya.

"Apa aku bu..buat ni tiada kena mengena dengan Tengku."Jelas lelaki itu.

"Shit!"

Dia bingkas berdiri dan kemudian menendang perut lelaki itu sehingga darah tersembur keluar dari mulut.

"Lelaki tua tu memang nak kena!"bisik hatinya. Tangan digepal-gepal menahan marah.









                HANISAH membaca novel househusband Mafia yang ditulis oleh Cik Zalikha Tersenyum-senyum dia tatkala membaca part-part romantik itu.

"Ya Allah.. sweet betul mafia ni."bisik hatinya.

"Assalamualaikum!"laung seseorang di luar rumah.

Siapa pula yang datang ke rumah mereka malam-malam ni? Suara lelaki pula tu. Hanisah sudah bermonolog. Novel yang berada ditangan seketika tadi diletakkan di atas meja.

Hanisah bingkas bangun dari sofa kemudian, menuju ke bilik untuk mengambil tudung bagi menutup auratnya. Tangan sudah sibuk memasukkan tudung pasang siap yang berwarna hitam itu pada kepalanya. Usai memakai tudung, kakinya dengan pantas membuka pintu rumah.

"Walaikumsalam."kata Hanisah. Dahi Hanisah berkerut memandang Lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an itu terpacak di luar rumah.

"Kenapa tu Nisa?"seloroh ibu. Ibu yang berada di dapur segera menuju ke arahku. Ibu digelar oleh orang kampung sebagai Mak Senah.

"Tengku Hashim? Eh, kenapa datang kemari?"Tanya ibu Hanisah Setelah sepasang matanya memandang lelaki itu berdiri di luar rumah.

Ibu kenal lelaki tu? Tapi setahu aku, ibu tidak pernah pula menceritakan apa-apa tentang Tengku Hashim. Nampak dari gaya lelaki itu mesti orang kaya. Hanisah sudah bermonolog dalam hati.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now