Bab 7

952 83 2
                                    

                       BUNYI Muzik pada club Malam itu membingitkan telinga tetapi tidak untuk Manusia yang sibuk mengikut rentak Muzik ditambah lagi, minuman Haram yang sudah menganggu kewarasan mereka. Wanita di club itu seksi dan mengiurkan mana-mana lelaki yang datang di situ tetapi tidak Asraf. Disentuh sahaja dia tidak suka. Geli dan jijik. Dia mafia hanya suka Manusia dihadapannya dibunuh dengan kejam! Dia juga suka bermain judi.

"Hey, kau tenanglah Asraf. Adik kesayangan kau Arabella nak balik Malaysia pun nak kecoh."kata Hakim. Minuman Haram itu diteguk sekali habis.

"Dia bukan adik aku lah Kim. Aku tak suka dia ada dekat rumah tu. Rimas."balas Asraf. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya pada sofa. Kepalanya dipicit-picit.

"Hanisah tu awek kau ke Asraf?"Tanya Hakim. Minuman Haram itu di putar-putar sebelum diteguk.

"Kau kenapa Tanya tentang Hanisah ni Kim? Kau jangan cakap kau nak Hanisah?"Tanya Asraf. Dahi sudah berkerut.

"Kalau kau Tanya aku mesti aku cakap Aku nak perempuan tu. Comel Je aku tengok. Cara cakap dengan aku pun sopan. Kalau aku dapat Hanisah, aku tak nak masuk ke club ni. Biar berkepit terus dengan dia."Jelas Hakim. Dia Cuba menahan tawa apabila melihat riak wajah cemburu Asraf.

Koler Hakim dicengkam kuat sehingga terdorong ke depan memandang wajah bengis Asraf.

"Kalau kau buat benda tak baik dengan dia kau akan mati Kim. Aku kenal kau siapa. Tapi aku rasa kau lebih kenal siapa aku yang sebenar!"jerkah Asraf.

Hakim hanya Tersenyum. Lihat dari riak wajah Asraf Jelas menunjukkan Hanisah terlalu istimewa dihati kawannya itu. Koler baju kameja Hakim dilepaskan.

"Hi sir, nak tidur dengan I? Murah je tak mahal."kata wanita itu. Dia memandang wajah tampan Asraf. Senyuman mengoda dilemparkan kepada Asraf sebelum punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Asraf.

Asraf tidak memandang wanita di sebelahnya. Isyarat tangan Asraf berikan kepada wanita itu untuk pergi dari situ.

Wanita itu menghentak kasut tumitnya. Dia mengetap bibir. Rasa geram bila ditolak oleh Asraf. Tetapi, lantas di tarik Hakim sehingga wanita itu terduduk dalam pangkuannya.

"Then, just one night."bisik Hakim ke telinga wanita itu. Wanita itu Tersenyum puas. Hakim mengalihkan pandangannya ke arah Asraf.

"Janganlah macam tu dengan perempuan. Mafia tapi tak nak sentuh perempuan?"sinis Hakim. Dia menggelengkan kepalanya. Jelas riak wajah serabut Asraf kelihatan.

"Aku tak suka. Kau ambik lah perempuan tu nanti aku bayar perempuan tu."balas Asraf. Minuman Haram itu diteguk sekali oleh Asraf.

"Nak cakap kau baik atau nak cakap kau jahat? Apa pun, Thanks."kata Hakim sebelum masuk ke dalam sebuah bilik bersama wanita tadi.

Asraf mendengus kasar. Wajah Hanisah di rumah banglo itu bermain di Fikirannya. Semenjak Hanisah berada di rumah itu terasa susah dia mahu melakukan kerja dosa. Dia belum dapat membunuh sesiapa lagi untuk masa sekarang.










                       SOLAT tidak pernah ditinggalkan oleh Hanisah sepanjang dia berada di rumah banglo milik Tengku Hashim. Jika ada masa dia akan membaca beberapa ayat al-Quran. Rindu pula Hanisah dengan Mak Senah yang berada di kampung. Biasanya, dia akan bersama Mak Senah ke masjid untuk melakukan kerja Amal. Di sini, Tengku Hashim pun tidak ke masjid malah, jarang pulang ke rumah.

Telekung putih labuh dibiarkan menutupi tubuhnya selepas solat Asar tadi. Tangannya lantas mengambil Telefon yang berjenama Nokia itu. Nombor Telefon Mak Senah didail.

