Bab 8

945 71 3
                                    

                       NUR Hanisah melap tingkap hotel itu dengan berhati-hati. Rakan sekerjanya yang lain melakukan pembersihan di bilik yang lain. Sedang dia sibuk melap tingkap, wajah tampan Asraf ligat bermain dibenak Fikirannya. Mata Asraf bertembung mata dengannya. Suara Asraf lembut sahaja mengeluarkan kata semalam. Tanpa sedar Hanisah Tersenyum. Cepat-cepat Hanisah menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu perkara itu menganggu tumpuannya semasa bekerja.

"Nisa, kau fikir apa ni? Wake up!"monolog Hanisah.

Usai membersihkan bilik itu, Hanisah segera keluar dari situ.

Kelihatan Hakim sudah berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding. Seolah-olah sudah lama menunggu Hanisah keluar dari situ.

"Kalau kau nak Selamat. Jangan dekat dengan kawan-kawan aku."Suara Asraf memberi amaran Jelas terngiang-ngiang di telinga Hanisah.

Hanisah berpura-pura tidak melihat Hakim di situ. Tetapi, langkahnya mati apabila jalannya dihalang oleh Hakim.

"Kenapa awak macam nak elakkan diri dari Saya?"Tanya Hakim.

"Eh mana ada. Saya tak elakkan diri pun. Kenapa halang jalan Saya Encik Hakim?"Tanya Hanisah. Saja menafikan kata-kata Hakim kerana tidak mahu lelaki dihadapannya terasa dengan tindakannya.

"Petang ni awak free tak? Saya nak ajak awak makan."kata Hakim. Dia menghadiahkan Hanisah senyuman Manis.

"Tak boleh lah Encik Hakim. Saya ada hal nak buat."tolak Hanisah. Dia membalas senyuman Hakim.

"Lah.. tak dapat lah nak berbual panjang dengan awak kalau macam tu. Nisa, awak tak payah panggil gelar Saya Encik. Panggil Hakim atau Kim je."balas Hakim.

"Baik Hakim. Saya minta diri dulu ya Hakim sebab boss panggil tadi."kata Hanisah. Dia memberikan alasan kerana ingin segera pergi dari situ.

"Hanisah, next time kita keluar makan okay?"Hakim menjongketkan kening. Dia menunggu jawapan yang meniti di bibir Hanisah dengan harapan gadis itu mengiyakan.

Hanisah hanya mengangguk. Kemudian, dia mengatur langkah besar beredar dari situ. Kalau Si beruk tu nampak confirm mati Aku. Huh!

Mata Hakim hanya memandang susuk tubuh Hanisah yang sudah semakin jauh.

"Gadis kampung memang cantik macam tu ke? Patut lah lelaki Mafia tu  gilakan sangat Si Hanisah tu."bisik hati Hakim.

Aliya keluar dari Salah satu bilik. Mula terbit senyuman di bibirnya.

"Hai Aliya. Cantik awak hari ni."puji Hakim. Sengaja mengusik pekerja Asraf.

"Ish takde lah. Biasa aje."balas Aliya. Aliya sudah malu-malu kucing mendengar Hakim memuji kecantikkannya.

"Awak.. Saya nak minta tolong boleh tak?"Tanya Hakim.

"Nak minta tolong apa?"Tanya Aliya.

"Awak rakan sekerja Hanisah kan? Boleh tak Saya minta nombor Telefon Hanisah? Mustahil awak takde nombor Telefon Hanisah kan."Jelas Hakim.

"Saya memang ada nombor Hanisah tapi tak berani nak bagi sesiapa. Kenapa awak tak minta je dengan Nisa?"Tanya Aliya pula. Dahinya sudah berkerut. Pelik.

"Awak tolonglah Saya."rayu Hakim.

Rayuan Hakim menyebabkan Aliya memberikan nombor Telefon Hanisah.

"Thank you awak."ucap Hakim seraya Tersenyum. Dalam hatinya sudah bersorak kemenangan. Hanisah aku yang punya Asraf!











               MAK Senah duduk di tangga rumah kayu itu sambil matanya memandang pokok manga yang berdekatan dengan rumahnya. Dulu Hanisah suka makan buah mangga lepastu mulalah Asraf nak tunjuk hero memanjat mengambil buah mangga demi Hanisah. Apabila Asraf jatuh Hanisah dan Asraf gaduh.

Mak Senah Tersenyum mengingat memori kecil kedua budak itu tetapi, sekarang Asraf dan Hanisah sudah besar panjang. Terasa sunyi pula ketiadaan mereka.

"Macam manalah kamu di sana Nisa? Mak rindu sangat dengan kamu. Semoga Allah ubahkan Asraf Dan tak apa-apakan kamu."monolog Mak Senah. Air mata sudah berlinangan mengenang nasib anak perempuannya yang terpaksa ke Kuala Lumpur. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

"Assalamualaikum Mak Senah."sapa seorang lelaki yang memakai songkok berwarna hitam dengan baju melayu tersarung pada tubuhnya. Basikal yang digayuh tadi diletakkan di tepi pokok mangga.

"Walaikumsalam. Eh, fizi. Kenapa datang kemari?"Tanya Mak Senah seraya Tersenyum.

Ustaz Hafizi merupakan anak kepada Mak Yam iaitu, jiran tetangga Mak Senah.

"Takde lah. Saja je nak jenguk Mak Senah."Jelas Ustaz Hafizi.

Mata Ustaz Hafizi meliar memandang sekeliling.

"Cari siapa kamu tu fizi?"Tanya Mak Senah. Walaupun Mak Senah tahu Ustaz Hafizi sedang mencari susuk Hanisah.

Ustaz Hafizi mengaruk kepalanya yang tidak gatal. Malu pulak nak sebut nama Hanisah depan Mak Senah.

"Dah duduk dulu. Mak Senah nak bancuh air kejap."kata Mak Senah.

"Eh tak apa Mak Senah. Saya datang kemari pun nak jenguk Mak Senah je. Tak payah lah susah-susah."balas Uztaz Hafizi seraya Tersenyum.

"Muka macam ni mesti cari Nisa kan?"Tanya Mak Senah.

"Emm.. Hanisah tak pulang kampung lagi ke Mak Senah?"Tanya Ustaz Hafizi.

"Belum lagi Fizi, rindu pulak Mak Senah dengan Nisa. Sudah sebulan dekat Kuala Lumpur tu. Entah bila Nisa tu nak balik."jawab Mak Senah panjang lebar.

"Mak Senah janganlah risau. Saya ada. Boleh jaga Mak Senah dekat kampung ni."kata Ustaz Hafizi.

"Kau tu pun Fizi bukannya muda lagi. Umur macam hang ni perlu kahwin. Tak payah nak jaga Mak Senah sebab Mak Senah ni dah tua. Kamu tu Fizi perlu isteri untuk atur makan minum kamu tu hah."nasihat Mak Senah.

Ustaz Hafizi hanya tersengih.

"Yelah Mak Senah. Dah nak masuk maghrib ni. Saya minta diri dulu Mak Senah. Saya nak ke masjid sembahyang."pamit Ustaz Hafizi.

"Yelah.. bawa basikal tu elok-elok."kata Mak Senah.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now