Bab 30

1.1K 74 1
                                    

                    "Terima kasih Mak sebab izinkan kami tinggal seminggu dekat sini."ucap Asraf Ariffin seraya Tersenyum.

"Tak payah nak terima kasih Asraf. Mak memang nak kamu lama sikit tinggal sini."balas Mak Senah. Dia membalas senyuman.

"Yelah Mak. Asraf angkat dulu barang masuk dalam kereta."pinta Asraf. Dia kemudian menganggkat beg bagasi dan beberapa barang untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Mak, Nisa nak tinggal dengan Mak boleh tak?"rayu Hanisah Setelah melihat Asraf sudah sibuk memasukkan barang ke dalam bonet kereta.

"Tak boleh lah macam tu Nisa. Nisa, dah jadi isteri orang. Lepas ni, Nisa mesti dengar cakap suami."nasihat Mak Senah.

Mak Senah mengulum senyum sambil tangan Hanisah di pegang lembut. Air mata yang sudah lama bertakung di kelopak mata akhirnya jatuh juga ke pipi tua Mak Senah. Tidak sangka anak kesayangannya itu sudah menjadi isteri orang. Pasti dia akan rindu dengan Hanisah selepas ini.

"Mak jangan lah nangis. Nisa tak nak pergi ikut Asraf lah kalau Mak sedih."pujuk Hanisah.

Cepat-cepat Mak Senah menyeka air matanya.

"Tak boleh. Nisa dah ada suami."kata Mak Senah.

"Mak, kami nak gerak dulu."kata Asraf. Dia kemudian Salam tangan tua Mak Senah.

"Yelah. Tapi ingat,hari raya Nanti jangan pula lupa pulang ke kampung."pesan Mak Senah.

"Baik Mak."kata Asraf.

Hanisah segera menyalam tangan Mak Senah dan memeluk erat tubuh Mak Senah. Seperti tidak mahu sahaja dia pergi meninggalkan Mak Senah sendiri.

"Mak Nisa pergi dulu."pamit Hanisah.

Mak Senah hanya mengangguk mengiyakan.

Mereka masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan oleh Asraf sebelum pacuan empat roda itu beredar dari perkarangan rumah Mak Senah. Sempat Hanisah menurunkan tingkap kereta untuk memberikan lambaian kepada Mak Senah yang Masih berdiri menunggu kereta itu hilang dari pandangan mata.

Sepanjang perjalanan Hanisah hanya membuang pandangan jauh pada luar tingkap kereta.

"Sayang nangis ke?"Tanya Asraf. Sekilas dia memandang Hanisah disebelah.

"Nisa risau Mak. Kesian Mak perlu tinggal sorang-sorang. Kalau abang cuti nanti boleh tak kalau kita jenguk Mak dekat kampung."Jelas Hanisah. Matanya masih memandang ke luar tingkap kereta.

"Sayang janganlah risau. Kita mesti pulang kampung bila abang cuti nanti. Lagipun, abang banyak sangat ambil cuti."kata Asraf. Matanya masih fokus dengan pemanduan. Tangan Hanisah pantas dipegang oleh Asraf.

"Abang fokuslah memandu tu. Bahaya."nasihat Hanisah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tangan Asraf yang sudah memegang tangannya.

"Sayang, malam ni boleh minta reward lagi tak?"Tanya Asraf. Mula terbit senyuman di bibir Asraf.

Berkerut kening Hanisah mendengar soalan yang keluar dari mulut Asraf.

"Reward?"

"Ya. Reward. Abang kan dah pandai solat dan baca Al-Quran. Rasanya sekarang ni sayang dah boleh bagi reward special sikit malam ni. Sayang jangan lupa syarat tu."Jelas Asraf panjang lebar. Sekilas dia memandang Hanisah.

"Tapi Nisa tak tahu lagi sama ada abang betul-betul berubah. Lagipun abang Masih mafia kan? Entah-entah lepas ni di belakang saya abang membunuh orang."balas Hanisah. Biasalah perempuan memang overthinking.

"Okay. Abang akan bagi bukti pada sayang yang abang betul-betul dah berubah. Abang akan call Danish suruh datang rumah lepas sampai Nanti. Biar Danish bagitahu sayang yang abang ni tak bunuh orang lagi."Jelas Asraf panjang lebar.