"Assalamualaikum Mak. Mak Apa Khabar? Sihat? Mak Saya rindu Mak lah." Kata Hanisah.

"Walaikumsalam Nisa. Mak sihat jangan risau. Mak pun rindu Nisa. Nisa apa Khabar? Mak risau kalau Asraf ada apa-apa kan Nisa. Mak tak dapat nak tidur Lena Fikirkan kamu Nisa."balas Mak Senah. Sebak.

"Mak, janganlah risau. Allah kan ada. Nisa okay. Takde apa-apa pun. Asraf tu tak akan berani buat apa-apa dekat Nisa. Asraf kan kawan Nisa."Jelas Nisa. Dia sengaja menyembunyikan cerita sebenar tidak mahu Mak Senah berasa risau.

"Asraf tu mafia. Mafia ni orang jahat. Buat dosa terkutuk. Mak bukannya tak percaya dekat Asraf tapi, entahlah. Mak rasa tak sedap hati pulak."kata Mak Senah panjang lebar.

"Mak jangan risau ek? Nisa okay je. Harap-harap Asraf berubah. Kalau Asraf berbuah jadi macam kawan Nisa waktu keci boleh lah Nisa bawa Asraf pulang kampung. Mesti Asraf gembira jumpa Mak."balas Hanisah. Air matanya sudah berjujuran jatuh. Dia rindu dengan Asraf iaitu kawan kecilnya di kampung. Tetapi, dia juga tidak menyangka Asraf musuh ketatnya itu sudah terpesong dari agama.

Musuh ketat itu sengaja disebut kerana, Asraf satu-satunya kawan yang dia rapat di kampung.

Walaupun tubuh Asraf Masih kecil waktu itu, tetapi tetap berusaha menjaga dirinya daripada di ganggu oleh budak-budak lelaki yang lain.

"Nisa? Nisa nangis ke?"Tanya Mak Senah yang Masih dalam talian Telefon.

"Eh takde lah Mak. Mana ada Nisa nangis. Nisa bukan budak kecil lagi lah. Mak, Saya nak masak dulu. Nanti Nisa call balik."kata Hanisah.

Kendengaran Keluhan kecil Mak Senah sebelum menjawab kata Hanisah.

"Emm yelah Nisa. Jaga diri baik-baik. Ada apa-apa terus call Mak dekat kampung ni."balas Mak Senah.

"Assalamualaikum."

"Walaikumsalam."

Talian kemudian dimatikan.

"Hanisah!"

Suara itu tidak asing lagi kalau bukan Asraf Ariffin. Hanisah tersentak. Terasa ingin gugur jantungnya Ketika namanya disebut.

Pintu bilik dibuka tanpa keizinannya. Asraf Ariffin sudah memegang dinding takut pula tubuhnya rebah disebabkan minuman Haram itu.

"Aku cakap kau tak payah kerja hari ni bukan maksudnya kau tak buat kerja di rumah ni!"tengking Asraf.

Bau alcohol benar-benar menganggu deria hidung Hanisah. Lantas tangan kanannya menekup hidungnya. Dia tidak suka dengan bau minuman Haram itu.

"A.. awak minum Arak ke?"Tanya Hanisah terketar-ketar.

"Semua sebab kau! Aku minum sebab kau! Degil nak tinggal dekat sini!'marah Asraf.

Lutut Hanisah sudah bergeletar. Dia benar-benar ketakutan. Mulut sudah berkumat-kamit membacakan doa.
Kaki Asraf menapak menghampiri Hanisah yang Masih berdiri kaku.

"Eh.. awak nak buat apa ni?"Tanya Hanisah.

Tangan Asraf mengusap lembut pipi Hanisah. Hanisah takut untuk menghalang Asraf. Tubuh tegap Asraf jika menumbuk pasti sakit.

"Kau takut?"Tanya Asraf. Untuk pertama Kali Hanisah mendengar Suara Asraf bercakap lembut dengannya.

Hanisah hanya mengangguk takut untuk bersuara.

"Kau jangan takut aku tak akan sentuh kau."kata Asraf. Air mata yang mengalir dari kelopak mata Hanisah diseka perlahan oleh Asraf.

"Kalau kau nak Selamat. Jangan dekat dengan kawan-kawan aku."kata Asraf. Dia kemudian keluar dari bilik Hanisah walaupun tidak terlalu lurus berjalan akibat minuman beralkohol itu.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now