Bab 18

806 71 1
                                    

                         HARI berganti hari keadaan Hanisah semakin teruk disebabkan lembaga yang sering menganggunya. Sesekali, kedengaran Suara Hanisah merancau-rancau dan berteriak kerana histeria. Tengku Hashim tidak mempunyai pilihan lain Selain daripada menghantar Hanisah pulang ke kampung. Asraf pula sentiasa berada di sisi Hanisah kerana risau akan Hanisah.

Asraf menarik Nafas dalam kemudian, menghembus nafas perlahan. Wajah Hanisah yang sudah terlena ditatap lama sebelum dia bangkit dari duduk. Sempat tangan Asraf mengusap lembut rambut Hanisah sebelum berlalu pergi dari situ. Dia tidak mahu menganggu tidur Si gadis itu.

Pintu bilik Hanisah ditutup rapat. Langkah Asraf mati melihat figura Tengku Hashim yang sibuk bercakap dengan seseorang pada talian Telefon.

Beberapa minit kemudian, talian itu dimatikan oleh Tengku Hashim. Asraf menapak menghampiri ayahnya yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Hanisah, perlu pulang kampung?"seloroh Asraf.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Tengku Hashim sebelum menjawab soalan Asraf.

"Papa terpaksa hantar Hanisah pulang kampung. Kata Mak Senah ada Ustaz yang boleh tolong Hanisah."Jelas Tengku Hashim. Bahu Asraf ditepuk perlahan sebelum berlalu pergi dari situ.

"Hanisah, datang sini sebab nak ubah aku? It's weird. Semua ni Salah kau sebab nak sangat Hanisah datang sini. Berapa Kali aku nak warning?"Tanya Asraf yang sudah memusingkan badannya memandang susuk Tengku Hisham berjalan pergi.

Langkah Tengku Hisham mati mendengar kata dari anak lelakinya itu. Dia segera menoleh memandang Asraf.

"True. It's all my fault."kata Tengku Hashim.

"Aku akan hantar Hanisah pulang kampung memandangkan Hanisah datang sini sebab aku. If I know who do this to Hanisah, aku tak akan segan-segan gantung kepala orang tu depan rumah ni!"bentak Asraf.

Arabella yang terdengar Suara Asraf menelan air liur laju. Gerun dengan Suara itu. Dia tidak menyangka Asraf sanggup bunuh sesiapa sahaja demi Hanisah. Dia bangkit dari duduk melihat Kedua susuk itu dari tingkat bawah.

"Haih. Geram betul I dengan perempuan tu!"bisik hatinya. Dahi sudah berkerut. Tangannya digepal-gepal.

Dia mencari rancangan lain untuk mendapatkan Asraf. Idea jahat mula bermain difikirannya. Senyuman sinis terbit dibibirnya.

Beg bagasi Hanisah diangkat oleh pembantu rumah itu kemudian dimasukkan ke dalam bonet kereta. Hanisah Tersenyum hambar memandang Tengku Hashim. Sungguh dia tidak bermaya untuk mengeluarkan kata saat ini.

"Hanisah, jaga diri baik-baik. Lepas ni Hanisah dah tak perlu nak datang Kuala Lumpur. Pak cik jadi serba Salah pula Setelah apa yang berlaku."ujar Tengku Hashim. Riak Wajahnya sudah bertukar risau.

"Tak apa Tengku. tak ada yang Salah pun. Tengku jangan risau."kata Hanisah.

Arabella menjeling tajam ke arah Hanisah. Meluat sungguh melihat susuk itu dihadapannya. Walaupun dia sudah berjaya halau perempuan itu keluar dari rumah Agam Tengku Hashim tetapi, tidak pula dia menyangka bahawa Asraf sanggup menghantar Hanisah pulang ke kampung.

"Muka perampas ni memang menyusahkan aje."bisik hati Arabella.

"Arabella, Saya nak minta maaf kalau kedatangan Saya ke sini menyebabkan awak tak selesa Dan maafkan Saya kalau Saya ada terguriskan hati awak."kata Arabella. Tangan ingin disalam tetapi pantas Arabella tepis. Benci!

Tanpa berlengah Kak Nana segera memeluk tubuh Hanisah. Dia pasti akan rindu Hanisah selepas ini. Kak Nana sudah menangis teresak-esak.

"Sudahlah kak Nana. Insyaallah, kalau diberikan umur panjang kita jumpa lagi."kata Hanisah.











                             MUNDAR-Mandir Mak Senah di luar rumah kayu itu menunggu kedatangan anak perempuan kesayangannya itu. Kata Hanisah sekejap lagi sampai tetapi sudah setengah jam batang hidung Masih belum kelihatan. Mak Senah terlalu risau memikirkan keadaan Hanisah.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan kereta mewah milik Asraf masuk ke dalam perkarangan rumah Mak Senah. Kereta itu diparkir berdekatan. Hanisah segera keluar dari perut kereta menuju ke arah Mak Senah. Tangan Mak Senah disalam kemudian dia memeluk erat tubuh Mak Senah.

