Bab 19

819 73 4
                                    

                       "Kenapa kamu berdua masih tercengat dekat situ? Bersiap cepat. Tak lama lagi nak maghrib."seloroh Mak Senah. Dia menggelengkan kepalanya melihat Hanisah dan Asraf.

"Mak Senah, Saya tak ada bawa baju yang sesuai untuk ke masjid."Jelas Asraf. Tengkuk belakang digaruknya.

"Tak apa Asraf. Kamu boleh pinjam baju arwah abah Hanisah. Kejap, Mak Senah ambik."ujarnya.

Dengan segera Mak Senah masuk ke dalam biliknya. Tidak berapa lama kemudian, Mak Senah keluar dari bilik dan menyerahkan baju melayu kepada Asraf.

Berkerut dahi Hanisah memandang baju melayu itu. Kenapa Mak Senah bagi pakai baju kesukaan abah pada Asraf?

"Mak ini kan baju.."

belum sempat Hanisah berkata. Mak Senah sudah memotong ayat Hanisah.

"Biarkan lah Asraf pakai. Kalau lama simpan dekat almari pun buat apa? Hah pergi bersiap cepat"ujar Mak Senah.

Asraf hanya mengangguk seperti burung belatuk. Dia tidak mahu kedatangannya menyebabkan Mak Senah tidak selesa. Dia juga perlu mengikuti cara hidup mereka.

Hanisah sudah bersiap memakai telekung putih untuk ke masjid. Begitu juga dengan Mak Senah. Mereka menunggu Asraf di ruang tamu.

Selang beberapa minit kemudian, Asraf keluar dari bilik dengan menggunakan baju melayu Abah Hanisah. Bagai nak jatuh rahang Hanisah tatkala pandangan tertacap pada Asraf. Sungguh sempurna pada tubuh sasa Asraf. Tampan benar Si beruk hari ni. Kalau macam ni esok Aku nak kahwin jugak. Eh Jangan gatal Hanisah. Gurau! Hahaha

"Tutup mulut tu."kata Asraf yang Masih memandang mulut Hanisah ternganga.

Cepat-cepat Hanisah menekup mulutnya. Malu bila ditegur oleh Asraf. Pipi Hanisah sudah bertukar Rona menjadi merah seperti tomato. Mula terbit senyuman pada bibir Asraf.

"Ya Allah, Asraf sesuai sangat baju tu dengan kamu."puji Mak Senah.

"Terima kasih Mak Senah."ucap Asraf seraya Tersenyum.

"Hanisah."panggil Asraf.

"Eh apa? Awak handsome sangat! Eh.

Hanisah melatah. Dia benar-benar tidak keruan. Tapi kenapa? Jantung sudah berdetak laju mendengar namanya di sebut oleh Asraf.

"Saya tahu."kata Asraf. Saja menambahkan lagi pipi Hanisah memerah.

Mak Senah tertawa melihat gelagat anak perempuannya itu. Dia tahu Hanisah pasti menyukai Asraf dengan memakai baju itu.

Asraf berjalan di belakang Mak Senah bersama dengan Hanisah. Mak Senah sudah berada di hadapan mereka.

"Betul ke Saya handsome?"Tanya Asraf. Sekilas dia memandang wajah Hanisah. Wajah Hanisah memerah lagi.

"Awak jangan nak berangan. Awak fikir muka awak macam Lee jongsuk?"Tanya Hanisah. Malas nak layan usikan Si beruk ini.

"Tapi pipi kau merah."usik Asraf. Suka benar dia melihat pipi Hanisah memerah seperti itu.

"Malas lah nak layan awak ni."marah Hanisah. Kakinya lantas dihayun dengan cepat mengejar susuk Mak Senah. Asraf hanya Tersenyum melihat Hanisah yang sudah berjalan berdampingan dengan Mak Senah.









                         ARABELLA mencapai bajunya yang berada di lantai. Dilihat sekilas Hakim yang Masih tertidur di sebelahnya. semalam mereka telah melakukan dosa terkutuk itu atas persetujuan masing-masing. Apa yang dia lakukan hanyalah untuk Asraf. Dia sudah tidak tahu menilai baik buruk tindakannya hanya kerana lelaki yang bernama Asraf.

