Bab 4

1.1K 90 0
                                    

                   AWAL pagi lagi Hanisah sudah bersiap sedia ke hotel untuk bekerja sebagai cleaner. Memandangkan hari pertama Hanisah bekerja di hotel Asraf dia tidak mahu terlewat. Langkah kakinya diatur pantas menuju ke arah lif sebelum lif itu tertutup rapat.

"Eh.. kejap. Kejap."kata Hanisah. Dia menahan menggunakan kedua tangannya agar pintu lif tidak tertutup.

Terkejut dia tatkala melihat wajah serius Asraf Ariffin. Asraf sudah berdiri tegak di dalam perut lif.

"Err.. maaf. Tak apa lah. Tak jadi masuk."Jelas Hanisah. Terasa sukar pula bernafas tika itu.

"Just come in."arah Asraf Ariffin. Riak Wajahnya Masih serius memandang Hanisah.

Mahu atau tidak terpaksa dia akur dengan arahan Asraf. Dia masuk ke dalam lif tersebut. Rasa tak senang pula berdiri di samping Asraf bila menjadi perhatian Manusia yang turut berada di lif itu.

Hanisah perlahan-lahan menjarakkan diri dari Asraf tetapi, seorang lelaki menolak Hanisah sehingga dapat dia merasakan tubuh Asraf terlalu dekat dengannya.

"Ya Allah.. dekat lah pulak."bisik hatinya.

Hanisah memandang wajah Asraf sekilas. Tiada riaksi pada Wajah Asraf. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Ting!

Pintu lif terbuka luas. Lantas Manusia yang berada di dalam lif itu keluar satu persatu termasuklah Hanisah dengan Asraf.

"Ikut aku."arah Asraf tanpa memandang Hanisah yang berdiri di sampingnya.

Hanisah hanya mengangguk faham. Dia hanya membuntuti Asraf masuk ke dalam bilik Office.

"Kau tahu kerja kau kan?"Tanya Asraf sejurus sahaja Hanisah dan dia masuk ke dalam perut office.

"Tahu. Kerja pembersihan."Jelas Hanisah.

"Good. Nanti aku suruh Aliya tolong tunjukkan apa kerja pembersihan yang kau perlu buat."balas Asraf.

Asraf melabuhkan punggungnya pada kerusi. Kemudian, dia memandang wajah gadis dihadapannya yang Masih berdiri kaku.

"Hanisah, kau silap besar datang sini. Apa pun plan orang tua tu tak akan mampu ubahkan aku. Just for your information, aku bukan budak Asraf yang pernah kau kenal dulu. I'm dangerous."Jelas Asraf. Sepasang anak matanya tepat memandang wajah Hanisah. Masih lagi dengan amaran-amaran yang keluar dari mulut Asraf.

"Asraf, boleh tak jangan cakap papa awak macam tu? Dia tu ayah kandung awak tau. Tak boleh ke awak cakap dengan sopan. Dosa tak hormat orang tua."balas Hanisah.

Hanya senyuman sinis dilemparkan oleh Asraf. Dia menggelengkan kepalanya. Terasa panas pula telinganya mendengar tentang dosa bagai.

Lantas dia mengambil gangangan Telefon. Jari telujuknya menekan beberapa nombor.

"Aliya, come at my office now."kata Asraf sebelum mematikan talian.

Selang beberapa minit kemudian, pintu office diketuk oleh seseorang sebelum masuk ke dalam. Terpancul wajah seorang gadis dengan memakai seragam cleaner.

"Aliya, tolong tunjukkan kerja yang perlu perempuan ni buat."Jelas Asraf.

Ish kasar dan angkuh sungguh Asraf. Mahu sahaja Hanisah hampuk kepala Asraf. Hanisah hanya menggelengkan kepala. Kalau bukan kerana Mak Senah dan Tengku sudah tentu dia tidak akan datang ke Kuala Lumpur. Lebih baik hadap sawah di kampung daripada hadap muka beruk Si Asraf ni.

"Baik boss."balas Aliya.







                         BANYAK juga kerja pembersihan yang perlu dilakukan di hotel Asraf. Mungkin disebabkan hotel itu terlalu besar. Kaki Hanisah pula sudah berasa kebas. Usai mop di tingkat atas terpaksa pula turun ke tingkat bawah.


