Bab 33

1K 60 1
                                    

                  "Boss Asraf dan isterinya sudah pulang KL. Sekarang ni Hanisah berada di rumah. Tengku dan Asraf tidak ada di rumah."kata Rizal. Dia merupakan salah satu orang bawahan lelaki Misteri itu.

"Bagus. Korang tahu kan apa yang perlu korang buat? Kalau koncoh-koncoh Asraf ganggu rancangan kita korang bunuh aje semua."Jelas orang misteri itu.

Wajah lelaki misteri itu tidak kelihatan kerana tertutup dengan kepala jaket itu. Dia berdiri membelakangi orang bawahannya yang sudah berdiri memberikan beberapa informati tentang Asraf.

"Err.. kami dapat berita yang Asraf dah cuci tangan daripada membunuh dan dia bukan lagi mafia."balas Rizal. Mahu atau tidak terpaksa dia sampaikan juga berita itu kepada boss mereka.

"Cuci tangan? Mustahil Asraf dapat berhenti jadi mafia."berkerut dahi lelaki misteri itu. Apa sebenarnya yang terjadi dengan Asraf? Kenapa dia berhenti menjadi mafia?

"Saya pun tak tahu boss tapi, Tengku ada bagitahu yang Asraf terlalu sayangkan isterinya. Mungkin Asraf cuci tangan sebab isterinya?"ujar Rizal. Entah betul atau tidak tekaannya itu.

"Nampaknya, perempuan tu akan jadi umpan. Biar Asraf datang cari aku. Tak sabar aku nak tengok muka terkejut Asraf bila dapat tahu siapa aku sebenarnya. Pasti dia terkejut dengan kehadiran aku."bisik hati lelaki Misteri itu.

"Korang culik isteri Asraf. Jangan sampai sesiapa tahu. Faham?"arah lelaki misteri itu. Dia kemudian, Tersenyum sinis.

"Baik boss."jawab mereka serentak.

Seseorang sedang mengintip Hanisah yang berada rumah banglo dua tingkat itu. Kelihatan Hanisah sedang menyiram pokok bunga di luar rumah banglo itu sambil berbual mesra dengan Kak Nana.

"Kenapa pula pembantu rumah ni ada pula."bisik hati Rizal. Bertambah susah kerjanya untuk menculik Hanisah jika pembantu rumah itu di situ. Lagi pula, boss mereka tidak mahu sesiapa pun yang tahu Hanisah diculik.

"Kak Nana, ni suka betul usik Nisa. Kak Nisa tu bila nak kahwin dengan Pak Mail? Macam lah Nisa tak tahu yang Pak Mail ada hati dengan Kak Nana kan?"kata Hanisah bergurau dengan Kak Nana.

"Ish kau ni Nisa. Jangan la bah cakap kuat-kuat malu Saya."balas Kak Nana sambil tersengih-sengih.

"Nisa cakap betul lah kan?"Tanya Hanisah. Dia tertawa melihat Kak Nana sudah mencebik bibir.

"Sebenarnya Kak Nana dengan Pak Mail cadang mahu kahwin sebelum puasa."Jelas kak Nana sambil malu-malu kucing. Malu ingin memberitahu Hal itu kepada Hanisah. Yala sekarang Hanisah sudah naik taraf menjadi isteri boss. Siapa dia untuk memberitahu perkara itu dengan isteri majikannya?

"Betul ke kak Nana. Alhamdullilah Kak Nana. Nisa doakan semoga segala urusan berjalan dengan lancar."balas Hanisah.

Pak!

Satu bunyi kuat kedengaran di dalam rumah seperti ada yang cuba menceroboh masuk. Tersentak Hanisah dan Kak Nana dengan bunyi kuat itu.

"Nisa tunggu sini ya? Saya panggil Pak Mail dulu untuk tengok apa yang ada dalam rumah."Jelas Kak Nana.