Hanisah hanya mengangguk tanda faham. Dia ingin juga tahu jika benar suaminya itu benar-benar berubah atau tidak.









                   KELIHATAN Danish berdiri kaku di hadapan kedua pasangan yang baru berkahwin itu. Hairan bila Asraf memintanya untuk datang ke rumah banglo Dua tingkat itu. Asraf memberitahu Danish yang dia sudah cuci tangan dari membunuh orang.

"Err.. kenapa bos panggil Saya ke sini?"Tanya Danish. Dia mengaruk kepalanya yang tidak gatal. Silih berganti dia melihat pasangan di hadapannya itu. Nampak macam mustahak sahaja.

"Ini isteri Aku, Hanisah. Bagitahu isteri aku perkara sebenar."kata Asraf. Sambil memberi signal kepada Danish.

"Perkara sebenar apa ni boss?"Tanya Danish Masih tidak dapat menangkap apa yang Asraf katakan.

Asraf melepaskan Keluhan kecil sebelum mengeluarkan kata.

"Bagitahu Hanisah yang aku dah cuci tangan daripada kerja membunuh tu. Aku kan dah bagitahu kau."Jelas Asraf. Susah benar nak bercakap dengan Danish yang lambat pickup.

"Oh yang tu ke boss? Maaf boss. Err . Betul. Asraf dah tak nak jadi pembunuh dah. Boss memang dah cuci tangan daripada benda tu."Jelas Danish. Mujur sahaja Danish cepat memberikan penjelasan kepada Hanisah jika tidak nahaslah dia. Ditambah, lagi wajah Asraf yang menggerunkan itu silap-silap hari bulan esok sudah tergantung depan banglo Dua tingkat ini.

"See? Sayang dah dengarkan apa yang Danish bagitahu?"Tanya Asraf.

"Boleh percaya ke kamu berdua ni? Betul ke tak tipu?"Tanya Hanisah. Sekadar inginkan kepastian.

"Betul Saya tak tipu."kata Danish sambil tersengih kerang busuk.

"Baik. Saya percaya."kata Hanisah.

"Danish, kau boleh keluar sekarang. Aku ada Hal penting malam ni."kata Asraf. Asraf sudah tersenyum-senyum sendiri. Di Fikirannya sudah berlayar sedang berasmara dengan isterinya. Ini lah perkara yang ditunggu-tunggunya.

"Tapi Danish kan baru je sampai tadi. Kejap lah. Suruh lah dia duduk dulu. Nisa boleh bancuh air."kata Hanisah.

Melihat pada pandangan tajam Asraf dapat Danish tangkap bahawa lelaki itu mahu dia segera pergi dari situ.

"Eh tak apa. Lain Kali aje. Sebab Saya pun ada Hal nak buat ni. Maklum lah bini dan anak Saya tunggu dekat rumah."tolak Danish. Dia segera beredar dari situ tanpa menunggu kata dari mereka. Tidak mahu dia berlama di situ apabila memandang wajah Asraf seperti sebentar dia akan dipancung.

"Danish kenapa abang? Dia okay ke?"Tanya Hanisah. Hairan dengan tingkah lelaki itu

"Not important sayang. Perkara yang paling penting Sekarang kita berdua. Ingat syarat tu lagi?"kata Asraf. Dia menjongketkan sebelah kening. Tanpa basa-basi Asraf segera menggangkat tubuh Hanisah dan membawa Hanisah naik ke dalam bilik. Terlopong Hanisah apabila melihat tindakan Asraf.

"Kenapa nak angkat Nisa pula? Nisa boleh jalan sendiri lah."ujar Hanisah. Apa yang merasuk suaminya itu juga dia tidak tahu. Berhati-hati suaminya itu menaiki anak tangga menuju ke bilik.

Setibanya di bilik, Asraf merebahkan tubuh isterinya dengan perlahan-lahan.

"Today no excuse. Sayang akan jadi milik abang sepenuhnya."kata Asraf separuh berbisik. Meremang Hanisah dibuatnya. Baru sahaja, Butang baju kameja itu dibuka satu persatu oleh Asraf. Tiba-tiba kedengaran ketukan pintu di luar bilik.

"Tuan Asraf, Hanisah. Tengku ada mahu cakap perkara penting. Dia tunggu di bawah."pesan kak Nana dari luar bilik.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now