"Padanlah muka kau Nisa. Nak sangat tolong Si beruk tu berubah. Haih, macam aku pula yang nak ubah fikiran."Hanisah sudah menggerutu dalam hatinya. Tangan Masih melakukan kerja pembersihan.

"Assalamualaikum."sapa seorang lelaki.

Hanisah menggangkat kepala memandang lelaki itu.

"Walaikumsalam."balas Hanisah seraya Tersenyum. Boleh tahan tampan juga lelaki ni. Nampak dari gaya lelaki ni mesti Salah satu pekerja Asraf.

"Boleh kenal? Saya Hakim. Awak pula?"Tanya Hakim.

"Err.. Saya Hanisah. Boleh panggil Nisa je. Awak kerja sini ke?"Hanisah menjongketkan keningnya.

"Tak lah. Saya kawan boss awak. Saya nampak awak cantik. So, Saya datang kejap nak berkenalan."balas Hakim. Dia menghadiahkan senyuman Manis kepada Hanisah

Dah lah handsome mamat ni nak kenal aku pulak tu. Haih Nisa kau ni memang gatal kan. Hanisah tersengih sendiri. Malu lah pulak.

"Awak tak rest ke? Dah pukul 12 tenghari."kata Hakim sambil matanya memandang sekilas jam tangannya.

"Hanisah, kau curi tulang ke?!"

Suara itu menyebabkan Hanisah dan Hakim menoleh ke arah empunya Suara. Hakim Tersenyum melihat Asraf yang sudah menapak beberapa tapak menghampiri mereka.

"Hey boss. Marah ni dah kenapa?"Tanya Hakim. Hakim memandang Hanisah sekilas.

"Kau buat apa dekat sini Kim?"Tanya Asraf. Dahinya sudah berkerut.

"Wow.. wow.. just realeks okay? Aku datang sini nak bawa kau lunch."balas Hakim.

"Hanisah, kau buat kerja kau sekarang!"bentak Asraf.

Terhinjut bahu Hanisah disebabkan Suara Asraf itu. Muka je handsome tapi Sikap mengalahkan beruk!

"Baik boss."kata Hanisah. Sempat lagi jelingan maut dilemparkan untuk Asraf Ariffin.

"See you again dear."kata Hakim sambil Tersenyum. Tangan kanannya melambai ke arah Hanisah.

Hanisah membalas senyuman Hakim. Sempat lagi Hanisah memandang wajah Asraf yang macam kena tampar malaikat. Tajam betul mata tu. Cucuk mata tu Kang biar tak nampak. Ish!

Setelah Hanisah beredar dari situ. Mata Asraf dialihkan memandang Hakim.

"Kau kenapa kacau pekerja aku buat kerja Kim?"Tanya Asraf.

"Haih kau ni dah macam cemburu pulak aku tengok. Selama aku bercerita dengan pekerja perempuan dekat sini tak pula pernah kau bertanya soalan macam tu."Jelas Hakim. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Cemburu? No lah. Setakat perempuan berkelulusan SPM tu baik tak payah."balas Asraf.

"Cantik lah perempuan tu. Nampak baik, aku pun sengaja berdiri perhati dia tadi. Kau boss dia kan? Aku nak nombor perempuan cleaner tu. Kau bagi tak?"Jelas Hakim panjang lebar.

Dahi Asraf sudah berkerut.

"Kenapa perlu perempuan cleaner tu? Ramai lagi lah perempuan ada dekat Dunia ni. Kau cari lah perempuan di sini asalkan jangan dia."balas Asraf. Riak wajah cemburu pula Jelas terpapar pada wajah Asraf.

Bergelora cemburu Asraf tika ini. Tetapi sengaja dinafikan segala perasaan Cinta yang sudah lama terbuku untuk gadis bernama Hanisah itu. Tambahan lagi, baru pertama Kali dia melihat gadis itu Tersenyum Manis memandang Hakim. Hatinya sakit! Tidak suka dia melihat gadis itu Tersenyum dengan mana-mana lelaki kecuali dirinya!

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now