Bab 34

896 68 0
                                    

                       ARABELLA masih enggan makan walaupun dipaksa oleh Hakim. Bubur yang dibeli oleh Hakim sudah sejuk disebabkan kedegilan Arabella yang masih tidak mahu makan. Hakim memandang sayu wajah Arabella. Tangan Arabella dipegang lembut.

"Baby kena makan. Dari tadi baby tak makan langsung. Saya risau."pujuk Hakim. Tetapi, Arabella memandang ke arah lain.

"I nak Asraf. You tak faham bahasa ke? I kata I nak Asraf!"bentak Arabella. Dia kemudian memandang Hakim yang duduk di sebelah katil itu.

"Benci betul aku dengar nama lelaki tu! Aku ada dekat sini pun kau tak pandang! Aku sanggup tak buat benda Kotor dengan perempuan lain sebab kau! tapi apa yang aku dapat? Kau lebih pentingkan Asraf daripada aku!"bentak Hakim. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi dengan Arabella. Dia lelaki yang sentiasa berada di sisi gadis itu tetapi lelaki lain juga yang diinginkannya.

"Diam!"teriak Arabella. Dia menekup kedua telinganya dengan menggunakan kedua telapak tangannya. Air mata mengalir deras dari kelopak mata Arabella.

"Okay. baby.. saya minta maaf."kata Hakim. Bersalah apabila Arabella bertingkah seperti itu. Dia tidak mahu Arabella rasa tertekan. Hakim segera memeluk tubuh Arabella untuk berada didakapannya.

"I takut..."kata Arabella. Dia membalas pelukan Hakim.

"Jangan takut Arabella. Semua ni bukan Salah awak. Asraf yang Salah. Dia tak layak hidup. Saya akan pastikan yang dia akan menderita."Jelas Hakim. Dahi Arabella dikucupa perlahan tanpa melepaskan pelukannya pada gadis itu.

"Baby, Saya akan bertanggungjawab atas kesilapan saya. Saya dah cuba nak lupakan awak tapi saya tak dapat tinggalkan awak."Jelas Hakim.

Arabella hanya diam. Dia tidak berkata-kata. Setelah dipujuk berkali-kali oleh Hakim akhirnya Arabella makan untuk mengisi perut.

Puan Maria akhirnya mengetahui perkara sebenar Setelah diceritakan oleh Hakim. Dia memilih untuk memberikan ruang kepada Hakim untuk bersama dengan Arabella. Perkara yang anak perempuannya lakukan itu Salah. Dia juga bersalah kerana mendesak Tengku Hashim untuk memaksa Asraf bertanggungjawab tanpa mengetahui Hal sebenar tetapi mana perginya Tengku Hashim? Sejak beberapa hari ini Tengku Hashim tidak dapat dihubungi olehnya.










                      ASRAF Ariffin segera meluru masuk ke dalam rumah banglo Dua tingkat itu. Baru sahaja Kak Nana ingin memberitahu tentang Hanisah, Asraf terlebih dahulu meniti anak tangga naik ke atas bilik. Melalui riak wajah Asraf dapat Kak Nana menangkap bahawa lelaki itu benar-benar marah. Kak Nana tidak berani mengatakan apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri melihat lelaki itu sudah masuk ke dalam bilik.

Setibanya di dalam bilik, kunci dicapai oleh Asraf untuk membuka Laci meja. Meja itu merupakan meja rahsia. Dia lantas mengambil pistol dan pisau lipat kemudian dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan lelaki yang menculik isterinya.

"I will kill you!"marah Asraf. Tangannya menumbuk kuat pada meja itu. Sakit pada tangannya sudah tidak terasa kerana hatinya lagi sakit. Dia tidak akan benarkan sesiapa pun menganggu isterinya.

Asraf keluar dari bilik dengan langkah besar. Dia menuruni anak tangga. Kak Nana yang berada di situ sudah tidak dipedulikannya. Kali ini Asraf tidak menggunakan kereta tetapi dia menggunakan motor. Motor itu dihidupkan oleh Asraf kemudian, Topi kaleder dipakainya. Dengan pantas motor itu keluar dari perkarangan rumah banglo.

"Tak pernah lagi saya nampak Asraf guna motor. Biasanya dia akan guna motor bila dia marah sangat."monolog Pak Mail.

Kak Nana yang terdengar Suara Pak Mail segera memukul lengan Pak Mail.

"Kau pun satu yang tidur mati kenapa? Tengok sekarang Hanisah sudah kena culik!"marah Kak Nana. Dia berpeluk tubuh sambil acah-acah merajuk.

"Maafkanlah Saya sayang.. hehe"kata Pak Mail sambil tersengih-sengih.

Tergeleng-geleng kepala Kak Nana memandang Pak Mail. Boleh pula dia tersengih macam tu sedangkan isteri majikan dia kena culik. Matanya dikecilkan memandang Pak Mail yang berdiri disebelahnya. Ingin sahaja kak Nana melayangkan penumbuk ke wajah Pak Mail. Mujur sahaja Pak Mail orang yang disayanginya.

Setibanya Asraf berada di tempat kawasan mafia, kelihatan Danish sudah berdiri menunggu Asraf.

"Kau sudah panggil orang kita yang lain?"Tanya Asraf dengan muka tegang. Lain macam Kali ini wajah Asraf. Jika Salah cakap pasti nyawa Danish akan melayang.

"Sudah boss. Tapi, katanya dorang tak dapat nak join."balas Danish.

"Tak dapat join kenapa?! Diorang ingat aku ni budak kecil ke apa?! Aku dah bagi arahan kan?!"marah Asraf.

"Saya tak tahu boss. Saya memang dah bagitahu diorang."Jelas Danish. Peluh sudah keluar dari dahi Danish. Kecut perut bila melihat wajah Asraf yang menggerunkan itu.

"Tak apa. Kita dua pun boleh. Kau ada bawa senjata tak?"Tanya Asraf.

"Ada boss."balas Danish dengan laju.

"Err.. bos. Boss nak bunuh orang lagi ke? Bukan ke boss dah cuci tangan?"Tanya Danish.

"Kau ingat aku akan diam diri ke bila isteri aku kena culik? Dia nyawa aku Danish. Aku tak nak sesiapa pun ganggu isteri aku! Faham?"bentak Asraf. Entah mengapa Danish yang hanya bertanya terpaksa terkena tempias disebabkan perasaan marah Asraf yang membuak-buak itu.

"Jom gerak"arah Asraf.

Danish hanya mengangguk tanda faham. Cepat-cepat Danish memakai topi kaleder itu pada kepalanya. Danish menggunakan motornya sendiri. Tidak ingin Asraf naik motor bersama Danish. Tidak mahu Danish memeluk tubuhnya seperti tempoh hari. Geli!

"Maafkan abang sayang. Abang tak dapat nak tunaikan janji abang pada sayang. Abang tak nak sesiapa pun ganggu isteri abang. Abang terlalu sayangkan Hanisah."bisk Hati Asraf sambil motor itu bergerak laju menuju ke arah alamat yang diberikan oleh lelaki misteri itu.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now