"Hai baby. Dah bangun?"Tanya Hakim yang Masih belum berbaju.

Arabella menjeling meluat. Dia cepat-cepat memakai baju dan seluar untuk disarung pada tubuhnya. Kemudian, dia mencapai beg galasnya untuk beredar dari bilik hotel itu.

Belum sempat kaki ingin melangkah keluar Hakim sudah memeluk tubuh Arabella dari belakang.

"Kenapa ni baby?"Tanya Hakim.

"Stop panggil I baby! I Bukan baby you. Faham?"bentak Arabella. Dia menolak tubuh Hakim kasar tetapi sedikitpun Hakim tidak berganjak dari situ.

"Nak lari dari Saya ke? Hmm?"Tanya Hakim. Dapat Arabella rasa Nafas Hakim yang menderu pada cuping telinganya. Terlalu dekat.

"You gila ke apa ni Hakim?! Lepaslah! Ingat tentang perjanjian kita semalam. Apa yang I buat ni semua untuk Asraf. You tu bukan sekali kan buat benda macam ni!"bentak Arabella. Dia meronta-ronta minta dilepaskan oleh Hakim.

"I fall in love with you Arabella. Saya tak nak lepaskan awak. Kalau awak suruh Saya tak akan buat benda tu lagi. Saya nak awak jadi isteri saya"Jelas Hakim. Dia Masih memeluk Arabella dari belakang.

Berkerut dahi Arabella mendengar ayat yang keluar dari bibir Hakim. Dia menggelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak percaya dengan kata-kata itu.

Arabella memusingkan badannya memandang Hakim. Hakim meleraikan pelukannya sambil sepasang anak matanya memandang tepat ke dalam anak mata Arabella.

"If you love me, lepaskan I. I cuma cintakan Asraf Ariffin. For your information, you tak layak dapat Cinta I!"marah Arabella.

"Apa yang hebat sangat pada Asraf?!"bentak Hakim.

Sedikit pun Arabella tidak takut dengan Hakim. Dia kini berpeluk tubuh memandang lelaki dihadapannya itu.

"Of course dia hebat daripada you. Dia lelaki perfect yang pernah I jumpa. Let me tell you Hakim, kita sama-sama jahat Tau. All this plan just to get what we want. Hanisah you boleh ambil and then, I akan dapat Asraf. This is our deal, right?"ujar Arabella panjang lebar.

"No. Saya tak perlu Hanisah. Saya dah ada awak. Bila Saya tidur di sebelah awak Saya tahu, awak saya punya. Tiada orang yang boleh sentuh awak Selain Saya."Jelas Hakim. Serius sahaja wajah Hakim.

"Eh apa ni? Stop lah nak berdrama dekat sini Hakim. Apa yang you merepek ni. Yes, betul this is my first time to do this with man tapi tak bererti you perlu lupa dengan plan kita. Ingat, Hakim you tak setanding dengan Asraf. Apa you lupa yang you dah ramai tidur dengan mana-mana perempuan?"sinis Arabella.

Langkah terus diatur oleh Arabella untuk keluar dari bilik hotel itu.

Tangan digepal-gepal oleh Hakim. Dia rasa tercabar apabila nama Asraf disebut oleh Arabella. Matanya kini beralih dengan tompokkan darah di atas katil. Bila mengingatkan apa yang berlaku antara dia dan Arabella menyebabkan ada senyuman terbit dibibirnya.

"Kita tengok Arabella apa yang akan Aku buat untuk hancurkan Asraf. Lelaki mafia? Dia belum tahu siapa aku yang sebenarnya. I will kill him!"monolog Hakim. Dia Tersenyum sinis.

************************************

Sorry, ada sedikit bacaan dewasa di Bab ni. Thank you yang baca. Siapa lebih jahat Hakim atau Arabella? Boleh Komen hehe

Sebenarnya aku pun binggung dengan plot sendiri. Hahaha

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now