"Mak, Nisa rindu Mak."lirih Hanisah.

"Mak pun rindu Nisa. Apa dah jadi dengan kamu ni Nisa? Mak risau bila dengar penjelasan dari Tengku Hasbim"ujar Mak Senah. Belakang Hanisah diusap perlahan.

Asraf pula sudah sibuk mengeluarkan beg bagasi Hanisah.

"Nisa, tu Asraf kan?"Tanya Mak Senah. Dia Masih memandang Asraf yang Masih mengeluarkan barang Hanisah dari Bonet kereta.

Hanisah mengangguk tanda mengiyakan.

"Assalamualaikum."

Suara Asraf menyentakkan Mak Senah dan Hanisah.

"Walaikumsalam."jawab Mak Senah.

"Mak Senah ingat Saya tak? Saya Asraf anak Tengku Hashim."Jelas Asraf.

Terlopong mulut Mak Senah memandang ketampanan anak Tengku Hashim itu. Benarkah ini ialah, budak kecil yang pernah tinggal bersama mereka waktu Ketika dulu? Anak Tengku Hashim?

"Kalau Mak Senah izinkan, Saya nak tinggal sini untuk beberapa hari. Saya rasa bersalah dan risau pada Hanisah."Jelas Asraf.

"Ini Asraf yang mafia atau bukan? Sopan aje dia berkata-kata."monolog Mak Senah.

"Boleh. Tak ada masalah. Lagipun kamu tu penat seharian memandu. Mari lah naik."Pelawa Mak Senah.

"Terima kasih Mak Senah."ucap Asraf seraya Tersenyum.

Beg bagasi dan beberapa barang diangkat oleh Asraf untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Mak Senah bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Benarkah dia mafia? Adakah Mafia tu sopan bila bercakap dengan orang tua? Setahunya kalau mafia kasar saja berkata.

"Mak? Kenapa mengelamun jauh sangat ni?"Tanya Hanisah. Dahi sudah bekerut memandang Mak Senah yang Masih belum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tak ada apa lah."jawab Mak Senah ringkas. Dia mengulum senyum sambil menghampiri anak perempuannya.

"Asraf, Mak Senah dah masak banyak tu. Lepas solat maghrib kita makan bersama."Jelas Mak Senah.

"Terima kasih Mak Senah."ucap Asraf.

Semakin binggung Mak Senah mendengar ayat itu keluar dari mulut mafia itu. Ternyata Asraf Bukanlah sejahat yang difikirnya.

"Yelah. marilah bersiap kita nak ke masjid." Jelas Mak Senah.

Asraf hanya mengangguk. Dia Tersenyum hambar. Selama dia hidup menjadi seorang ketua mafia dia langsung tidak tahu bagaimana ingin bersembahyang. Jangankan sembahyang, ambil air wudhuk juga tidak tahu. Pergi ke masjid? Tidak pernah lagi dia menginjak tempat suci itu kecuali, sewaktu kecil dulu.

Hanisah memandang wajah Asraf. Dapat dia tangkap riak wajah Asraf yang sudah tidak keruan itu.

"Awak okay?"Tanya Hanisah.

"Aku tak bawa baju yang sesuai untuk sembahyang. Aku pun tak pernah sembahyang."ujarnya. Wajahnya diraup perlahan.

"Tentang baju tu awak tak perlu risau. Nanti Saya pinjamkan awak baju arwah ayah."balas Hanisah. Dia tersengih-sengih memandang riak wajah Si beruk yang sudah gelisah.

Apa tak gelisahnya kalau mafia nak sembahyang? Hahaha

"Kenapa sengih macam tu? Nak ejek aku?"

"Eh tak. Mana ada. Encik Asraf kalau dekat kampung ni kena pandai solat, dekatkan diri dengan Allah. Kalau awak tak tahan, awak pulang je lah."jelas Hanisah. Sengaja Hanisah menyakitkan hati Asraf.

Asraf berusaha bersabar. Tidak Mungkin hanya kata-kata Hanisah dia akan pulang. Dia risau keadaan Hanisah sehinggakan terpaksa mengambil cuti walhal dia perlu menguruskan pembukaan hotel di China. Mujur sahaja Tengku Hashim dengan senang hati membantu anak lelakinya itu.

"Kenapa kamu berdua masih tercengat dekat situ? Bersiap cepat. Tak lama lagi nak maghrib."seloroh Mak Senah. Dia menggelengkan kepalanya melihat Hanisah dan Asraf.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now