Bab 35

935 70 2
                                    

                        PERLAHAN-Lahan Hanisah membuka kedua kelopak matanya. Terasa sakit pada tangannya akibat terikat dengan Tali. Matanya meliar memandang sekeliling tempat itu. Dia benar-benar tidak tahu di mana dia berada sekarang. Dua orang lelaki berbadan besar berdiri di pintu masuk bilik. Selang beberapa minit kemudian, seorang lelaki misteri memakai topeng menutup wajah itu melangkah beberapa tapak menghampiri Hanisah.

"Hai, nice to meet you."kata Lelaki misteri itu.

"Lepaskan Saya lah! Awak nak apa hah?! Awak buat semua ni sebab awak nak duit ke?!"marah Hanisah. Dia mengetap bibir berusaha menahan rasa marah. Dahinya sudah berkerut.

"Aku nak Asraf datang jumpa aku. Aku nak balas dendam. Memandangkan, hanya Kau isteri kesayangan mafia tu terpaksa aku culik kau."balas lelaki misteri itu. Disebalik topeng itu dia tersenyum sinis.

"Dia tak akan datang sebab dia bukan lagi mafia! Apa yang awak buat ni cuma sia-sia. Lebih baik awak lepaskan saya!"kata Hanisah. nadanya sudah naik satu oktaf. Dia kemudian berusaha membuka ikatan tali itu tetapi tidak berhasil.

"Berani kau tinggikan suara kau pada aku?! Kurang ajar!"Bentak lelaki misteri itu.

Tudung yang tersarung pada kepala Hanisah ditarik kemudian dicampakkan pada lantai oleh lelaki misteri itu. Kemudian, rahang Hanisah dicengkam kuat.

"Kau dengar sini perempuan, kalau kau cuba nak larikan diri dari sini aku cincang kau atau kubur kau hidup-hidup! Faham?!"jerkah lelaki misteri itu.

Air mata mengalir deras membasahi pipi mulus Hanisah. Dia ingin keluar dari situ. Hanisah mula mengingat layanannya pada suaminya pagi tadi. Terbit rasa bersalah dalam dirinya.

"Kenapa kau terima Asraf jadi suami kau? Kau tak tahu ke dia bukan saja seorang mafia tapi pembunuh paling kejam? Aku tak rasa perempuan bertudung macam kau ni boleh terima Asraf macam tu je."ujar lelaki misteri itu.

"Dia bukan lagi mafia atau pembunuh kejam macam yang awak cakap tu! Dia dah berubah. Dia dah janji yang dia tak akan jadi mafia ataupun membunuh orang. Awak tu yang bodoh sebab nak culik saya!"balas Hanisah. Sengaja ditinggikan seoktaf nadanya pada lelaki misteri itu.

"Kau cakap aku apa?! Bodoh?! Kau yang bodoh!"jerkah lelaki misteri itu. Satu tamparan singgah di pipi Hanisah sehingga kepalanya terteleng ke tepi. Terjerit Hanisah akibat tamparan itu, sakit tak terkata.

"Rizal, tutup mata dia guna kain biar Dia tak nampak apa-apa!"arah lelaki misteri itu. Rizal hanya mengangguk tanda faham.

"Kau bertuah sebab aku tak cucuk mata kau sampai buta! Jangan Cuba nak lari! Faham?!"bentak Lelaki misteri itu sebelum mata Hanisah di ditutup menggunakan kain.

"Tolong lepaskan saya Encik."rayu Hanisah. Tetapi lelaki misteri itu tidak mempedulikan rayuan Hanisah malah, dia terus sahaja melangkah untuk beredar dari situ.

"Asraf, aku takut."bisik hati Hanisah. Entah mengapa nama lelaki itu juga yang terlintas dibenaknya.











                    "Macam mana kita mahu cari Hanisah? Tuan Asraf tadi belum sempat Saya bagitahu tentang kehilangan Hanisah. Dia keluar dari rumah macam mahu bunuh orang seja." Ujar Kak Nana. Dia telah memberitahu tentang kehilangan Hanisah itu kepada Tengku Hashim.

Tengku Hashim masih diam tidak mengeluarkan apa-apa kata. Terasa sukar untuk dia bersuara dalam keadaan seperti ini. Semuanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan beberapa tahun yang lalu. Bukan dia sengaja untuk membiarkan isterinya dibunuh tetapi kerana dia seorang lelaki yang pengecut. Walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia tetapi rasa bersalah masih tetap bersarang di dalam dirinya.

"Apa yang perlu aku buat sekarang ni? Kalau aku terus menjadi seorang pengecut, orang yang aku sayang akan meninggalkan aku. Aku tak nak! Aku tak sanggup kehilangan mereka!"bisik hati Tengku Hashim. Wajahnya diraup perlahan. Dia memejamkan matanya seketika untuk mencari cara bagaimana menyelamatkan anak lelaki kesayangannya dan menantunya, Hanisah.

Sambil otaknya ligat memikirkan cara. Tiba-tiba wajah seorang wanita berlayar benaknya. Dia tahu wanita itu pasti dapat membantunya untuk menyelamatkan kedua orang yang disayanginya itu.

"Kak Nana, Pak Mail tolong jaga rumah. Saya nak keluar."pinta Tengku Hashim sebelum kakinya menapak menghampiri ke arah keretanya.

Dia kemudian, masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Pacuan kereta empat roda terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.

Tengku Hashim parkir keretanya berdekatan dengan hospital. Nombor Telefon seseorang didail sebelum Telefon itu didakapkan pada cuping telinganya.

"Assalamualaikum, saya nak minta tolong. Emergency. I really need your help. Saya dah ada depan hospital ni."kata Tengku Hashim. Jelas nada suaranya kedengaran cemas. Jam tangan dipergelangannya dipandang sekilas yang sudah menunjukkan angka 5 petang.

"Okay. Nanti saya ke sana."kata si pemanggil. Talian Telefon dimatikan dengan segera. Entah ideanya ini berhasil atau tidak. Dia tidak ingin lagi orang yang disayanginya mati disebabkan dirinya yang pengecut.

Tengku Hashim juga telah merancang plan B sekiranya plan A tidak berjaya. Dia kini mempunyai dua strategi. Dia tahu Asraf sudah bertaubat dan tidak boleh membunuh lagi. Oleh itu, dia tahu pasti agak menyukarkan Asraf untuk melakukan apa-apa yang Salah disisi agama.

"Kau datang cepat. Kita kesuntukan masa ni. Kalau plan A tak berhasil kau akan keluar menjadi plan B aku."pesan Tengku Hashim kepada seorang lelaki yang didailnya seketika tadi.

"Okay bro. Don't worry."kata si pemanggil sebelum mematikan talian telefon.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now