Hanisah hanya mengangguk mengiyakan. Risau juga dia jika mereka berdua terus sahaja meluru masuk ke dalam rumah itu. Tenaga perempuan ni tak sama macam tenaga lelaki. Tak nak dia tunjuk kuat. Kelihatan kak Nana cepat-cepat berlari mendapatkan Pak Mail.

Hanisah tidak senang hati apabila ditinggalkan sendiri di situ. Tiba-tiba pula Fikirannya mengingatkan Asraf. Walaupun Asraf kasar tetapi Asraf sentiasa menjaganya. Pernah juga semasa berada di kampung, Hanisah di ganggu oleh Samseng tetapi Asraf dapat tumpaskan semua Samseng itu. Setiap Kali, Hanisah bertanya kenapa Asraf lakukan semua itu pasti Suaminya itu akan menjawab "kerana aku sayangkan kau." Hanisah menggelengkan kepalanya tidak mahu memikirkan perkara itu.

"Ish, apa saya fikir ni. Jangan fikir Asraf Nisa awak tu Masih marahkan dia."bisik Hati Hanisah.

Tiba-tiba hidung dan mulut Hanisah ditekup kuat sehingga Hanisah terpengsan. Gelap.

Setelah kaka Nana dan Pak Mail berada di situ Hanisah sudah tidak ada.

Mana Hanisah?!"kata Kak Nana Setelah melihat Hanisah tidak ada di luar banglo itu.

Kak Nana menjadi panik tanpa susuk tubuh Hanisah di situ. Dengan segera Kak Nana dan Pak Mail mencari Hanisah di seluruh tempat rumah banglo itu tetapi tidak jumpa.










                    PETANG itu, Asraf sudah membeli sejambak bunga Ros berwarna merah dan coklat untuk memujuk Hanisah. Dalam hati Asraf sudah berdoa berkali-kali agar Hanisah dapat memaafkan apa yang berlaku semalam. Sejambak bunga Ros merah dan coklat yang diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu itu dilihat sekilas. Dia kulum senyum. Tidak sabar dia melihat wajah isteri kesayangannya.

"Sayang tunggu abang. Abang dah rindu sangat."bisik hati Asraf.

Belum sempat dia menghidupkan enjin kereta Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Kelihatan nombor yang tidak dikenali menghubunginya. Berkerut dahi Asraf. Siapa agaknya yang menghubunginya? Dia segera menyambut panggilan Telefon itu sebelum didakapkan pada cuping telinganya.

"Hai Asraf. kenal Suara aku tak?"Tanya Suara garau itu.

"Kau siapa? Macam mana Kau tahu siapa aku?"Tanya Asraf. Pelik. Bukan jawapan menjadi balasan Asraf tetapi soalan pula yang diajukan.

"Kenapa macam tak suka aku call? Hahaha okay. Relax.."balas Suara garau itu.

"Aku rasa kau Salah nombor ni."kata Asraf. Dia ingin segera mematikan talian telefon tetapi dapat dia dengar Suara Hanisah menjerit.

"Isteri kau ada dengan aku Asraf. Kalau kau Masih nak jumpa isteri Kau datang ke alamat yang aku bagi. Kalau kau berani buat laporan polis perempuan ni akan mati. Faham?!"sinis Suara garau itu.

"Kau siapa hah? Lepaskan isteri aku! Apa kau nak?!"bentak Asraf. Tetapi tidak ada lagi balasan kata dari Suara garau itu. Talian dimatikan.

Membuak-buak perasaan marah Asraf tika ini. Benar-benar tak takut mati agaknya lelaki itu. Apa sahaja dia tidak peduli tetapi jika berkaitan dengan isterinya dia tidak akan berdiam diri. Dia segera memberikan teks mesej kepada Danish untuk  menunggunya di tempat biasa. Tempat di mana dia pernah lakukan pembunuhan kejam.

Stereng kereta dipukul kasar. Dia memejamkan mata beberapa saat untuk mencari ketenangan seketika. Kemudian, dia menghidupkan ejin kereta dan memandu laju untuk menuju ke rumah banglo itu.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now